Dalam Ramadhan kali ini, perbanyakkanlah amalan sunat yang boleh menutup dosa-dosa kecil kita. Di samping memperbanyakkan pahala yang pasti ganjarannya berlipat ganda.
Diantaranya,
Melambat-lambatkan sahur ketika puasa, menyegerakan berbuka dengan sebiji kurma atau air sebelum sembahyang Maghrib, bersikap pemurah di waktu bulan Ramadhan, membaca Al-Quran, melakukan i'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan.
Orang yang sedang melakukan i'tikaf itu janganlah keluar dari masjid kecuali terdapat keperluan yang penting. Tidak mengapa menggunakan haruman di dalam masjid, berakad nikah, makan, minum, mencuci tangan di dalam bekas, sebab kesemuanya mungkin diperlukan oleh individu.
Ketahuilah bahawa puasa itu ada tiga peringkat iaitu:
a. Puasa Orang Umum
b. Puasa Orang Khusus
c. Puasa Orang Khusus Khusus
Puasa yang umum ialah menahan perut dan kemaluan dari syahwat, makan, minum, bersetubuh dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan.
Puasa yang khusus ialah dengan cara sebagaiamana di atas, ditambah dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota badan dari segala perbuatan dosa.
Puasa yang khusus khusus ialah yang selain di atas. Dengan puasa hati yakni ditahan dari perkara yang remeh, keduniaan dan pendeknya menahan dari segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment