Alhamdulillah tahun ini InsyaAllah masih diberi kesempatan kepada kita untuk menjalani rukun Islam ke3, puasa. Syukuri nikmat ini. Tambahkan amalan sunat, kurangkan perkara yang sia-sia.
Kenapa perlu puasa?
Kerana ianya suruhan Allah. Suruhan yang disertakan dengan pelbagai hikmah yang nyata dan tersembunyi.
Puasa merupakan benteng terhadap bermacam-macam penyakit. Dari penyakit hati, rohani hinggalah jasmani. Selain menyihatkan tubuh badan, ianya juga boleh mengelakkan diri dari terkena penyakit berjangkit. Adalah lebih mantap seandainya dilakukan secara teratur, dengan niat yang lurus dan waktu yang tepat sesuai menurut syarak.
Beberapa bahagian badan yang bekerja sepanjang hari dapat direhatkan bagi memulihkan kekuatannya. Yang paling penting, melalui berpuasa ketenangan dan kegembiraan jiwa yang pasti akan diperolehi cepat mahupun lambat.
Sekiranya melakukan ibadah puasa secara tulus dan ikhlas kerana Allah, kemudian mendalami rahsia dan hikmah yang terkandung dalam ibadah ini, bererti individu tersebut telah mencipta benteng kukuh dalam diri untuk menolak segala penyakit yang bakal menyakiti rohani dan jasmaninya.
Firman Allah maksudnya,
"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : 183)
Semoga Ramadhan kali ini lebih cemerlang dan dihargai dari yang sebelumnya. Selamat Berpuasa buat semua ^_^
No comments:
Post a Comment