Jazakallahu Khairan

Monday, August 17, 2009

Khemah Ibadah Gunsanad 2



Segala syukur dan pujian ke hadratNya yang memberi peluang empunya blog untuk menyemai baja islam jauh ke dalam hati adik-adik di SMK Gunsanad 2, Keningau pada 14-16 Ogos yang lepas. Kenangan yang sangat indah terukir melalui Program Khemah Ibadah yang disertai lebih kurang 105 peserta. Program ini juga telah menjadi perintis perluasan Kelab Remaja Ukhuwah di Keningau. Tahniah SMK Gunsanad 2!

14/08/09 - Seusai sesi persekolahan, kami bergegas pulang untuk mengemas barang di rumah dan berkumpul tepat jam 2 petang di Bustop Indah Permai. Selewat jam 4 petang perjalanan kami ke destinasi bermula dan tiba pada jam 6.30 dengan menaiki van pakcik dusun yang baik hati. Kebaikan hatinya terserlah sewaktu beliau sanggup bertolak ansur untuk singgah sebentar bagi memenuhi permintaan kami menunaikan solat asar walaupun terdapat penumpang lain di dalam van tersebut. Bahkan sesudah menurunkan penumpang yang lain, pakcik tersebut turut menawarkan perkhidmatan percuma untuk menghantar kami terus ke tapak program :)


Captured by Nafisahfsafiyah

15/08/09 - Cukup indah tidak terkata sepanjang keberadaan di Keningau bersama-sama adik-adik G2. Hati terasa sangat dekat dengan mereka walaupun sempat bersua muka hanya sebentar.


cantik dan bersih




Peserta berpeluang tidur dikhemah dengan muatan sebanyak 4 orang. Bahan mentah dan peralatan masak tersedia memudahkan peserta kem melakukan proses penyediakan makanan mengikut kumpulan masing-masing.

Pelbagai aktiviti dijalankan membuka peluang kepada peserta dan tidak ketinggalan para fasilitator untuk menimba pengalaman baru. Antaranya, slot pengurusan jenazah, sesi penyembelihan dan penyebaran risalah islam.

Beberapa 'mayat' telah berjaya dikafan dan kebumikan


.Pengurusan Jenazah.

Melalui program tersebut, seramai 60 peserta yang terpilih dihantar ke Pekan Keningau untuk mengedar risalah berkenaan islam dan puasa kepada penduduk setempat. Peserta begitu teruja dalam melaksanakan aktiviti. Sedikit sebanyak pengalaman tersebut meninggalkan kesan duri di hati peserta. Semoga duri itulah yang menjadikan adik-adik Gunsanad 2 terus ke hadapan dalam menjalankan tugas selaku daie kecil.

Mereka sudah bersedia


Adikku dalam cubaan memberi risalah

Pada hari terakhir program,

.Sembelih ayam.nyum nyum :)

Sebanyak 30 ekor ayam menjadi mangsa sembelihan para peserta dan fasilitator. Ustaz Kamal cukup menitikberatkan setiap kepercayaan yang diberi kepada si penyembelih. Khuatir ayam yang disembelih jatuh haram untuk dimakan atas sebab-sebab penyembelihan yang tidak tepat.

Inilah salah satu pengalaman yang berharga di Keningau. Selama ini hanya memerhati ayam disembelih dan akhirnya saya dan Kak Nik diberi kepercayaan untuk menyembelih setiap seorang seekor ayam. Seronok. Seronok :D


.Alhamdulillah dapat ilmu dan pengalaman baru :)


Kumpulan 7 - "Ukhuwah Of G2" (Gunsanad 2)
Dari kiri: Raifi, Hazira, Nazira, Reny, Hana, Fasi, Basyirah, Harynah, Zie
Hadapan: Azreuy(ketua kumpulan) dan Maslan

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semangat juang dan keinginan mengenal islam yang sangat mendalam cukup membanggakan. Semoga terus istiqomah dalam mencari sinar Ilahi. :) Semoga tautan hati kita akan sentiasa kukuh walau apa jua badai yang melanda.

Terima Kasih atas segalanya ^_^

No comments: