Jazakallahu Khairan

Wednesday, August 12, 2009

Kuasai Hati.

Manusia sering menghadapi pertarungan jiwa dalam menjalani kehidupannya. Ia akan berterusan sehinggalah manusia itu menemui ajal. Dalam menghadapi pertarungan jiwa, manusia terbahagi kepada beberapa golongan:
  1. Golongan yang ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Golongan ini tunduk kepada keduniaan.
  2. Golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadang-kadang mereka menang, adakalanya mereka kalah. Apabila tersalah mereka bertaubat, rasa menyesal dan memohon ampun daripada Allah.

Sendi-sendi kekuatan Islam

  1. Hati menjadi sumber kekuatan diri kita dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup, lembut, bersih, cekal dan sebagaiman kata Saidina Ali r.a yang bermaksud "Allah mempunyai bejana di bumi ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, bersih dan cekal."
  2. Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat, mengetahui, membezakan dan dapat mengambil ikhtibar daripada ilmu yang kelak dapat digunakan untuk mencapai tempat yang paling hampir dengan Allah.

Tanda-tanda jiwa yang TEWAS

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, dan apabila akal manusia itu padam, tidak bercahaya dan menyeleweng, dia akan tewas dalam pertarungannya dengan syaitan lantas terbukalah pintu-pintu masuk bagi segala kejahatan di dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi apabila diketahui bahawa syaitan itu meresap ke dalam diri anak-anak Adam sebagaimana darah meresap dan mengalir ke dalam tubuhnya.

Apabila benteng pertahanan itu runtuh maka syaitan akan menjadi teman karibnya. Sebagai contoh meninggalkan solat, pergaulan bebas dan lain-lain.

10 Pintu hati manusia yang dimasuki oleh syaitan:

  1. Tamak. Hadapi dengan menaruh kepercayaan dan berwaspada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtihar.
  2. Cintakan hidup duniawi dan panjang angan-angan. Hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
  3. Cintakan kerehatan dan kenikmatan. Kita mestilah menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
  4. Kagum pada diri sendiri. Hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan takut balasanNya.
  5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. Kita mestilah menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
  6. Hasad. Hadapinya dengan sifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtihar) serta redha terhadap kurniaan dan ketetapan Allah kepada makhlukNya.
  7. Riak dan suka pujian manusia. Hadapi dengan sifat ikhlas.
  8. Bakhlil. Yakini bahawa apa yang ada ditangan manusia itu akan binasa, sedangkan apa yang ada di sisi Allah itu kekal.
  9. Takabbur. Hadapi dengan sifat tawadhuk dan sedar hakikat asal kejadian kita.
  10. Buruk sangka. Yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
Untuk mengelakkan daripada panahan iblis, Islam menganjurkan supaya mengingati Allah sebelum memulakan suatu pekerjaan. InsyaAllah kerja yang dilakukan bersih dari selewengan niat yang sebenar. Bahkan sifat ujub dan riak dapat dihilangkan kerana niat diikhlaskan kerana Allah =]

No comments: