Jazakallahu Khairan

Sunday, August 23, 2009

Kem Remaja Cemerlang kali ke3.

Assalamua'laikum wbt dan salam kasih sayang buat semua pengunjung.

Alhamdulillah, pada 21 -23 Ogos 2009, penulis blog berpeluang turun bergerak kerja bersama ikhwah dan akhawat cinta yang dikasihi kerna Allah menerusi Kem Remaja Cemerlang. Program berjaya dilangsungkan dengan dihadiri peserta seramai 86 muslimat dan 32 muslimin. Peserta yang terlibat terdiri daripada mereka yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.

Selaku pelajar, penyusunan jadual dalam akademik, dakwah dan lain-lainnya adalah perlulah dinisbahkan secara sama rata. Selain diberi pendedahan pembahagian masa, teknik dan persediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan turut menjadi medium utama bagi meningkatkan kebergantungan kejayaan yang hanya terletak pada Allah. Untunglah pada yang berjaya menghadirkan diri dan hati ke program ini.

Walaupun masa program mengorbankan Ramadhan pertama para peserta bersama keluarga, namun demikian ianya tidak menjadi penghalang peserta menuntut ilmu 'putih' demi kecemerlangan masa hadapan.


Semoga hati-hati kita sentiasa terikat dengan rasa taqwa dan istiqomah dalam mencari ilmu demi memperoleh keredhaanNya. Diri ini sedikit sebanyak turut termotivasi.

Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Mohon maaf khususnya dari tuan empunya blog atas segala kedaifan yang telah dilakukan samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Teruslah menghulurkan bantuan dalam memperbaiki kelemahan diri ini.

No comments: