Jazakallahu Khairan

Monday, January 3, 2011

Kembali ke Pra tadika.

Hari ini (03 Januari 2010), hari bermulanya persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah menengah mahupun mahasiswa-si di universiti. Ibu bapa tidak kurang peningnya mengurus kemasukan anak-anak bagi yang berusia seumpama darjah 1 ataupun pra tadika. Bermacam-macam ragam dapat ditonton.

Bagi lepasan exam besar(berstatus pengangur), normal akan ditanya masa cuti diisi dengan apa. Di kepala saya hanya memikirkan bekerja tanpa gaji kerana sudah memahami ketegasan ibu bapa yang tidak membenarkan kerja bermajikan.

IKUT NASIHAT ATOK
Naluri saya kuat mengatakan atok merupakan seorang yang strict kepada anak-anaknya tapi penyayang kepada cucu-cucu beliau. Sebarang pekerjaan yang kurang sesuai dengan syariat agama adalah ditegah sama sekali bagi cahaya mata perempuan. Hatta sekadar kerja sembilan juga tidak dibenarkan sekiranya pekerjaan terbabit melibatkan waktu kerja yang padat(tiada masa untuk solat), selesai malam atau perlu memakai seluar beserta baju t-shirt apatah lagi tuck-in. Lagi perlu melayan pelanggan termasuk lelaki yang bukan mahram juga bersubahat menjualkan barangan seperti arak dan rokok. Tapi sekatan ini tidak menghalang anak-anak atok dari mendapat pekerjaan yang terjamin. Masing-masing sudah menjadi guru mahupun pegawai bank.

IKUT PESAN AYAH
Keberanian untuk mendapatkan keizinan bekerja menjadi tumpul sekiranya diajukan kembali pertanyaan, 'Adakah bapa sudah tidak mampu menampung keluarga?' atau 'Apa lagi yang belum mencukupi?'. Niat dibatalkan. Memahami kepayahan ibu bapa mencari rezeki membanting tulang empat kerat membesarkan anak-anak, sebagai anak saya berasa malu untuk meminta duit berulang-ulang kali bagi memenuhi keperluan gerak kerja. Boleh jadi relod, tambang, minyak kereta atau wang keperluan untuk lain-lain perkara. Gaji kerja sementara sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban sampingan tersebut, juga buat simpanan melanjutkan pelajaran kelak.

Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini saya telah memulakan tugas sebagai guru sementara di Pusat Asuhan Tunas Islam As-Solihin. Kebenaran yang mudah diperolehi menyakinkan bahawa saya bukan dilarang bekerja tetapi dijaga :)

sangat comel budak ini bila tersenyum

hairan melihat kawan sekelas yang menangis

Aras kagum dan hormat mendadak naik terhadap guru tadika. Bukan sekadar perlu menjaga tetapi juga perlu mengasuh anak-anak kecil yang bermacam ragam. Bagi saya, kepuasan dapat dicapai bila berjaya membuat anak murid berasa selesa(berhenti menangis), juga berinteraksi. Doakan semoga saya dapat mendidik anak-anak kecil seusia 3-4 tahun yang bermacam karenah ini.

Hari pertama melayan karenah:

Dari Zeekry the comeloteh banyak celoteh boy;

"Cikgu, kenapa nama cikgu macam ikan yu?"

"........ (haha)"

"Cikgu suda ada berapa orang anak?"

"eh? cikgu nampak macam ada anak suda ka?"

"ndala, cikgu nampak muda. Saya ingat cikgu kawan yang mo belajar sama-sama kami tadi."

haha @_@

4 comments:

Guru PASti said...

Tugas sebagai pendidik memerlukan komitmen yang tinggi, tenaga yang sepenuhnya dan yang paling penting kesabaran dalam menghadapi kepelbagaian karenah yang bukan sahaja datangnya daripada murid, malah ibu bapa dan masyarakat. Guru yang cemerlang dan berdedikasi tidak gentar dengan semua cabaran. Kepayahan dilihat sebagai pemangkin ke arah kesenangan,cabaran diambil sebagai satu pedoman menuju impian dan ujian ditelan bagi mematangkan lagi ilmu dan pemikiran.

Namun sekiranya kesusahan ini sekadar dilihat sebagai 'adat', maka kita tidak akan mendapat apa-apa melainkan penat. Ingatlah, matlamat hanyalah satu.. mencari redha ALLAH disebalik tabir kehidupan yang disusun rapi oleh-Nya.. Cemerlang anak didik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, akhlak yang terpuji dan kesihatan yang baik, maka cemerlang masa depan negara.

Guru zaman sekarang bukan lagi lilin yang membakar diri menyinari hidup orang lain, tetapi adalah matahari yang sentiasa memancar terang, memberi cahaya ilmu kepada semua yang memerlukan..

Nashrah Basyirah said...

syukran di atas nasihatnya guru PASTI ^_^ insyAllah akan jadikan pedoman walaupun kerja cuma smntara :)

nurilhakim said...

Alhamdulillah.mula nampak ahli2 kru yg mampu berfikir dan menelaah suasana,lantas dilahirkan ke dalam tulisan sebagai wacana ilmiah yg berkesinambungan.tahniah,teruskan mnulis n bnykkan mmbaca :)

Nashrah Basyirah said...

syukran sudi singgah akhi nurilhakim.. slh seorang sifu yg bnyk mmberikn tunjuk ajar :) insyAllah smga setiap penulisan xtersasar dri matlamatnya. mohon doakan jg ^^