Jazakallahu Khairan

Wednesday, July 13, 2011

Tahniah Bro Abu dan Sis Aida! ;)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah, tahniah buat bro Abu dan sis Aida yang telah selamat diijabkabulkan pada 9 Julai 2011. Sangatlah berdukacita atas faktor penghalang untuk menghadirkan diri ke majlis yang dinanti-nantikan ini huhu. Semoga ikatan antara kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekalung tahniah kerana mempercepatkan diri membina ‘Masjid’ seperti dituntut Sunnah Nabi saw.

Semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah yang bakal menyelesaikan masalah umat pada zaman ini.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.surah ar-Rum ayat 21

barakallahu lakuma wabaraka a'laikuma wa jama'a bainakuma fi khair :)

Mengimbau memori 31 Julai 2009 yang lalu

2 comments:

nurilhakim said...

Salam. Tahniah akhirnya berjaya menyambung penulisan.

Sekadar nak tanya pelajar senior Fatah, kenapa doa Barakallah tu dikhususkan untuk belah muslimat - laki,wa'laiki - je tapi hujungnya baru untuk mereka berdua - kuma?

Maaf, orang jahil nak belajar.

Nashrah Basyirah said...

waalaikumsalam wbt, pengkritik tegar..

syukran jazilan ustaz, awal menegur kesilapan tatabahasa seorang JUNIOR Fatah.. yang betulnya;

"barakallahu lakuma wabaraka a'laikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

ubah dgn segera :)

Jazakallahu Khair~