Jazakallahu Khairan

Friday, July 3, 2009

Senang dan Susah.


Kesusahan dan kesenangan dalam hidup adalah ujian yang diturunkan Allah. Andai ditimpa kesulitan dalam hidup, jangan beranggapan kita tidak disayangi Allah. Mahupun diberikan kesenangan, tidak bermakna kita boleh bersuka ria menyambutnya.

Kadangkala kesulitan itu adalah ujian yang ditimpakan Allah sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan dalam hidup. Dosa itu tidak semestinya dapat ditutup dengan amalan solat, zakat, haji. Walhal dengan menguatkan kesabaran ketika menghadapi kesukaran.

Jangan berputus asa ketika berdepan dengan kesusahan kerana itu bermakna kita berputus asa terhadap Allah. Berputus asa terhadap Allah berdosa besar hukumnya.

Peringatan ini seperti yang dijelaskan Allah dalam firmanNya;
"Wahai anak-anakku. Pergilah kamu, carilah (berita) tentang Yusuf dan saudaranya dan janganlah berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir."

Justeru, ingatlah bahawa orang yang berjaya merentasi segala dugaan, baik kesenangan mahupun kesulitan adalah orang yang berjaya di dunia dan akhirat :)