Jazakallahu Khairan

Wednesday, June 1, 2011

Kembara menuntut ilmu di bumi Syam I

Bagaimana saya mahu memulakan mukadimah ini? Dengan menulis monolog senyum? Tetapi bukannya saya senyum sentiasa, kadang-kadang intonasinya boleh menjadi sedih juga. Adakah dengan menerangkan pangkal permulaan cerita atau bagaimana? Agak lama jemari tidak menari di atas papan keyboard.

Mungkin dengan merafa'kan setinggi kesyukuran kepada sang Pencipta. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam, Allah SWT yang menjelaskan segala keteraturan dan ketelitian melalui apa yang diciptakan sebagaimana dalam firman-Nya:

Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (Al-Qamar; 54:49)

Allah mengilhamkan pebagai pilihan kepada manusia selagi mereka hidup di muka bumi. Pelbagai pilihan yang perlu dihadapi sebagai penentu untuk terus melangkah ke hadapan atau kekal di posisi yang sama. Setiap manusia pasti merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. Maka, setiap pilihan perlu dikembalikan semula kepada Allah yang Maha Mengetahui agar tidak tersalah membuat pilihan.

Kini sudah seminggu bertapak di bumi Syam. Pada asalnya niat dihati hanya mahu terus berada di bumi Sabah. Keliru memilih antara mahu meneruskan pengajian di semenanjung kemudiannya mengejar cita-cita mahupun terus kekal menuntut di Sabah sambil bermasyarakat bersama ribuan mad'u. Tanpa disangka, satu lagi tawaran ajakan menuntut di bumi anbia datang. Keliru memilih di antara pilihan-pilihan yang ada. Alhamdulillah dalam seminggu, Allah memberikan jawapan. Bumi Syam menjadi pilihan.

Teringat ketika proses membawa kedua ibu bapa berunding. Sebelum istikharah, saya rujuk dulu kepada kedua ibu ayah untuk sama-sama memikirkan pilihan masa depan yang terbaik. Biarlah dalam apa yang dilakukan mendapat redha dari kedua ibubapa. Penting bagi memudahkan setiap urusan. Memandangkan mereka lah yang akan menampung kos hidup dan pengajian di sana kelak. Tambahanpula, pasti bukan pertimbangan yang mudah untuk dibuat melepaskan seorang anak menuntut di tempat yang jauh. Apatah lagi seorang anak gadis. Sunguh saya tidak menyangka ibu dan ayah memberikan kepercayaan untuk mengutip sebanyak mungkin mutiara di bumi anbiya. Dengan bantuan dari beberapa sahabat, urusan pasport dan beberapa keperluan utama saya uruskan sendiri. Tidak mahu menambah beban kepada ibu ayah. Mujurlah sudah berlesen kereta. Lebih memudahkan pergerakan. Syukran Jazilan buat sahabat-sahabat PASTI yang banyak membantu. Sehari sebelum bertolak ke KL barulah ditemani ibu ayah melengkapkan beberapa barangan lagi.

Sewaktu diajak menuntut di bumi Syam, "tidak bersedia" jawapan pertama yang saya lontarkan. Sungguh, sukar rasanya mahu berpisah dengan bumi subur dakwah, Sabah. Alangkah ruginya bila peluang sudah ada tapi diri pula yang belum bersedia. Entah masa bila baru bersedia. Komitmen semakin banyak, usia juga semakin hari semakin bertambah. Peluang yang baik tidak selalu datang, inilah peluang untuk mendalami ilmu agama di samping memperbaiki diri. Apatah lagi dalam suasana yang sangat membantu.

23 Mei 2011- Sekitar pukul 11 pagi saya dan keluarga sudah berada di airport menunggu penerbangan ke KLIA. Perasaan masih tenang dan lapang. Sempat berpesan-pesan dan dipesan-pesan melalui telefon bimbit. Mujur tiada yang menghantar melainkan ahli keluarga. Ramai yang menyangka tarikh penerbangan saya pada 24 Mei, tarikh dari KL-Damascus. Jika tidak pasti tidak terlangkah ke arah pintu masuk. Saya tekad, itulah air mata terakhir yang tumpah setelah memilih jalan ini. Satu-satu wajah terbayang, tidak pasti bila lagi akan bertemu. haa Sabah id Ginawo~

Lama tidak menaiki kapal terbang. Seingat saya paling terakhir semasa tingkatan 1. Mabuk udara menjadikan saya bertambah risau untuk terbang lagi. Tidak tertahan demam 3 hari setiap kali mendarat. Alhamdulillah untuk perjalanan yang panjang di udara kali ini Allah permudahkan. Tidak ada sebarang masalah air sick seperti dahulu kala. Mungkin juga disebabkan mood yang 'terbang'.


“Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang. Kemudian pandanglah sekali lagi nescaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah”. (Al-Mulk: 3-4)


Indahnya ciptaan Allah. Dari pandangan atas, rumah seperti kotak-kotak mancis. Kecil, terlalu kecil. Tidak sedikitpun dapat mengagak mana satu pergerakan manusia. Lautan terbentang luas, berganda-ganda lebarnya dari tanah lapang. Terasa diri terlalu kecil, bersaing untuk hidup di bumi Tuhan, turut bersaing untuk mendapatkan perhatian dari Allah. Adakah diri ini dipandang Allah? Banyak lagi ilmu Allah yang perlu dipelajari. Terlalu banyak sehinggakan 7 air lautan tidak cukup untuk menulis semua ilmu Allah. Sedikir demi sedikit saya turut termotivasi. Betapa pentingnya ilmu. Bagaimana seorang pilot mahu menerbangkan sebuah kapal terbang tanpa mempunyai ilmu? Bagaimana pula cik pramugari itu mahu menunjukkan demo keselamatan di depan penumpang tanpa mempelajarinya terlebih dahulu? Teringat kata orang-orang bijak;

"Jika kamu ada harta, kamu akan pening kepala untuk menjaganya. Tetapi kalau kamu ada ilmu, kamu tak usah gusar, kerana ilmu itu akan menjaga kamu dan hartamu."

yang banyak berjasa merawat luka

Sesampai di KLIA, usai proses checking di hotel, bertemu pula dengan abang-abang kandung yang menuntut di pusat pengajian semenanjung. Kemudiannya bertolak ke airport semula dalam jam 9 malam. Sedia menanti penerbangan yang berlepas pada jam 3 pagi. Pertama kalinya, berkenalan dengan Aisyah al-Humayrah di KLIA sebelum sama-sama bermusafir. Masing-masing tidak arif soal pengurusan menaiki kapal terbang ke luar negara. Sesekali terasa seperti sedang menduduki exam MUET bila perlu bertutur dalam bahasa orang putih setiap kali mahu berkomunikasi. Perlu banyak bertanya. Alhamdulillah penerbangan ke Kuwait 8 jam ditambah transit 8 jam sebelum ke Damascus dipermudahkan. Banyak pengalaman yang ingin dikongsi, cuma agak dicemburui masa untuk berkongsi. Bertemu dengan pelbagai jenis manusia, bermacam-macam ragam, bahasa dan pegangan. Pengalaman menjadi orang asing di tempat asing :)

Hijrah ini mengajar diri untuk tidak terus bergantung dengan orang lain dan menyerahkan segenap urusan kepada Allah. Tidak ada yang mustahil selagi ada kemahuan dan keyakinan. Susah untuk maju jika terus mencipta alasan. Detik ini bermulalah sebuah episod baru dirantau orang dalam mencari redha Allah. Banyak perkara lagi ingin di kongsi.

Pohon-pohon segar itu telah bangun,
Bangun mencari keredhaan tuhannya,
Alangkah ajaibnya,
Setiap kali mereka dicantas, ianya tumbuh kembali,
Malah semakin banyak dan bercambah,
Begitulah urusan umat,
Akan ada yang membelanya sehingga ke hari kiamat.

Bersambung.....


I would like to wish my wonderful mother a very happy birthday! Her birthday was officially on May 29th, but since I haven't had internet access in my new bayt huhu, my birthday wishes are a little late.

In any case, happy birthday, Mom! I hope your special day was absolutely wonderful. I love you & miss you so much! ;)

8 comments:

Dr. Rangzzuanie said...

yuyu..ko smbung d mana??syam??smbg apa??nda plak aku tahu menahu psal ko ni...lm nda contact...huhuhu..
well,sdh smbg study tu,smoga kita sm2 istiqaMah dlm mengharungi perjuangan kita ni...:D

DrNurolSainuri said...

salam~ semoga cepat dapat adapt hidup di negara org.yg penting tetapkan niat jelas2.biar kita tau matlamat kita terbang jauh2 dr tanah air. ehee
stablekan intenet cepat2,kalau kak efah mau jalan sana senang! ngee

Awang Afif said...

salam pembuka bicara
smoga Allah sntiasa pelihara nta d perntauan ini.
smoga perjalan x sia2 agar adanya bekalan tuk akhirat kelak

Tokei Ikan BertaQwa said...

semoga dipermudahkan menuntut ilmu di perantauan. Moga kembali nanti sebagai daie yang penuh berisi supaya kelak mencurah ilmu ke bumi sabah yang subur ini. kami semua menanti.

barakallahufik.

Korekaramo gambateh kudasai!

Nashrah Basyirah said...

farahin: yup :)sory nda bgtau, mmg nda pblish pun tp d fb ada ja update cket. amiin insyaAllah, smga jd doktor yg bertaqwa rang :D

kak efa: insyaAllah syukran kak epa :D dlm jngkaan bila mo dtg? tnggu lma2 cket la, jln smua2 ni pun nda tau lg ni..nnt sma2 sesat, ssh pla hoho skng ni dpt on9 d cc ja kak..

Awang Afif: insyaAllah syukran. Allah yubaarik fik.

Tokei Ikan BertaQwa: Amiin insyaAllah..syukran akhi, smga doa dimakbulkan..
Issho ni gambarou na!! :)

nurilhakim said...

Salam.Alhamdulillah,akhirnya sakit mata membelek tajuk 'terima kasih PASTI' terubat. Lebih-lebih lagi bila nadanya positif dan optimis.

Peluang, bukan sesuatu yang mudah datang. Ramai yang tidak memeluk Islam kerana tidak melihat hidayah yang mengetuk sekali sahaja di pintu hatinya. Ramai yang tersesat jalan, kerana lalai dengan sekali tegur yang Allah bukakan di matanya. Ramai yang menyesal seumur hidup, lalu memikirkan selekoh manakah yang tidak diambilnya? Lalu mereka sedar, mereka pernah takut untuk memilih jalan yang gharib, yang ganjil, sedangkan jaminan Nabi S.A.W, ghuraba' itu yang akan beruntung.

Doktor perubatan, akan mampu berkhidmat kepada yang sakit jasmaninya semata. Doktor undang-undang, batasnya sekadar keperluan manusia kepada khidmatnya. Tetapi doktor jiwa dan akhlaq, tidak punya sempadan dalam hujung pangkal jajah takluk memberinya. Semoga istiqamah hingga ke hujung, justeru menjadi doktor yang sembuh dan menyembuhkan.

Ya Allah, jadikan kami Doktor-Doktor yang Ganjil. Alfatihah.

p/s:Ada beberapa kesalahan ejaan yang ketara pada posting ni.uhuk2

Nashrah Basyirah said...

a.nadir: syukran atas komen yg pnjang dan berisi.. sebelum merawat orang, kena usaha rawat diri sendiri dulu.

amiin ya rabbal a'lamin. mohon tunjuk ajar berterusan..

maaf atas semua kelemahan dalam menulis dan berblog. xsempat buat double-check

balqis baltisha said...

salam dik... kak mahu senyum sahaja :)