Jazakallahu Khairan

Tuesday, August 31, 2010

Kemenangan abadi itu setelah mendapat tempat di syurga


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laung si anak muda penuh semangat nasionalisme. Gembira bersama teman-teman menyambut hari kebesaran buat sebuah negara. Laungannya bertenaga menyaingi laungan tika 1957 dahulu.

Tidaklah salah menyambut kemerdekaan, tiada siapa yang suka hidup dalam kongkongan. Lebih-lebih lagi dalam era penjajahan yang berunsurkan kekejaman. Menurut buku Sejarah Malaysia STPM, Malaysia mendapatkan kemerdekaan dengan mudah tanpa peperangan. Termeterai sebuah perjanjian hanya melalui perbincangan diplomatik bersama kuasa-kuasa besar barat. Tidak seperti tuntut bela negara-negara lain. Sebuah perkara yang wajar disuyukuri, tiada pertumpahan darah berlaku.

Semangat berkobar-kobar mengibarkan bendera. Negara bebas tapi anak muda masih dirantai unsur 'isme'. Lebih-lebih sekularisme. Mungkin kemerdekaan yang kita perolehi hanya melalui warisan, penerapan nilai sedikit rendah dari pengorbanan pemimpin duluan.

Tapi apa erti merdeka buat anda?

Adakah sekadar merdeka dari penjajah?

Merdeka yang diperoleh dalam sebuah negara?

Warisan semata-mata?

Minda yang bebas dari unsur kebaratan?

Ataupun merdeka setelah menghidu haruman syurga..?

Bukanlah saya memperkotak-katikkan perjuangan pahlawan tanah Malaya. Mereka cukup komited dalam perjuangan dari segi nasionalisme mahupun dari sudut keagamaan. Saya tidak sehebat mereka dalam melakukan pembebasan. Lalu diberi pengiktirafan. Mereka cukup berani.
* * * * * * * * * * *
Awal pagi lagi saya berazam mahu menghabiskan bacaan buku yang baru dibeli, "Pahlawan ISLAM kontemporari para peminang bidadari". Kemerdekaan yang dituntut adalah demi pembelaan agama. Sepenuhnya pengabdian kepada pencipta yang berbayar dengan mahar ketertinggian syurga. Sungguh, hidup ini tidak pernah sunyi dari perjuangan dan tiada akhirnya selagi hayat dikandung badan.

Kagum dan cemburu. Kecintaan kepada jihad membuatkan mereka memburu kematian tatkala manusia lain ketakutan. Sentiasa menyematkan diri di saf hadapan selaku pejuang kebenaran.


"Kehilangan 1 kaki tidak membuatkan saya tidak dapat berlari, insya-Allah"
-Abdallah Syamil Salmanivich Basayev

"Waktu yang ada, jauh lebih sidikit dari tugas yang harus kita selesaikan dengan sempurna"
-Hasan al-Banna

"Aku berdiri di sini, di hujung umurku ini, bukan sahaja kerana mengucapkan dua kalimat syahadat. Aku berdiri di sini, di bawah tali gantung ini justeru setelah melaksanakan syahadat semampu yang aku dapat."
-Syed Qutb

"Sejak pertama kali bertemu dengannya, yang selalu dia bicarakan adalah tentang jihad. Kepada saya Syeikh Abdullah Azzam berkata, bahawa dirinya dengan jihad seperti ikan dengan air, tanpa jihad, beliau seperti ikan yang diangkat dari air, tidak akan bertahan untuk hidup."
-Ummu Muhammad

Kita merdeka dari penjajah. Namun, kita masih tetap makhluk ciptaan Allah SWT dan selamanya wajib mengabdikan diri kepadaNya. Apa alasan anda? Sekiranya anda mengetahui keadaan as-syahid Syeikh Ahmad Yassin. Kelumpuhan dan pelbagai masalah fizikal yang dialami tidak sekali melumpuhkan segalanya. Beliau digeruni musuh kerana masih berjaya menghasilkan buah fikiran yang hebat menewaskan lawan.

"Jangan kau sangka mereka yang mati dijalan Allah itu mati. Sungguh mereka tidak mati, tapi mendapat rezeki dari Tuhannya."
(Surah Ali Imran: Ayat 169)

Saya juga mahu, bolehkah?

6 comments:

mrym said...

insyaAllah,sy yakin anda boleh..

Nashrah Basyirah said...

syukran kak maryam..
amiin~ insyAllah :)

Tokei Ikan BertaQwa said...

Tulisan yang baik dik. Abang share di sahabat blog sabah ya :)

Nashrah Basyirah said...

andai ada mnfaatnya, silakan :)
syukran akhi zizul..

Tinta_Mujahidah said...

penulisan yang baik. Membuka minda parqa permbaca. Boleh bawa untuk usrah adik2 nanti ni.

Nashrah Basyirah said...

insyAllah..ilmu seciput, yg baik dan menarik itu datangnya dari Allah ^^