Sedikit perhatian dan doa yang ringkas sudah cukup menaikkan semangat kepada orang yang sakit.
Sudah 2 hari saya tidak ke sekolah atas kelemahan fizikal (bukan lemah kerana berpuasa). Sebelum ini diserang demam panas dan selsema teruk bermula dari 1 Ramadhan. Uniknya Allah masih pinjamkan kekuatan untuk hadir ke sekolah dan menjawab kertas peperiksaan walaupun dalam keadaan yang agak kurang selesa (sungguh).
Mencari alasan tidak hadir ke sekolah amat susah untuk saya temui. Sungguhpun saya tertinggal 1 kelas dalam sehari, kerugian itu sudah cukup meremukkan hati. Tambah dalam kesibukan melaksanakan amanah yang diberi, kecenderungan untuk tertinggal kelas ataupun lewat masuk ke kelas itu sangat tinggi. Penerangan guru tidak sama seperti ilmu yang diperolehi ketika membaca buku sendiri. Mungkin di situlah antara berkat menuntut ilmu secara berguru yang Allah berikan.
Peperiksaan percubaan 1 STPM kali ini genap beriringan dengan bulan Ramadhan. Bermakna kami menjawab peperiksaan dalam keadaan berpuasa. Dan itu bukan penghalang untuk menjawab dengan baik bahkan kehadiran Ramadhan wajar disyukuri. Dengan perut yang kosong, otak lebih tertumpu untuk menjawab soalan.

Panjang mukadimah, kembali kepada statement saya dipermulaan tadi kesakitan itu sedikit sebanyak boleh terubat melalui perhatian orang sekeliling. Tidaklah bermaksud mencari perhatian dengan berpura-pura sakit atau mengheboh-hebohkan yang anda sakit. Ini saya rasai sendiri ketika bergelut dengan emosi yang kurang menyenangkan sewaktu diserang demam panas. Guru kesayangan dan beberapa guru tingkatan 6 silih berganti memberikan semangat dan dorongan padu untuk saya menjawabkan kertas peperiksaan. Hari ini pula kegenapan 2 hari saya tidak menduduki exam, dilapangkan fikiran dengan bantuan guru-guru untuk mengulang kembali kertas yang tertinggal. Ada yang menghantar sms serta menelefon menasihati agar saya sentiasa menjaga kesihatan dan berehat secukupnya. Ada aura yang membuatkan kesakitan itu semakin berkurangan. Sebaliknya, jika dituduh pula sengaja berbuat-buat sakit dan mencari perhatian, sakit tadi pasti bertambah teruk tertoreh-toreh lagi pada hati yang lara.
Oleh itu, di sini saya belajar 1 perkara yang memanggil diri ini untuk berkongsi di blog yang tidak seberapa. Dan mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Respond dari orang sekeliling baik atau jahatnya yang sedikit, mampu mempengaruhi kesihatan. Respondlah secara positive kerana anda boleh membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan si pesakit.
Bersesuai dengan hadis berikut;
Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“Setiap hamba Muslim yang mendoakan saudaranya pada ketika saudaranya itu tidak ada (tanpa pengetahuannya), maka malaikat akan berkata: “Semoga kamu juga mendapat seumpama (doa) itu.” (Hadis riwayat Muslim)
Malah doa seorang muslim terhadap saudaranya yang lain tanpa pengetahuannya adalah mustajab berdasarkan hadis Rasulullah saw yang maksudnya :
“Adapun doa seorang Muslim bagi saudaranya yang tidak hadir adalah mustajab. Di sisi kepalanya ada malaikat yang diwakilkan. Setiap kali dia mendoakan kebaikan bagi saudaranya itu, malaikat yang diwakilkan itu pula berkata: “Amin, dan bagimu seumpama apa yang engkau doakan itu.” (Hadis riwayat Muslim)

No comments:
Post a Comment