Jazakallahu Khairan

Monday, August 9, 2010

PERPIS di hatiku.

Seperti tahun-tahun yang sudah, Ogos merupakan di antara bulan yang amat saya nantikan dan gemari. Tahun ini sekali lagi ia bertakhta di hati. Setiap kali bulan ini berkunjung tiba, hati saya pasti berbunga di bajai dengan program-program membangunkan anak-anak bumi sabah.

1 Ogos 2010
Anjuran PERPIS SMK Tebobon dan panitia pend. Agama Islam, Program Back To The Basic telah diadakan bertujuan menyedarkan para pelajar muslim akan pentingnya asas-asas islami dalam diri seorang individu muslim. Penyertaan yang di hadkan kepada 50 peserta ini cukup memberi ruang memantapkan kualiti dalam kalangan peserta program. Golongan inilah yang bakal-bakal menerajui pimpinan PERPIS untuk tahun berikutnya. Insya-Allah~

Saat lambaian ukhuwwah, satu per satu wajah ditatap dan tangan dijabat. Hati cukup tersentuh melihat kesungguhan adik-adik pelapis yang berazam mahu berubah dan membantu perkembangan islam di sekolah. Lantas air mata bercucuran. Sedih memikirkan suatu saat, saya bakal meninggalkan sekolah. Sebuah tempat yang cukup bermakna, tertanam seribu kenangan. Belajar dan sedar tujuan sebuah kehidupan. Di sini bermula segalanya, atas jasa seorang murabbi yang amat dirindui..


6-8 Ogos 2010
Program Klinik Solat telah diadakan anjuran panitia Pend. Agama Islam sekali lagi. Program tahunan ini khusus untuk pelajar tingkatan 1 bagi mengukuhkan pengetahuan mereka tentang kepentingan solat. Tika ini sekali lagi saya tersentuh melihat kesungguhan pihak yang begitu berusaha dalam mendidik anak-anak islam menjadi muslim yang sejati.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri seramai 100 peserta. Mungkin berbeza dengan individu lain, saya memandang malam penghayatan merupakan slot kemuncak. Tercetusnya perasaan bercampur baur. Betapa saya terkenang waktu-waktu indah ting. 4 dan 5, tika masih ada tangan sahabat-sahabat seperjuangan yang boleh digenggam dan didakap erat mengalirkan rasa kegembiraan dan kesedihan. Apapun, saya yakin dan pasti mereka di perantauan juga pasti meneruskan misi dalam mencapai matlamat yang sama.


Semoga setiap hati bertuah yang dipilih oleh Allah, merasai kemanisan hidup bersama Islam.

No comments: