Sabda Rasulullah:
Apabila mati anak adam terputuslah segala amalnya melainkan 3 perkara; sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan.
Rebutlah peluang menderma untuk pembinaan masjid di kawasan Penampang sebagai jaminan kehidupan kita sesudah mati kelak. Pembinaan wakaf ini bertujuan memudahkan saudara seislam yang berada di daerah berkenaan menunaikan solat Jumaat, aktiviti kebajikan serta pembangunan modal insan. Sungguhpun anda hanya mampu menderma walau RM0.10, setiap kebaikan tetap akan mendapat ganjaran di sisi Allah bahkan pahala tersebut berterusan sehingga alam selepas mati. Apatah lagi sekiranya anda menderma RM1, RM10 dan yang berikutan dengannya.
Di sini saya cadangkan beberapa kaedah yang mungkin para pembaca boleh lakukan untuk membantu pembinaan masjid ini.
Di sini saya cadangkan beberapa kaedah yang mungkin para pembaca boleh lakukan untuk membantu pembinaan masjid ini.
1. Kumpul duit di sekolah (pelajar/guru) minimum setiap pelajar 10 sen
2. Bantuan derma dari pendudukan kawasan sekitar.
3. Membuat penjualan(sekiranya mampu).
Dikatakan sahabat-sahabat Rasulullah dulu sanggup melepaskan kelebihan harta dunia(wakaf) demi mendapatkan syurga Allah. Kenapa tidak kita contohi untuk jaminan hidup yang kekal abadi? Selamat beramal..
No comments:
Post a Comment