Jazakallahu Khairan

Saturday, August 28, 2010

Mengenalinya 1 anugerah yang cukup bernilai

Sempena nuzul Quran 17 Ramadhan 1431 bersamaan 27 Ogos 2010, sekolahku telah mengadakan solat hajat khas untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki PMR juga buat anak-anak guru yang bakal menduduki UPSR. Ramai yang telah mengupas soal hari yang penuh bersejarah(Nuzul al-Quran) ini. Oleh yang demikian penerangan lanjut boleh dibaca di laman berikut;
1. Sejarah penurunan dan pembukuan al-Quran
2. Nuzul al-Quran dan Badar Kubro
3. Nuzul al-Quran dan malam Lailatul Qadar
Hebatnya caturan Allah, penceramah malam itu insan yang cukupku kagumi dan amatku sanjungi. Terubat rindu pada seorang murobbi yang pernah menyelamatkan aku dan sahabat-sahabat dari lautan keduniaan dan kegelapan yang cukup melemaskan lagi merimaskan. 1 kunjungan sebentar cuma yang cukup bermakna.

Hampir mencecah 3 tahun murabbiku kembali ke Kedah meninggalkan kami bersama wasilah dan panduan yang cukup jelas. Rentetan itu, kami mula berjinak-jinak bergerak di luar lalu sedikit demi sedikit mengenal erti hidup dalam bergelar khalifah serta perjuangan islam. Unik murabbiku. Cerminan peribadi yang penuh suri teladan. Sungguh, jaminan hidupnya lengkap untuk Islam. Hidupnya umpama tidak mengenal lelah dan putus asa. Sekalipun tidak pernah merunguti perihal mad'u malah lebih didekati. Hidupnya penuh dengan pengorbanan yang segalanya untuk keberkatan. Perjuangan dan cara hidupnya untuk islam cukup luar biasa, sangat luar biasa, amat luar dari kebiasaan. Hidup yang sarat dengan perjuangan hingga sesiapa yang mendekati beliau turut terkesan.

Cabaran dakwah tu sebuah sunnatullah baginya. Belum sempat mengungkapkan soal itu kepada anak didiknya, akhlak dan amalan beliau sudah umpama 1 tarbiyyah halus buat kami. Ketenangan serta kegigihan dalam menyampaikan islam cukup menarik hati mad'u. Penuh hikmah dan dedikasi. Saat menatap wajah ust sewaktu menyampaikan pengisian, seolah-olah rakaman kisah suatu ketika dulu dimainkan kembali satu per satu. Kisah yang cukup aku rindu. Melebihi kemanisan sebuah madu. Hanya Allah yang tahu.
Ya Allah, aku sayang insan ini. Insan inilah yang mengenalkan kami kepada erti sebuah kehidupan, kesungguhannya mendorong kami hidup dalam perjuangan, memandu kami ke arah keredhaan, mengajar kami erti hidup bersama kumpulan, membawa kami hidup dengan sahabat demi kecintaan ilahi. Engkau redhai dan berkatilah hidup murabbiku ini. Permudahkan segenap urusannya dalam setiap langkah dan ketika. Selubungi hidupnya dengan ketenangan dan kemuliaan. Semoga setiap titisan peluh dan kudrat tenaganya, berbayar dengan jaminan ketertinggian syurgaMu yang kekal selamanya.

Tidak ternilai anugerah ini buatku..
Terima kasih ya Allah, kerana peluang mengenalinya Engkau kurniakan kepadaku.

2 comments:

ili_pengurniaan said...

salam.. ustz abdullah.. rindu ngan ustaz.. betul ckp yuyu. byk perubhn yg ustz bw.. wlpun, kejb jak, bab aku pindh smesh.. tp, mmg terasa perubhn yg ustz bw...

Nashrah Basyirah said...

syukran knjungn iamili..waa ada blog sda ^^

ya mntap kn? walau shari, ust xkn prsiakan..msti ada org yg dpt mnfaat :)