Jazakallahu Khairan

Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidurrasul :)

Pemimpin,

Pendakwah,

Ayah,

Suami,

Guru,

Anak,

Sahabat,

Saudara,

Jiran.

Siapapun anda, kenali dan contohilah akhlak baginda..

Friday, February 26, 2010

Tugas si Penuntut Ilmu.

Alhamdulillah~ selamat tamat menjawab test sepanjang minggu lepas. Selesai setiap paper atau exam, soalan famous 'Susah atau Senang?'. Perincian utamanya mudah, susah jawab kerana tiada mengulangkaji dan senang untuk menjawab kerana mengkaji. Menyedihkan bila seseorang manusia belajar suatu ilmu hanya semata-mata untuk menjawab peperiksaan. Masa dulu-dulu, cikgu Fizik saya kata, "Fizik ni mudah kalau kita belajar dan aplikasi dalam kehidupan."Mungkin ada sedikit perkongsian yang boleh saya hidangkan di laman ini buat renungan dan santapan khas buat yang mahu membaca.

Apa tugas dan tanggungjawab anda dan saya sepanjang bergelar si penuntut ilmu?

Secara meluas, ada 4 perkara yang boleh di highlightkan buat si penuntut ilmu;

1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil dititikberatkan si penuntut ilmu ialah mempunyai keikhlasan niat untuk mencapai mardhotillah (keredhaan Allah). Berilmu untuk berbakti kepada yang memberi ilmu. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan pergunakan sebaiknya. Keberjayaan yang sebenar terletak pada redha Allah kepada hambaNya.

"Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.."

2)Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.

Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"
Surah Toha ayat 114

3) Sabar
Penuntut ilmu perlu mencapai tahap kesabaran yang tinggi untuk benar-benar layak memegang suatu ilmu. Jangan mudah berpurus asa pada ujian dan cabaran. Pacak-pacakkan kemahuan, wujudkan kesungguhan, adakan pengorbanan, juga teguhkan keimanan. Buat orang yang sabar, lambat atau cepat pasti akan dapat apa yang diusahakan kerana berkat.

4) Memuliakan Guru
Sesiapapun yang memberi ilmu wajar dimuliakan walaupun bukan guru secara tauliah. Tanpa kita disedari, kita belajar dari setiap hidupan atau perkara di sekeliling kita. Maka muliakanlah siapa dan apa yang patut anda rasa wajar dimuliakan.

Sabda Rasulullah SAW
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim
-Riwayat Abu Daud-

p/s: Teruslah mencari ilmu supaya anda tahu apa yang anda perlu ;)

Thursday, February 18, 2010

Damia Safiyyah di Hati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Dengan izinNya usrah kali ke-2 bersama adik-adik SMK Kolombong berjalan lancar pada 18 Februari 2010. Kali ini kami sepakat mengadakan usrah dilapangan yang tenang sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

Berbumbungkan langit luas nan biru, beralaskan rumput kehijau-hijauan serta berhiaskan hamparan laut yang menenangkan, maka usrah dimulakan pada jam1. Terima kasih buat keindahan alam di Taman Awam Teluk Likas.

Mukadimahnya, mengupas persepsi cinta bagi menarik perhatian adik-adik usrah. Merangkumi cinta Pencipta dan manusia sebagai pembuka minda. Dan yang utama membincangkan hal mengikut silibus yang ditetapkan.


Tirai usrah kali ini berlabuh di Masjid Bandaraya selepas menunaikan solat Asar.Damia Safiyyah, akanku genggam erat hati dan pandu langkah kalian menyusuri laluan bergelar mata rantai perjuangan.

Insya-Allah..

Kerja Amal, Bakti Untuk Sekolah.

Semenjak sekolah bertukar takhta, satu persatu perihal sekolah mula melalui proses transformasi. Hasil penggantian hari persekolahan 3 minggu berturut-turut, cuti Tahun Baru Cina turut dipanjangkan kepada 1 minggu. Apapun, cuti kali ini amatlah sesuai untuk para pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan menjelang buka sekolah nanti.

Kalau dulu, sekolah glamor dengan surat-surat amaran untuk pelajar bermasalah. Sekarang, pelajar berlumba-lumba mengumpul merit menjauhi demerit. Oleh yang demikian, sesetengah pelajar akan lebih terdorong untuk melakukan kerja amal serta meningkatkan prestasi diri bagi memperoleh merit. Walaupun hakikatnya, beramal kerana Allah :)

Pada Rabu dan Khamis baru-baru, pelajar Pra-U atas diberi peluang untuk mendapatkan merit lebih. Beralasankan faktor kerajinan, kebosanan mahupun dasar tanggungjawab masing-masing berusaha menghadirkan diri.

Rabu - 17 Feb 2010
Kerusi dan meja kayu yang rosak dicerai-ceraikan.Kayu-kayu yang masih elok dicantumTerjadilah proses inovasi

Tidak lupa takziah buat seorang sahabat yang mengalami kecederaan sedikit parah akibat kemalangan motosikal beberapa hari lepas.

"Ingatkan ada belajar. Sebab tu aku datang."

Kesian kawan sorang ni. Apapun, kami cuma mengarahkan 'pesakit' ini berehat di tepi sambil muhasabah diri.
Picture captured by safiyyah

p/s: Berhati-hati dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.

Khamis - 18 Feb 2010

Usai mengemaskini bilik baru Sri Hikmah, kami beralih mencantikkan dinding-dinding sekolah.
Safiyyah dan Lutfiyyah fokus dalam operasi
Sekolah ini tempatku mengenal diriTahun terakhir bergelar pelajar sekolah

Banyak kenangan tercipta di sini. Mengenal insan murabbi, bertemu sahabat sejati, guru-guru mithali, rakan-rakan yang baik hati dan junior-junior yang baik budi.. Ntah bila lagi boleh mencurahkan bakti.

Saturday, February 13, 2010

Setiap Perkara Itu Ibadah, Jika...

Dalam sehari, masa yang kita hanya ada 24 jam.
24 jam - 7 jam(masa ideal) = 17 jam.

Saya pernah terfikir untuk menggurangkan masa tidur kepada 1/2 jam sehari akibat berasa rugi terhadap setiap waktu yang dianggarkan untuk berehat semata-mata. Hasil pembacaan dan bertanya kepada yang pakar, tidur juga boleh jadi ibadah. Maka, tiada apa yang merugikan jika tidur itu adalah satu ibadah. Tetapi untuk menjadikan tidur atau perkara-perkara lain diiktiraf oleh Allah sebagai ibadah, ada syaratnya.

Niat kerana Allah
Kerana niat adalah teras, boleh jadi sesuatu perkara baik yang kita lakukan adalah sia-sia sekiranya bukan kerana Allah. Penyembelihan ayam tanpa niat yang suci kerana Allah, bangkailah jadinya. Dan tidur itu ibadah bila nawaitunya berehat untuk Allah. Tidur mengumpul tenaga bagi melakukan kerja-kerja Islam. Merehatkan diri, pahala pun mari.

Perkara yang dibenarkan oleh syara'
Sungguhpun niat yang diwujudkan tepat kerana Allah tetapi amalan yang dilakukan bertentangan dengan ketetapan syara', ianya automatic terbatal dari tittle ibadah. Allah SWT tidak mengiktiraf sebarang amalan baik tetapi pengamalannya salah. Seperti seorang bapa yang berkerja di kilang arak untuk menampung hidup keluarganya sebagai tanggungjawab menunaikan kewajipan agama maka ia tidak diiktiraf Allah sebagai sebuah ibadah. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Semua amalan mesti mengikut peraturan yang ditentukan
Amal ibadah tidak sah sekiranya bercanggah dari peraturan yang ditentukan Allah SWT. Misalnya solat Zohor 4 rakaat, tidak boleh diubah sesuka hati ketetapannya mengikut diri manusia. Begitu juga tidur, ada peraturannya.

Ibadah khusus tidak boleh diabaikan Amalan yang dilakukan tidak boleh dinamakan ibadah jika mengabaikan amalan fardu. Sebagai contoh, tidur sehingga terlepas solat Subuh. Maka tidur itu tidak diiktiiraf sebagai ibadah.

Sunday, February 7, 2010

Pusat Operasi Persatuan Siswazah Sabah (PSS)

Sumber: Nurilhakim

Saya pernah berhasrat menghidupkan dakwah di bumi Sabah dengan mewujudkan puluhan pusat operasi persatuan di serata pelosok negeri dan menjadikannya pusat pembelajaran Al-Quran, Fardhu Ain, membaca dan mengira selain tempat lepak remaja sambil dihiburkan dengan bahan-bahan ilmiah dan bermanfaat. Ideanya mudah, tetapi untuk melaksanakannya agak susah. Yang paling susah ialah untuk mencari penghuni tetap pusat operasi yang mampu mengorbankan kalau pun tidak sepenuhnya masa untuk dakwah, separuh pun jadilah. Saya memasang cita-cita membuka operasi antara lainnya di Kg. Kobuni dan Kg. Kionsom Kecil, Inanam, di Bundu Tuhan, di Kg. Tinuhan, Tuaran selain di Kg. Likas. Semuanya berpijak di bumi nyata. Kerana di semua tempat telah saya kenalpasti tapak yang boleh digunakan dan 'kaki-kaki' yang dapat membantu. Yang membantutkan ialah masalah yang satu itu-tiada tenaga penggerak tetap.

Walaubagaimanapun, sekelumit hasrat saya tercapai bilamana PSS berjaya membuka satu pusat operasi di Kg. Likas sejak awal bulan Februari ini. Setakat ini ia belum dapat dioperasikan sepenuhnya memandangkan ia agak lengang selain bilik yang digunakan untuk menginap. Justeru kami memohon jasa baik pembaca mengisi kekosongan tersebut dengan memberikan sumbangan kelengkapan dan perabot terpakai, atau sekurangnya menjualkannya kepada kami dengan harga berpatutan. Kelengkapan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Rak buku untuk Bilik Sumber (Perpustakaan Mini)
Filing cabinet untuk pejabat
Meja pejabat
Meja komputer Komputer meja (PC) untuk kegunaan pejabat
Kerusi terpakai, dan meja foldable
Kipas angin (kipas meja/kipas lantai) Peralatan memasak
Mesin basuh (kegunaan penginap dan pelajar tuisyen)
TV 24" untuk tayangan pendidikan dan sebagai alat bantu mengajar
Lain-lain yang difikirkan sesuai

Kelengkapan akan digunakan untuk memenuhi fungsi pejabat seperti berikut:

1. Pusat operasi dan pengurusan pejabat PSS
2. Bilik mesyuarat PSS dan KRU
3. Kelas tuisyen dengan konsep pusat tuisyen sebagai rumah kedua
4. Tempat rekreasi dan belajar anak-anak tempatan Kg. Likas
5. Kuliah dhuha berkala di dataran pusat operasi
6. Kelas Al-Quran dan Asas Bahasa Arab
7. Restoran gulai kawah setiap hari Jumaat selepas solat Jumaat

Ya ALLAH jadikan pejabat kami tempat berehat para musafir di jalanMu serta tempat berlindung orang susah.

Untuk menyumbang/maklumat lanjut hubungi Nadir-0198110964.

Saturday, February 6, 2010

Gotong-Royong Perdana dan Promosi!

Hari ini bersamaan 06 Feb 2010 telah diadakan Gotong-Royong Perdana di SMK TBBN. Untuk julung kalinya gotong-royong pada kali ini cukup meriah dan memberangsangkan. Pengetua baru kali ini cukup serius dalam melakukan perubahan. Go Mr. Loh! hehe.

Seperti biasa, Pra-U atas ditugaskan menyambut kedatangan para tetamu dan ibubapa. Cukup memenatkan tapi agak berbaloi. Suka melihat semangat perpaduan yang ditonjolkan terutamanya dari kampung-kampung yang terdekat. Bak kata YB Jainab "Inilah semangat 1 Malaysia! Penduduk kampung dan para ibubapa harus memberikan sokongan kepada pengetua di sekolah ini walaupun berbangsa cina." Dalam turun padang sempat juga YB dan rekrutnya mempromosi, undilah BN Sepanggar. Cukup bersemangat.

Pelancaran Gotong-Royong Perdana pagi tadi turut disertakan bersama pelancaran Tabung Dana Kasih. Harapnya pelajar tertentu akan mendapat manfaat dari sumbangan berkenaan.
Sumbangan mereka kepada sekolah, pemotong rumput.

Terima kasih. Gotong-royong yang dijalankan pada kali ini lebih sistematik. Pembahagian kumpulan mengikut A, B, C hingga Q bermula dari meja pendaftaran.
Dinding yang mula menjalani proses rawatan Pintu-pintu dibaiki dan diperbaharui
Tangga-tangga mula mendapat perhatian

Serta bermacam-macam lagi tugas di setiap kawasan. Alhamdulillah~ gotong-royong berakhir pada jam12 tengahari. Setinggi penghargaan buat wakil Politeknik KK dan Pasukan bomba&penyelamat yang sudi turun padang menyumbangkan tenaga.Golongan berfikir, ada yang perlu anda renung ;)

Friday, February 5, 2010

Aku Sudah Marah!

Arghhh..

Marah?!

Panas baran?

Kebelakangan ini penulis merasakan sifat mazmumah yang hampir terkubur suatu ketika dulu mulai wujud kembali. Marah?! Salah satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Justeru, perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai penyakit hati seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Sesiapa saja yang tidak mengikis sifat ini pasti akan hidup dalam suasana yang suram dan penuh dengan tekanan. Semua perkara yang tidak bersesuaian dengan jiwa, mulalah tinggi suara, angkat tangan ataupun terserlah dari pelbagai bentuk yang tidak sepatutnya. Benarkan?

"Aku Sudah Meletup!"

Pelbagai langkah boleh saya, anda dan mereka ambil untuk menangani rasa marah.

1.
Berwudhuk, beristigfar.
2. Berfikir secara waras alasan yang kukuh untuk marah.
3. Tinggalkan tempat yang mengundang kemarahan.
4. Pandanglah alam sekeliling. Wujudkan rasa kehambaan.
5. Luahkan pada pendengar setia yang boleh dipercayai.

6. Tidur sebentar. Beri ruang kepada diri untuk tenang seketika.
7. Berdiam diri seketika. Elakkan diri dari berbual untuk sementara waktu. Dikhuatiri perbua
lan dengan individu lain akan menambahkan lagi kemarahan. Mungkin gurauan, akan didengari seperti sindiran.

Hakikatnya marah itu datangnya dari syaitan yang cuba memecahbelahkan umat manusia. Mungkin pada masa terdekat marah itu akan membantu anda. Untuk jangka masa yang panjang? Hubungan persaudaraan mulai terjejas.
Sukarnya menahan marah.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
"Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya.

Rasulullah bersabda bermaksud:
"Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).


Tapi, boleh jadi marah itu juga betul sekiranya disalu
rkan ke arah yang tepat.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.


Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.

Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: “Suruhlah
anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran, perlu ada marah.


Contoh paling hebat berlaku dalam sejarah ialah ketika Saidina Ali berada dalam satu peperangan di mana beliau hampir hendak memenggal leher musuhnya, tiba-tiba musuhnya itu meludah mukanya. Lalu Saidina Ali tidak jadi memenggal lehernya.
Maka musuhnya berasa pelik lalu bertanya kepada Saidina Ali mengapa tidak jadi membunuhnya. Maka Saidina Ali menjawab: Aku takut bahawa aku membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana marah kepada kamu kerana meludahku.” Hebatnya Saidina Ali masih lagi menggun
akan pertimbangan akal dan syariat walaupun ketika marah.
Cabarlah diri, kita mampu melakukannya ;)

Wednesday, February 3, 2010

Wajah baru LOGO KRU

Alhamdulillah~ Syukur ke hadrat ilahi. Sebuah penantian berakhir. Untuk makluman, LOGO KRU yang rasmi secara muktamadnya adalah seperti grafik yang terpampang di atas. Sahabat-sahabat dari seluruh cawangan KRU bolehlah menggunakan logo rasmi ini sebermulanya 1 Februari 2010. Tahniah buat KRU khususnya kepada pereka dan para juri! Semoga KRU terus gemilang dan lebih kukuh bertapak di bumi Sabah.

Rujukan: myikhwanfiideen