Apa tugas dan tanggungjawab anda dan saya sepanjang bergelar si penuntut ilmu?
Secara meluas, ada 4 perkara yang boleh di highlightkan buat si penuntut ilmu;
1) Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil dititikberatkan si penuntut ilmu ialah mempunyai keikhlasan niat untuk mencapai mardhotillah (keredhaan Allah). Berilmu untuk berbakti kepada yang memberi ilmu. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan pergunakan sebaiknya. Keberjayaan yang sebenar terletak pada redha Allah kepada hambaNya.
"Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.."
2)Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.
Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"
Surah Toha ayat 114
3) Sabar
Penuntut ilmu perlu mencapai tahap kesabaran yang tinggi untuk benar-benar layak memegang suatu ilmu. Jangan mudah berpurus asa pada ujian dan cabaran. Pacak-pacakkan kemahuan, wujudkan kesungguhan, adakan pengorbanan, juga teguhkan keimanan. Buat orang yang sabar, lambat atau cepat pasti akan dapat apa yang diusahakan kerana berkat.
4) Memuliakan Guru
Sesiapapun yang memberi ilmu wajar dimuliakan walaupun bukan guru secara tauliah. Tanpa kita disedari, kita belajar dari setiap hidupan atau perkara di sekeliling kita. Maka muliakanlah siapa dan apa yang patut anda rasa wajar dimuliakan.
Sabda Rasulullah SAW
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim
-Riwayat Abu Daud-
p/s: Teruslah mencari ilmu supaya anda tahu apa yang anda perlu ;)
No comments:
Post a Comment