Jazakallahu Khairan

Wednesday, August 19, 2009

Sedikit yang aneh hari ini. ?

Pada hari ini - 1

Kelas sangat sunyi. Hanya seramai 6 orang pelajar yang menghadiri kelas. Melihat pada jadual hari ini, mungkin subjek agak banyak tapi semuanya menyeronokkan. Tidak ada yang merugikan.

Selesai membuat pembentangan Sejarah, ana mengusik sahabat sebelah sebelum bertanya mengenai 'misteri' kehilangan ramai pelajar pada hari ini. Gabungan 2 kelas Sejarah pada hari ini hanya dihadiri tidak sampai 20 pelajar. Sayang rasanya jika meninggalkan 1 kuliah. Apa tidak, hampir setiap hari pelajaran baru akan dikupas dan diulas.

"Dorang pegi Karambunai." jawab sahabat sebelah ana.

Rupanya inilah yang mereka bincangkan di belakang kelas semalam.

"Yu, jom ikut kami ponteng Jumaat ni. Kita lepaskan tension di pantai."

Em tukar hari rupanya. Mungkin sebab ana menolak dan tidak bersetuju dengan cadangan melepaskan 'tekanan' itu, punca mereka menukar tarikh dan tidak memaklumkan sebarang perubahan masa. Puas dipujuk untuk membatalkan niat ponteng. Ana gagal rupanya. Kan minggu depan cuti sekolah akan bermula? Kawanku, semangat belajar hanya sekadar ungkapan dibibir rupanya.

Pada hari ini - 2

Seawal jam6++ pagi, seusai meletakkan buku-buku dan beg sekolah di atas meja, penyusunan nota yang diamanahkan Mdm Alice untuk ana siapkan semalam segera diangkut untuk diserahkan kembali kepadanya.

Dalam bergegas ke bilik guru, ana ditahan seorang pelajar perempuan tingkatan 4. Pelajar tersebut menanyakan nama seorang pelajar lelaki yang pernah menuntut ilmu sekelas dengan ana suatu ketika dahulu.

"Boleh bagi number phone abang tu? Kalau nda pun, kirim salam ja la dengan dia. Tapi jangan bagitau dari siapa." Senyumnya dengan bangga.

Terkejut juga mendengar request adik ni. Di awal pagi lagi sudah membuat lucu. Beraninya adik ni memerintah ana menjadi penyumbang saham kepada permainan hatinya. Dalam kebingungan seketika, sempat juga ana men'cuci' minda adik puteri tersebut. Rasanya inilah junior pertama yang berani berdebat soal hati dengan ana secara terbuka. Sedangkan pelajar lain lari menyembunyikan diri andai terserampak dengan ana dan sahabat usrah yang lain. Adalah yang tidak betul dibuat tu. Hampanya, dengan selamba si budak itu berkata,

"Kami kan masih budak-budak. Nda papa juga kan."
Katanya, jika meminta bantuan dari senior lain pasti dia diejek dan namanya dengan automatik akan di blacklist. Lebih mudah meminta bantuan ana. Belum sempat ana membidas kembali, cikgu Sejarah menyapa dari belakang mengajak ana untuk sama-sama berjalan ke kelas. Huuh nda sempat. Akhirnya semua kerja tertangguh.

Aduhai putriku sayang,
Jaga pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, tetapkanlah pendirianmu. Andaikata takdir tiada cinta adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga memberi keceriaan dalam hidupmu.

No comments: