Bermula dari sahur kelmarin badan berasa sangat lemah. Segala isi-isi perut dimuntahkan semula. Sama sekali saya tidak dapat menerima makanan sahur pada masa itu. Kepala juga terasa berat dan segalanya kelihatan gelap. Rentetan itu, ianya berlanjutan seharian sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah~ kesihatan tika ini lebih elok dari sebelumnya. Sungguh Allah itu Maha Pengasih. Seringkali mengingati hamba-hambaNya agar mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan sebelum ditarik kembali.
Segala rancangan yang telah dijadualkan kelmarin terpaksa dibatalkan last minute. Huhu sedihnya tidak dapat mengikuti rombongan program ke Kg. Sambah. Walhal, barang-barang telah saya siapkan dari malam sebelum bertolak. Sama sekali saya tidak mampu untuk bergerak melangkah jauh. Ibu juga turut tidak membenarkan saya pergi. Katanya, khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini di tapak program sekiranya saya pergi dalam keadaan yang tidak bertenaga. Tiada siapa yang dapat menandingi kuasa Allah. Sehebat manapun rancangan yang diatur, tanpa keizinanNya pasti takkan kemana. Mungkin sebelum ini saya terlalu beryakinan tinggi untuk mengikuti program yang telah diatur. Muhasabah kembali~ Mohon sejuta kemaafan kepada ukhti dan akhi yang berkenaan.
Sahabat-sahabat banyak memberikan kata-kata semangat dan meminta bersabar atas ketentuanNya. Terima kasih sahabatku atas segalanya :) Sekurang-kurangnya memberi kemampuan kepada saya mengukir senyuman pada masa itu. Dengan keizinanNya, sebentar tadi telah dipertemukan saya dan sahabat-sahabat dalam meeting penyelarasan di surau Taman Kuala Menggatal. Allah berikan kekuatan untuk menjejakkan kaki ke sana walau dalam keadaan yang agak kurang bermaya. Jenaka dan telatah mereka cukup mencuit hati. Keprihatinan kalian sangat dihargai.
Betapa Pengasihnya Allah. Bila lupa, Dia beri peringatan.
Syukran Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk mensyukuri segala nikmatMu.
No comments:
Post a Comment