"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkannya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana" (Surah Luqman: 27)
Jazakallahu Khairan
Tuesday, August 25, 2009
Amalan Sunat Ramadhan.
Diantaranya,
Melambat-lambatkan sahur ketika puasa, menyegerakan berbuka dengan sebiji kurma atau air sebelum sembahyang Maghrib, bersikap pemurah di waktu bulan Ramadhan, membaca Al-Quran, melakukan i'tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan.
Orang yang sedang melakukan i'tikaf itu janganlah keluar dari masjid kecuali terdapat keperluan yang penting. Tidak mengapa menggunakan haruman di dalam masjid, berakad nikah, makan, minum, mencuci tangan di dalam bekas, sebab kesemuanya mungkin diperlukan oleh individu.
Ketahuilah bahawa puasa itu ada tiga peringkat iaitu:
a. Puasa Orang Umum
b. Puasa Orang Khusus
c. Puasa Orang Khusus Khusus
Puasa yang umum ialah menahan perut dan kemaluan dari syahwat, makan, minum, bersetubuh dan lain-lain sebagaimana yang telah dijelaskan.
Puasa yang khusus ialah dengan cara sebagaiamana di atas, ditambah dengan menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan lain-lain anggota badan dari segala perbuatan dosa.
Puasa yang khusus khusus ialah yang selain di atas. Dengan puasa hati yakni ditahan dari perkara yang remeh, keduniaan dan pendeknya menahan dari segala sesuatu selain Allah Azza wa Jalla secara keseluruhannya.
Happy Belated Birthday.
Peringatan untukku.
Segala rancangan yang telah dijadualkan kelmarin terpaksa dibatalkan last minute. Huhu sedihnya tidak dapat mengikuti rombongan program ke Kg. Sambah. Walhal, barang-barang telah saya siapkan dari malam sebelum bertolak. Sama sekali saya tidak mampu untuk bergerak melangkah jauh. Ibu juga turut tidak membenarkan saya pergi. Katanya, khuatir berlaku sesuatu yang tidak diingini di tapak program sekiranya saya pergi dalam keadaan yang tidak bertenaga. Tiada siapa yang dapat menandingi kuasa Allah. Sehebat manapun rancangan yang diatur, tanpa keizinanNya pasti takkan kemana. Mungkin sebelum ini saya terlalu beryakinan tinggi untuk mengikuti program yang telah diatur. Muhasabah kembali~ Mohon sejuta kemaafan kepada ukhti dan akhi yang berkenaan.
Sahabat-sahabat banyak memberikan kata-kata semangat dan meminta bersabar atas ketentuanNya. Terima kasih sahabatku atas segalanya :) Sekurang-kurangnya memberi kemampuan kepada saya mengukir senyuman pada masa itu. Dengan keizinanNya, sebentar tadi telah dipertemukan saya dan sahabat-sahabat dalam meeting penyelarasan di surau Taman Kuala Menggatal. Allah berikan kekuatan untuk menjejakkan kaki ke sana walau dalam keadaan yang agak kurang bermaya. Jenaka dan telatah mereka cukup mencuit hati. Keprihatinan kalian sangat dihargai.
Betapa Pengasihnya Allah. Bila lupa, Dia beri peringatan.
Syukran Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk mensyukuri segala nikmatMu.
Sunday, August 23, 2009
Kem Remaja Cemerlang kali ke3.
Alhamdulillah, pada 21 -23 Ogos 2009, penulis blog berpeluang turun bergerak kerja bersama ikhwah dan akhawat cinta yang dikasihi kerna Allah menerusi Kem Remaja Cemerlang. Program berjaya dilangsungkan dengan dihadiri peserta seramai 86 muslimat dan 32 muslimin. Peserta yang terlibat terdiri daripada mereka yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.
Selaku pelajar, penyusunan jadual dalam akademik, dakwah dan lain-lainnya adalah perlulah dinisbahkan secara sama rata. Selain diberi pendedahan pembahagian masa, teknik dan persediaan pelajar untuk menduduki peperiksaan turut menjadi medium utama bagi meningkatkan kebergantungan kejayaan yang hanya terletak pada Allah. Untunglah pada yang berjaya menghadirkan diri dan hati ke program ini.
Walaupun masa program mengorbankan Ramadhan pertama para peserta bersama keluarga, namun demikian ianya tidak menjadi penghalang peserta menuntut ilmu 'putih' demi kecemerlangan masa hadapan.
Semoga hati-hati kita sentiasa terikat dengan rasa taqwa dan istiqomah dalam mencari ilmu demi memperoleh keredhaanNya. Diri ini sedikit sebanyak turut termotivasi.
Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Mohon maaf khususnya dari tuan empunya blog atas segala kedaifan yang telah dilakukan samada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Teruslah menghulurkan bantuan dalam memperbaiki kelemahan diri ini.
Thursday, August 20, 2009
Ramadhan datang lagi.
Wednesday, August 19, 2009
Sedikit yang aneh hari ini. ?
Kelas sangat sunyi. Hanya seramai 6 orang pelajar yang menghadiri kelas. Melihat pada jadual hari ini, mungkin subjek agak banyak tapi semuanya menyeronokkan. Tidak ada yang merugikan.
Selesai membuat pembentangan Sejarah, ana mengusik sahabat sebelah sebelum bertanya mengenai 'misteri' kehilangan ramai pelajar pada hari ini. Gabungan 2 kelas Sejarah pada hari ini hanya dihadiri tidak sampai 20 pelajar. Sayang rasanya jika meninggalkan 1 kuliah. Apa tidak, hampir setiap hari pelajaran baru akan dikupas dan diulas.
"Dorang pegi Karambunai." jawab sahabat sebelah ana.
Rupanya inilah yang mereka bincangkan di belakang kelas semalam.
"Yu, jom ikut kami ponteng Jumaat ni. Kita lepaskan tension di pantai."
Em tukar hari rupanya. Mungkin sebab ana menolak dan tidak bersetuju dengan cadangan melepaskan 'tekanan' itu, punca mereka menukar tarikh dan tidak memaklumkan sebarang perubahan masa. Puas dipujuk untuk membatalkan niat ponteng. Ana gagal rupanya. Kan minggu depan cuti sekolah akan bermula? Kawanku, semangat belajar hanya sekadar ungkapan dibibir rupanya.
Pada hari ini - 2
Seawal jam6++ pagi, seusai meletakkan buku-buku dan beg sekolah di atas meja, penyusunan nota yang diamanahkan Mdm Alice untuk ana siapkan semalam segera diangkut untuk diserahkan kembali kepadanya.
Dalam bergegas ke bilik guru, ana ditahan seorang pelajar perempuan tingkatan 4. Pelajar tersebut menanyakan nama seorang pelajar lelaki yang pernah menuntut ilmu sekelas dengan ana suatu ketika dahulu.
"Boleh bagi number phone abang tu? Kalau nda pun, kirim salam ja la dengan dia. Tapi jangan bagitau dari siapa." Senyumnya dengan bangga.
Terkejut juga mendengar request adik ni. Di awal pagi lagi sudah membuat lucu. Beraninya adik ni memerintah ana menjadi penyumbang saham kepada permainan hatinya. Dalam kebingungan seketika, sempat juga ana men'cuci' minda adik puteri tersebut. Rasanya inilah junior pertama yang berani berdebat soal hati dengan ana secara terbuka. Sedangkan pelajar lain lari menyembunyikan diri andai terserampak dengan ana dan sahabat usrah yang lain. Adalah yang tidak betul dibuat tu. Hampanya, dengan selamba si budak itu berkata,
"Kami kan masih budak-budak. Nda papa juga kan."
Katanya, jika meminta bantuan dari senior lain pasti dia diejek dan namanya dengan automatik akan di blacklist. Lebih mudah meminta bantuan ana. Belum sempat ana membidas kembali, cikgu Sejarah menyapa dari belakang mengajak ana untuk sama-sama berjalan ke kelas. Huuh nda sempat. Akhirnya semua kerja tertangguh.
Aduhai putriku sayang,
Jaga pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, tetapkanlah pendirianmu. Andaikata takdir tiada cinta adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu. Biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi kehangatan dan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga memberi keceriaan dalam hidupmu.
Tuesday, August 18, 2009
Cukuplah hanya ini.
Kerna aku hamba yang lemah,
Wahai Tuhanku,
Ilhamkanlah daku untuk terus bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau
kurniakan kepadaku,
dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh
yang Engkau redhai. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam
jiwaku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk
orang-orang yang berserah diri kepadaMu.
p/s: Wahai diri, pautlah hatimu pada Allah... Hanya Dia yang diperlukan :'(
Bolehkah cukup sekadar ini?
Monday, August 17, 2009
Khemah Ibadah Gunsanad 2
Segala syukur dan pujian ke hadratNya yang memberi peluang empunya blog untuk menyemai baja islam jauh ke dalam hati adik-adik di SMK Gunsanad 2, Keningau pada 14-16 Ogos yang lepas. Kenangan yang sangat indah terukir melalui Program Khemah Ibadah yang disertai lebih kurang 105 peserta. Program ini juga telah menjadi perintis perluasan Kelab Remaja Ukhuwah di Keningau. Tahniah SMK Gunsanad 2!
14/08/09 - Seusai sesi persekolahan, kami bergegas pulang untuk mengemas barang di rumah dan berkumpul tepat jam 2 petang di Bustop Indah Permai. Selewat jam 4 petang perjalanan kami ke destinasi bermula dan tiba pada jam 6.30 dengan menaiki van pakcik dusun yang baik hati. Kebaikan hatinya terserlah sewaktu beliau sanggup bertolak ansur untuk singgah sebentar bagi memenuhi permintaan kami menunaikan solat asar walaupun terdapat penumpang lain di dalam van tersebut. Bahkan sesudah menurunkan penumpang yang lain, pakcik tersebut turut menawarkan perkhidmatan percuma untuk menghantar kami terus ke tapak program :)
15/08/09 - Cukup indah tidak terkata sepanjang keberadaan di Keningau bersama-sama adik-adik G2. Hati terasa sangat dekat dengan mereka walaupun sempat bersua muka hanya sebentar.
cantik dan bersih
Peserta berpeluang tidur dikhemah dengan muatan sebanyak 4 orang. Bahan mentah dan peralatan masak tersedia memudahkan peserta kem melakukan proses penyediakan makanan mengikut kumpulan masing-masing.
Pelbagai aktiviti dijalankan membuka peluang kepada peserta dan tidak ketinggalan para fasilitator untuk menimba pengalaman baru. Antaranya, slot pengurusan jenazah, sesi penyembelihan dan penyebaran risalah islam.
Beberapa 'mayat' telah berjaya dikafan dan kebumikan
Mereka sudah bersedia
Pada hari terakhir program,
Sebanyak 30 ekor ayam menjadi mangsa sembelihan para peserta dan fasilitator. Ustaz Kamal cukup menitikberatkan setiap kepercayaan yang diberi kepada si penyembelih. Khuatir ayam yang disembelih jatuh haram untuk dimakan atas sebab-sebab penyembelihan yang tidak tepat.
Inilah salah satu pengalaman yang berharga di Keningau. Selama ini hanya memerhati ayam disembelih dan akhirnya saya dan Kak Nik diberi kepercayaan untuk menyembelih setiap seorang seekor ayam. Seronok. Seronok :D
.Alhamdulillah dapat ilmu dan pengalaman baru :)
Kumpulan 7 - "Ukhuwah Of G2" (Gunsanad 2)
Dari kiri: Raifi, Hazira, Nazira, Reny, Hana, Fasi, Basyirah, Harynah, Zie
Hadapan: Azreuy(ketua kumpulan) dan Maslan
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Semangat juang dan keinginan mengenal islam yang sangat mendalam cukup membanggakan. Semoga terus istiqomah dalam mencari sinar Ilahi. :) Semoga tautan hati kita akan sentiasa kukuh walau apa jua badai yang melanda.
Terima Kasih atas segalanya ^_^
Wednesday, August 12, 2009
Kuasai Hati.
- Golongan yang ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Golongan ini tunduk kepada keduniaan.
- Golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadang-kadang mereka menang, adakalanya mereka kalah. Apabila tersalah mereka bertaubat, rasa menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
Sendi-sendi kekuatan Islam
- Hati menjadi sumber kekuatan diri kita dalam pertarungan jiwa apabila hati itu terus hidup, lembut, bersih, cekal dan sebagaiman kata Saidina Ali r.a yang bermaksud "Allah mempunyai bejana di bumi ini, iaitu hati. Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, bersih dan cekal."
- Akal akan menjadi sendi kemenangan dalam pertarungan jiwa sekiranya akal itu dapat melihat, mengetahui, membezakan dan dapat mengambil ikhtibar daripada ilmu yang kelak dapat digunakan untuk mencapai tempat yang paling hampir dengan Allah.
Tanda-tanda jiwa yang TEWAS
Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, dan apabila akal manusia itu padam, tidak bercahaya dan menyeleweng, dia akan tewas dalam pertarungannya dengan syaitan lantas terbukalah pintu-pintu masuk bagi segala kejahatan di dalam jiwanya. Lebih-lebih lagi apabila diketahui bahawa syaitan itu meresap ke dalam diri anak-anak Adam sebagaimana darah meresap dan mengalir ke dalam tubuhnya.
Apabila benteng pertahanan itu runtuh maka syaitan akan menjadi teman karibnya. Sebagai contoh meninggalkan solat, pergaulan bebas dan lain-lain.
10 Pintu hati manusia yang dimasuki oleh syaitan:
- Tamak. Hadapi dengan menaruh kepercayaan dan berwaspada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtihar.
- Cintakan hidup duniawi dan panjang angan-angan. Hadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.
- Cintakan kerehatan dan kenikmatan. Kita mestilah menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.
- Kagum pada diri sendiri. Hadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan takut balasanNya.
- Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka. Kita mestilah menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.
- Hasad. Hadapinya dengan sifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtihar) serta redha terhadap kurniaan dan ketetapan Allah kepada makhlukNya.
- Riak dan suka pujian manusia. Hadapi dengan sifat ikhlas.
- Bakhlil. Yakini bahawa apa yang ada ditangan manusia itu akan binasa, sedangkan apa yang ada di sisi Allah itu kekal.
- Takabbur. Hadapi dengan sifat tawadhuk dan sedar hakikat asal kejadian kita.
- Buruk sangka. Yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.
Tuesday, August 4, 2009
Persidangan di Mahkamah Hati
Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.
Mahkamah pengadilan itu ada tiga. Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.
Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah. Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan "hidup" untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya "body" yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.
Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan. Ya, dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia, tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.
Kita mungkin mampu menipu manusia, tetapi kita tidak akan mampu menipu Allah dan diri sendiri. Jadi, ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk dibicarakan di mahkamah hati? Setiap masa, setiap ketika dan di setiap suasana hati kecil akan bersuara. Tidak tega dengan kesalahan, tidak rela dengan kemungkaran. Dosa itu derita. Kerana yang salah atau dosa itu sangat memberi kesan pada jiwa. Bila kita berdosa hakikatnya kita melakukan dua ‘perlanggaran'. Pertama, perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii. Kedua, perlanggaran terhadap Allah, zat yang Maha Tinggi.
Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan. Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan.
Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati! Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab: "Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya." Oleh itu, awaslah wahai diri. Dosa itu adalah racun. Bahananya akan merosak secara perlahan atau mendadak.
Kata ulama, mujurlah dosa itu tidak berbau, jika tidak, tidak akan ada siapa yang sudi mendekati kita. Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!
Sunday, August 2, 2009
Tahniah!
31 Julai 2009
Majlis Akad Nikah.
Rumah Pengantin Pempuan