Jazakallahu Khairan

Wednesday, December 30, 2009

1431H biar berkat.

2 minggu sudah berlalu.

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. BUKAN pada 2010 tapi pada 1431H :)

Kebiasaannya semua orang akan mula membuka lembaran baru dengan semangat, wajah, azam dan harta benda yang baru sebagai titik pemula.

Oleh yang demikian, saya juga mahu membuka muka surat baru untuk tahun hijrah pada kali ini. Muka surat baru, tidak bermakna semua mesti baru. Saya menghargai semua perkara yang lama. Terutamanya kenangan dan pengalaman yang menjadi sebaik-baik guru untuk kebaikan masa akan datang.
Kali ini izinkan saya memunculkan diri sebagai seorang insan yang benar-benar bergelar anak yang solehah kepada ibubapa, pelajar yang mahu belajar, pemimpin yang benar-benar memimpin kerana Allah dan seorang daie yang benar-benar bergelar pejuang. Bukan pejuang olok-olok yang jatuh tersungkur terus berpatah arah. Tapi pejuang yang menoleh ke belakang hanya untuk mengubah kesilapan silam. InsyaAllah.

Khususnya untuk para pelajar, bila tahun baru menjelang semua kena serba baru dan sempurna. Hari itu saya ditanya, kelengkapan sekolah macam mana? Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli untuk persediaan. Panjang-memanjang list yang saya sediakan. Sehinggalah terbaca kembali sebuah sms dari seorang sahabat cinta yang benar-benar memanggil diri untuk muhasabah.

"Renungkan kata2 ini shbtku.."Aku menangis krn tidak bkasut sehinggalah aku bertemu insan yg tdk berkaki""

Tidak perlulah kasut, baju dan beg baru sekiranya yang lama masih boleh digunakan. Hidup didunia hanya memerlukan keberkatan. Dari Allah dan ibubapa. Jika tidak, mengapa mereka yang hidup serba kekurangan masih boleh cemerlang dalam pelajaran, sentiasa tersenyum ceria memiliki keluarga yang bahagia dan kehidupan yang sentiasa berlapang dada walau hidup dalam kekurangan. Sedangkan yang kaya tidak semestinya cemerlang walau petang malam menghadiri kelas tambahan, tidak juga selalu bahagia walau dikelilingi harta intan permata. Jawapannya pada BERKAT dalam kehidupan. Allah tidak pandang pada jenama, hatta harga sesuatu benda melainkan mata manusia.

Konklusinya, cari-carilah berkat dalam segenap pekerjaan dan bantu-bantulah diri ini dengan berpesan-pesan kepada kebenaran.

Thursday, December 24, 2009

Tahniah Buat Izzah!

Tiada kata yang dapat meluahkan kegembiraannya. Saat menerima keputusan, hanya air mata yang bercucuran. Sedikit rasa terharu saat dia memeluk menahan sebak bercampur kegembiraan. Alhamdulillah~ hasil berhempas pulas mengerah tubuh dan minda akhirnya terbalas segala usaha di atas sekeping kertas.

Tahniah sekali lagi buat pelajar yang berjaya dan khususnya kepada adik kesayanganku. Katanya terlalu banyak A dan bersyukur dengan C yang dimiliki. 8A 1C. Apapun, semoga itu menjadi pemangkin buat Izzah terus memajukan diri mencemerlangkan prestasi :)

Tuesday, December 22, 2009

Islamic Summer Camp kali ke-3

Bangkitlah mujahid bangkitlah
Rapatkan barisan rapatkan
Ayunkanlah langkah perjuangan
Mati syahid atau hidup mulia

Siapkan dirimu siapkan
Gentarkan musuhmu gentarkan
Takkan pernah usai pertarungan
Hingga ajal kan menjelang

Enyahkan rasa takut dan gentar
Walau raga kan meregang nyawa
Kerna Allah tlah janjikan surga
Untukmu mujahid setia

Alhamdulillah~ Pada 18-20 Disember 2009, sebuah lagi program tahunan penerapan dakwah kepada golongan remaja yang dianjurkan Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program Islamic Summer Camp 2009 (ISC'09) berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Sejadi, Hutan Lipur Kawang, Papar. Program dihidupkan oleh bakal kader-kader dakwah yang terdiri daripada 70 orang pelajar sekolah menengah dari beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Sipitang, Papar, Pitas dan Ranau.

Menyoroti hari-hari program, pelbagai aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan. Antaranya;

Slot Muhasabah

Kuliah Dasar

Latihan Dakwah

Perkongsian Hati ke Hati bersama Fasi

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang berjaya menghadirkan diri dan hati sehingga ke akhir program. Semoga Allah memberkati ilmu dan segala bentuk pelajaran yang diperolehi sepanjang program yang direncanakan. Ambillah seberapa banyak perkara yang elok itu untuk meningkatkan kualiti diri di hadapan Allah. Sebarang kekurangan dan kesilapan yang berlaku amat dikesali dan mohon dimaafi.

Buat para pelaksana secara langsung mahupun tidak langsung, syabas dan tahniah diucapkan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Hanya Allah yang selayaknya membalas jasa dan usaha kalian menjayakan ISC untuk kali ke-3 ini.


Semoga hati-hati yang dipilih terus istiqomah dalam melakukan segala amal kebaikan kerana Allah SWT. Teruskan perjuangan wahai mujahid setia sehingga khilafah Islam tertegak kembali ;)

Tuesday, December 8, 2009

No Obsession.

Bolehkah Islam itu berkembang bila halangan assabiyah belum dibolosi?

Merenung ke luar jendela, kelihatan ramai budak-budak remaja lelaki jalan berpasukan menuju ke padang bola untuk beradu kehebatan. Pasti mereka arif memilih kaki yang lincah beraksi merebut bola untuk mendapatkan kemenangan. Pasti mereka pasukan@jemaah yang mahir bermain bola.

Sekilas perhati di jendela kembara, oh. Mereka kumpulan remaja wanita mementingkan kecantikan. Bersiar-siar mencari kebebasan dan kepuasan. Itu, mereka jemaah kanak-kanak ribena yang gemar bermain dengan teman sebaya. Bermain guli, tin mahupun bubut-bubut mengikut musim. Dan mungkin pakcik-pakcik itu pula kelompok yang suka berdiskusi hal semasa sambil menunggu kopi baru dari pagi ke petang. Bersidang dengan yang seangkatan untuk mencapai permuafakatan.

Luarannya, orang menilai yang membawa Islam itu pasti mereka yang bertudung labuh, berjubah, berkopiah putih, yang berbicara perlahan, yang menghidupkan masjid-masjid dan yang serumpun dengannya.

Hakikatnya Islam juga memerlukan mereka yang tidak bertudung, bijak melontarkan kata-kata, pandai menyanyi, gagah dalam bersukan, kanak-kanak nakal, pemuda rempit, remaja shuffle, belia kedai kopi, suri rumah, tukang sapu, petani dan semua segala.

Bukankah setiap manusia itu memiliki kelebihan? Dan setiap kelebihan itu ada manfaatnya lebih-lebih lagi bila diarahkan ke landasan yang tepat.

Dalam usrah baru-baru ini, kata naqibahku untuk membentuk bangunan yang kukuh, elemen pasir, air dan simen itu diperlukan.

Sama seperti hidangan nasi lemak yang menjadi santapan aku dan adik-adik 'Putriku Sayang' seawal pagi tadi, kombinasi nasi dan sambal itu menyempurnakan hidangan. Dilengkapkan dengan telur rebus, ikan bilis, timun dan kacang cukup menyelerakan. Hasil campuran yang bervariasi mampu mencetuskan impak yang mendalam bagi yang menikmati.

P/S: Berakulturasilah dalam berkomunikasi masyarakat terintegrasi

Monday, December 7, 2009

Mati Mati, Hidup Mati.


'Hidup Susah Mati Pun Susah'..
Slogan ini aku biasa dengar daripada orang yang mengeluh.
Kehidupan yang sentiasa dirundung susah. Ditimpa malang. Dijenguk payah.
Soalnya, apakah individu itu sahaja yang merasa dirinya susah?
Fikir kita, adakah ada orang di dunia yang tidak ditimpa payah?
Atau adakah jalan untuk berasa senang di dunia?

Sungguh tiada individu seperti itu di dunia.
Tiada individu yang merasa senang dengan keselesaan dunia.
Dunia bukanlah tempat sebegitu untuk hamba Allah.
Dan pada jalan dakwah, apabila jalan ini terasa senang maka ada sesuatu tak kena dengannya.

Terkadang timbul perasaan selesa dalam diri dalam membawa agama ini.
Fikir-fikir dengan hanya mendengar, membaca dan melakukan apa sahaja yang berkaitan Fadhail Amal terasa diri sudah mampu masuk syurga.
Melakukan solat, berpuasa dan menunaikan amal ibadah sudah mampu masuk syurga.

Teringat kata-kata Al-Muslim Al-Khawani;
"Pendakwah yang tidak ditentang kerana dakwahnya maknanya dia bukan berdakwah pada jalan Allah."

Ingatlah diri dengan amaran Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214.
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. "


Ya, Islam itu bukan hanya terletak pada perkara yang maaruf sahaja.
Bukan tertegak hanya dengan mendirikan solat sahaja.
Tetapi Islam ini bermula dengan peringatan!
Peringatan akan ancaman Allah SWT kepada manusia yang tidak mentauhidkannya.
Ajakan kepada Islam dengan menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar.

Sebab itu wahyu yang kedua diutus kepada Nabi SAW adalah menyuruh baginda bangun daripada selimut dan memberikan peringatan.

"Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! "
Surah Al Muddatstsir ayat 1 dan 2.

Allah SWT tidak memerintah supaya Nabi SAW bangun lalu memberikan berita kebaikan.
Tetapi Allah SWT menyuruh Nabi SAW bangun untuk memberikan peringatan!

Oleh itu, tidak layaklah diri ini digelar Daei dengan hanya mengajak orang kepada kebaikan.
Tetapi meninggalkan terus peringatan mungkar!
Sesungguhnya memberi peringatan adalah kerja berat. Tak seberat mengajak orang kepada kebaikan.
Kerja yang benar-benar memberikan cabaran. Kerja yang telah diamanahkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu.
Berapa ramai orang yang dibakar hanya kerananya?
Berapa ramai pula orang yang dihumban ke dalam minyak panas menggelegak hanya kerananya.
Dan berapa ramai pula orang yang digergaji di kepala hanya kerananya.
Para-para Nabi, Rasul dan Sahabat telah membuktikannya melalui pengorbanan harta, masa, keluarga dan darah.

Sungguh telah sesatlah diri ini daripada jalan dakwah jika hanya mengajak kepada yang maaruf. Dalam masa yang sama membiarkan yang mungkar berlaku.

Lihatlah kepada kalimah Lailahaillah..
Perkataan La'(tidak), membawa erti yang kita perlu menolak segala pengabadian, segala sembahan, segala kepercayaan, segala Tuhan. Kecuali! Kepada Allah!
Ya, Islam bermula dengan pembasmian.
Tiada campur aduk antara jahat dan baik dalam Islam. Runtuhlah masyarakat Islam jika hanya yang ada di dalamnya orang yang mengajak kepada kebaikan, tidak mencegah kepada mungkar.
Lihatlah pada peristiwa Fathul Makkah. Bukankah perkara pertama yang Nabi SAW lakukan adalah membuang segala patung berhala di dalam dan di luar Kaabah? Selepas itu barulah Bilal melaungkan azan. Bukankah ini juga bukti Islam ini tertegak dengan pembasmian yang mungkar dahulu? Kemudian barulah mengajak orang ramai ke arah kebaikan.

Oleh itu kepada sesiapa yang mendakwa kita hanya perlu mengajak kepada orang kepada kebaikan kerana dengan ini sahaja mereka akan menolak kejahatan sebenarnya telah menolak apa yang terkandung di dalam Al-Quran bermaksud,

...(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.
(Al Hajj. Ayat 41.)

So, berjemaahlah. Ketuk-ketuklah pintu bilik member yang tak solat lagi. Sms-sms sahabat untuk Qiam dan saling beri peringatan.
Bergelak ketawalah, tapi jangan lupa ingatkan mereka tentang kematiaan. Berpada-padalah dengan Ikhtilat selagi tiada keperluan penting. Laranglah daripada orang menipu dan berkata-kata kesat. Wahai diri, bangun dan cegahlah kemungkaran!

"Kalaulah Dulu Aku.."

"Kalaulah dulu aku..."

Teringat pula masa zaman sekolah rendah dulu, suka saya membaca ruangan dalam sebuah majalah yang mencoretkan statement "Kalaulah aku..". Mulalah saya berimaginasi di luar kotak pemikiran menjadi itu dan ini. Antara bacaan yang masih tersisa diminda;

"Kalaulah aku jadi pokok kelapa, aku tinggi! Senang bantu mak aku ambikkan kelapa. Tak payah nak panjat-panjat. Senang tolong ambikkan layang-layang adik aku yang tersangkut kat tiang letrik"

"Kalaulah aku jadi kereta, senang aku nak antar adik-adik aku ke sekolah. Tak susah mengayuh basikal hari-hari. Hari isnin boleh aku bawa Milah round kampung, petang-petang ajak Tipah pegi pantai, esoknya bawa Leha tengok wayang pulak. Mesti ramai yang minat dengan aku."

"Kalaulah aku jadi si Putih, senang hidup aku hari-hari. Tak payah pegi sekolah. Tak payah basuh pinggan lepas makan. Tak susah nak tolong mak kemas rumah.
"


"Kalaulah aku mahir melukis, ...."

"Kalaulah aku genius, ...."

Dan bermacam-macam lagi 'kalau' dan 'kalau'. Tersebut al-diskusi si Bawang putih dan si Bawang Merah;

Bawang Putih: Hari-hari adik berlalu sedih, tiada apa yang tak sedih melainkan sedih belaka.

Bawang Merah: Apa yang kau sedihkan adik Bawang Putihku sayang?

Bawang Putih: Impian adik tak tercapai, pilihan adik silap. Kalaulah dulu....

Bawang Merah: Hah.Hentikan perkataan 'kalaulah dulu...'. Ianya hanya membuka pintu Syaitan. Pasti Syaitan akan memperdayakan adik supaya berfikir lebih melampau..

Bawang Putih: Terus....?

Bawang Merah: Syaitan akan memasangkan angan-angan pada adik untuk kembali ke zaman silam. Menyoroti zaman silam untuk memperbaiki kesilapan dalam pilihan. Ini tak lebih daripada angan-angan yang tak akan menjadi kenyataan adik Bawang Putihku sayang.

Bawang Putih: Tapi, kan seronok kalau dapat kembali ke zaman silam kak?

Bawang Merah: Angan-angan daripada Syaitan itu memang seronok. Tapi sebenarnya melalaikan, tak betul dan menyesatkan. Qada' dan qadar Allah itu sudah tersurat. Salah satu daripada rukun Iman tu. Percaya dan yakinlah dengan pilihan yang telah dibuat. Ianya memang datang daripada Allah dan memang ada hikmahnya.

Bawang Putih: Akak memang suka membuat perumpamaan. Apa pulak perumpamaan akak kali ini?..

Bawang Merah: (Sambil tersenyum) Tak mungkin adik dapat mengembalikan susu kambing kembali kepada puting susunya. Mengembalikan bayi yang dilahirkan kepada rahim ibuya. Menarik kembali malam untuk mendapatkan waktu siang. Mengembalikan hujan kembali kepada awan dan mengembalikan mata air yang di hilir ke hulunya.

Bawang Putih: Maksudnya?

Bawang Merah: Susu lembu yang diperah dari kambing boleh diminum dan diambil manfaatnya.
Bayi yang dilahirkan boleh dibentuk untuk dijadikan manusia hebat. Siang akan datang juga setelah beredarnya malam, peluang masih ada untuk jadi lebih baik dari semalam. Hujan sebagai barakah dan rahmat daripada Allah SWT dan air di hilir sebagai penghubung antara hulu sungai dan laut.

Bawang Putih: Maksud akak semua ada manfaatnya?

Bawang Merah: Ya, betul. Dan semua peristiwa ada putarannya. Hikmah yang terkandung itu luas. Belum tentu apa yang kita inginkan itu, terbaik untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat. Percaya dan yakinlah kepada Allah SWT. Berbaik sangkalah denganNya dan jangan pernah putus berdoa.

Wallahua'lam.

Monday, November 23, 2009

Terasing Atau Mengasingkan Diri.

Mari merenung hadis ini, siapakah ghuraba di zaman ini?

Rasulullah SAW bersabda;
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali dianggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu (ghuraba).” (HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah)

Dalam riwayat Imam Baihaqy dan Imam Tirmidzi yang lain, maksud ghuraba adalah “Orang-orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan mengajarkannya kepada manusia.”

Dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas’ud r.a, maksud ghuraba adalah An Nuzza’ minal Qaba-il (Orang-orang yang memutuskan diri dari golongannya). Maksudnya tidak fanatik dengan golongannya.

Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”

Gharib Bukan ‘Uzlah
Ada perbezaan mendasar antara غريب(gharib - terasing) dengan عزلة (‘uzlah – mengasingkan diri). Gharib dalam konteks ini adalah orang yang terasing kerana masyarakatnya yang menganggapnya asing, walaupun hidup di tengah masyarakat dan sebahagian daripada mereka, bahkan ia tidak menjauhkan diri dari masyarakat. 'uzlah adalah orang yang memisahkan diri (i’tizal) dari masyarakat. Orang itu sendiri yang lari dari masyarakat, bukan masyarakat yang menjauhkan diri darinya.

Jadilah ghuraba (orang-orang terasing) bukan kerana kita insan baru di suatu tempat tetapi kerana kita memegang teguh prinsip-prinsip agama di tengah masyarakat yang telah melupakan agama. Manusia yang teguh memegang sunnah Rasulullah SAW di tengah masyarakat yang tidak kenal susuk nabinya, bahkan di antaranya istihza (memperolok-olok) sunnahnya. Memegang teguh akhlak dan adab Islam di tengah masyarakat yang terpukau dengan akhlak dan adab Barat yang sekuler dan liberal, atau akhlak dan adab timur yang sinkretisme. Memegang teguh solusi Islam di tengah masyarakat yang lebih mempercayai solusi Barat atau sebaliknya, ucapan para dukun dan penyihir timur. Memegang teguh fikrah Islam di tengah masyarakat yang terpesona fikrah sekularisme.

Sunday, November 22, 2009

Haslinah Mohd Ali

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat adek bongsu Basyirah01
Semoga Ena terus tabah menjalani kehidupan di KML.
Walaupun keras kepala, kami tetap sayang :)
Teruskan sikap berdikarimu yang wajar kami contohi.
Semoga Allah memberkati setiap langkah perjalanan yang ditempuhi oleh sahabatku ini.

Tuesday, November 17, 2009

Hati-Hati Menjaga Hati.

"Susahnya mau tetapkan hati dorang tuk join usrah." Rungut seorang junior kepada saya. Lama saya terdiam, wajahnya tampak lesu. Kesian adik sorang ni.

"Kenapa umat Islam susah mau bersatu? ..." Baru beberapa hari yang lepas kami dilemparkan soalan tersebut oleh seorang naqib dalam usrah pimpinan. Satukan seluruh umat Islam? Untuk bersatu dalam halaqah yang kecil pun susah.

Masalah anak buah mengundurkan diri bukan satu perkara yang biasa tetapi biasa berlaku. Dakwah bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya (sasaran dakwah) telah menjadi pejuang yang tidak mungkin jatuh tatkala tersadung batu ujian.

Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab Bin Malik semasa perang Tabuk pada zaman Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas. Namun, dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata,
“Wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir (bimbang) Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu.”

Apa yang ditonjolkan oleh Kaab sudah cukup menjadikan renungan kita bersama akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya. Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, maka akan legalah hati, sungguhpun ianya memalukan. Luahkan segala masalah dan sebarang ketidakpuashatian. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk melengkapkan langkah-langkah yang sudah tertinggal.


Istiqomah? Memang susah untuk istiqomah. Mudah untuk kita menuturkannya, hakikatnya sukar untuk dilaksana. Berhati-hatilah dalam berbicara kerana setiap yang ditutur dinilai Allah. Semakin banyak bicara kita tentang perjuangan, semakin kuat ujian Allah yang bakal diterima. Andai amalan dan ibadah kuat, itulah benteng dalam menghadapi segala ujian.

Sebaliknya, jika kita lemah dalam menjaga ibadah, bila-bila masa saja kita akan jatuh terjelopok. Lebih-lebih lagi bila melakukan maksiat kepada Allah. Pasti sukar untuk bangkit kembali.

Dari Abdullah bin Amru, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda;
“Setiap amal memiliki puncaknya dan setiap puncak pasti mengalami kefuturan (putus asa). Maka barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada sunnahku, maka ia beruntung dan barang siapa yang pada masa futurnya (kembali) kepada selain itu, maka bererti ia telah celaka”

(HR Imam Ahmad dari sahabat Anshar)

Pada pandangan saya, salah satu cara untuk menjaga sahabat dari futur, melalui ukhuwah. Eratkan kembali ukhuwah adalah satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seseorang dalam

tarbiyah. Kadang-kadang kerana kesibukan, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita terabai. Tidak hairanlah tika satu waktu kita merasakan program dan pertemuan rutin agak kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi.

Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati terhadap permasalahan saudara kita. Saling menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar hadiah dan saling mendoakan. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk gugurnya sahabat-sahabat kita dari jalan dakwah, InsyaAllah.


Andai dirasai, tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan ilmu dan bahan, tetapi juga proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Langkah-langkah ke arah menjadi lebih baik itu yang menjadikan kita lebih mengerti akan hakikat sebenar hidup berjemaah. Tarbiyah bukanlah segala-galanya, yang pasti segalanya-galanya bermula dari tarbiyah.

Semoga Allah memelihara jiwa kita dari sifat kefuturan. Semoga dengan buah istiqamah, kita akan diberikan kemenangan dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Monday, November 16, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamua'laikum wbt. Lama tidak menulis di sini bagaikan kaku jari mahu menaip.
Terasa baru semalam saya menjejakkan kaki ke alam Pra-U dan hari ini, cuti semestar pertama sudah bermula. Yea! Pantas saja masa berlalu. Saya teringat dalam sebuah hadis tanda-tanda akhir zaman;
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda;
"Tidak akan terjadi Qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam dan 1 jam dirasakan seperti satu percikan api "
H.R Tarmizi

Hah. Bagi seorang pelajar yang normal, untuk bercuti adalah perkara paling menyeronokkan. Hatta pekerja sekalipun turut berasa sedemikian. Apa tidak, kita juga mahukan masa untuk berehat dan menyelaskan kembali segala urusan yang tertangguh. Apatah lagi setelah bertungkus lumus mengerah segala keringat dan membanting tulang 4 kerat. Mahu juga masa meluangkan lebih waktu menabur benih dan menyuburkan ladang di tanah yang gersang. Beraktiviti bersama keluarga dan teman-teman.
Seorang kenalan pernah mengatakan kepada saya, perkara paling seronok adalah tika mana dalam sesebuah tahun itu kita terlibat dengan peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM. Seronok! Seronok! Sebab kemudiannya tidak perlu lagi berjaga malam untuk mentelaah buku tapi mahu bercekang mata untuk menghabiskan games persis D0ta, World of Warcraft dan yang sewaktu dengannya. Dan pada saya pula yang pasti menyedihkan, bilamana tidak punya persediaan yang mencukupi untuk menduduki exam besar akibat masa yang dipersia-siakan dengan komitmen pada Tv, kekasih dan yang serumpun dengannya. Huhu~Kasian ba. Sekadar muhasabah kepada diri.

Dalam kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan tinta Salam Imtihan buat adek-adek khususnya yang bakal menduduki SPM esok!, teman-teman, ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah. Semoga kalian berjaya menjawab soalan-soalan exam dengan tenang dan baik-baik belaka.


Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan!!

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”
.Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah.

Walaupun tahun ini bukan masa saya menduduki exam besar, tapi 1 benda yang wajar saya khuatiri mungkin pada suatu waktu saya bakal terleka. Hui. Memang susah untuk istiqomah. Bagaimanapun, untuk mencapai najah yg suci, perjalanannya juga perlulah suci. DAN masa itu juga akan sentiasa ada dan terus berlalu tanpa menoleh seketika. Saat saya dan kamu juga bakal hampir. Senjata masih kurang, peluru belum ada. Apa persediaan untuk imtihan nanti?

Monday, November 2, 2009

Keyakinan Itu 'under construction'

Sepanjang menjalani revolusi diri dan pematangan minda, banyak perkara yang dilalui menimbulkan kesedaran akan kelemahan dan kekurangan diri ini. Sewaktu bertarung di medan akademik, berjuang di lapangan dakwah mahupun dalam politik sekolah. Dalam skop kecil, lihat saja dalam bertutur, keyakinan dan kepimpinan. Kadangkala keyakinan dalam melaksanakan sesuatu itu cukup saya rasakan berada ditahap terendah.



Sejujurnya saya dilahirkan tidak secara semulajadi memiliki kehebatan dalam bertutur, juga dalam memimpin. Kerna saya yakin ada individu yang dilahirkan sudah memiliki keupayaan tersebut atas faktor-faktor keistimewaan melalui persekitaran mahupun kelebihan. Oleh yang demikian, atas bantuan permulaan yang rumit, yang tumpul itu akan terus saya pertajamkan secara berterusan. Saya yakin, individu lain juga pasti ada yang sedang mengalami ataupun telah melalui situasi sedemikian.

“Musa berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku, telah membunuh seorang manusia dari golongan mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku. Dan saudaraku Harun dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan)ku; sesungguhnya aku khuatir mereka akan mendustakanku."
(Al Qashash 33-34)

Nabi Musa juga berasa kurang yakin dan khuatir dengan dakwah yang dibawanya tanpa bantuan Nabi Harun a.s. Setuju atau tidak sekiranya saya katakan, kepimpinan itu berkait dengan keyakinan dan keyakinan itu berkait dengan kepimpinan? Usah pandang hanya pada nabi, walhal perdana menteri, guru, suami dan pelajar juga perlu memimpin. Cuma tahapnya berbeza. Tanpa keyakinan, jangankan berbicara mungkin menunjukkan muka juga belum lepas.

Seperti yang penulis katakan diawal penulisan, diri ini sedang melalui revolusi. Memikirkan cara terbaik untuk memimpin dan cara memberi arahan yang berkesan, pelbagai kaedah mungkin boleh digunapakai. Cuma kerisauan ditahap kemuncak menghalang diri dari bertindak. Dalam sebuah hadis Rasulullah ada mengatakan,

"Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu mencintai mereka dengan mereka mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, yang kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu”
(Riwayat Muslim)


Saya mahukan yang terbaik. Sungguh, dalam apa yang saya langsungkan biarlah kerana saya mencintai mereka yang diamanahkan. Namun, dalam menentukan yang terbaik, ketidakyakinan tersebut perlu dihadapi sebelumnya.

Dalam pembacaan, teringat saya sebuah kisah.
Pada zaman Bani Abbassiyah, khalifah Hassan al-Basri berkata kepada Perdana Menterinya yang cerdik lagi bijaksana sambil memandang Kaabah dan rakyatnya yang sedang tekun menunaikan ibadah haji.

“Wahai Perdana Menteri lihatlah betapa ramainya rakyatku”

Di mana pada ketika itu adalah musim haji maka bertambah ramailah rakyatnya yang menunaikan kewajiban tersebut. Lalu Perdana Menteri menjawab

"Apalah yang hendak dibanggakan dengan rakyat yang ramai. Sesungguhnya mereka akan ditanya tentang diri masing-masing di akhirat kelak. Sedangkan kamu akan ditanya tentang diri kamu dan juga rakyat-rakyatmu ini.”

Mendengar sahaja jawapan ini , maka menangislah Hassan Al-Basri.
Pastinya sesiapa saja belum bersedia untuk menjawab pertanyaan sedemikian. Raja kepada rakyat-rakyatnya, suami kepada isteri dan anak-anaknya, ketua kepada anak buahnya, anak sulung kepada adik-adiknya dan guru kepada murid-muridnya.

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku"(Taha: 25-28)

Debate 2008

Saturday, October 31, 2009

Ia tetap indah, walau aturannya tidak seperti yang dirancang.

Selesai majlis di sekolah jangkaan usrah berjalan seperti biasa di rumah Sharimah. Allah lebih arif menentukan takdir ciptaanNya. Saya terpaksa 'ponteng' usrah atas beberapa faktor lain dan ziarah ke kampung yang lebih utama. Maaf buat sahabat.

Semalam kami pulang ke kampung secara tidak dirancang. Kali ini sakit nenek menyerang kembali dan kelihatan lebih teruk dari yang sebelumnya. Jam11.30 nenek dimasukkan ke wad kecemasan.

Pengambilan darah setiap setengah jam dilakukan akibat tekanan darah yang tidak stabil. Saya agak terkejut membaca laporan bertulis doktor yang ditinggalkan di hujung katil pesakit. Melalui bacaan dan penerangan ayah, tekanan yang normal sekitar 80-110(betulkan andai silap). Tetapi bacaan berkala tersebut flactuate. Drop slightly ke 59 dan naik secara berterusan ke 170 selepas stabil seketika. hmm.

Kami tidak merancang untuk bermalam di Kota Marudu semalam, namun keadaan memaksa kami untuk menumpang sementara di hotel berdekatan.

Keesokannya(sabtu), kami mengambil keputusan untuk pulang ke KK selepas melihat keadaan nenek yang kian pulih. Saya harapkan yang terbaik untuk semua.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang prihatin. Maaf kepada pihak-pihak yang terpaksa dikecewakan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Program penting terpaksa saya batalkan last minute. Terutamanya Hari Keluarga PERPIS SMKTBN dan Reunion Basyirah01 yang diadakan pada hari Sabtu.

Kesedihan yang bertimpa-timpa itu berjaya dirawat walaupun tidak sepenuhnya ketika kami melawat saudara di kampung.

Ada Genit dan Suji. Sangat comel dan gebu.

Suji

Genit

Walaupun kucing-kucing parsi ini sombong, saya tetap suka.

Seperkara lagi yang akan sentiasa saya ingati, sewaktu melihat para pesakit yang sedang bertarung dengan kesakitan dan maut yang bakal tiba. Sedih saya melihat keadaan pesakit disekeliling. Rata-rata pesakit sudah berumur. Merengek minta dikeluarkan, termenung keseorangan dan paling menyayatkan hati seorang pesakit perempuan di sebelah katil yang kelihatan agak tenat tapi masih terus memaksa diri bercakap dengan ahli keluarganya. Lantas rasa bersyukur yang tidak terhingga dalam diri ini terbit. Nikmat yang saya miliki belum ditarik. Saya masih memiliki tangan untuk makan sendiri, kesihatan untuk terus bernafas tanpa memerlukan alat bantuan, kaki untuk terus melangkah, masih boleh bercakap, mendengar dan tidak bersendirian. Cuma selalu ia tidak dihargai. Saya masih sempurna. Nikmat itu masih Allah pinjamkan dan saya belum bersedia untuk apa jua keadaan yang bakal berlaku di masa akan datang.

Sekurang-kurangnya dalam saya berdukacita, Allah tunjukkan kasih berupa peringatan. Banyak hikmah yang tersembunyi dalam apa yang berlaku tapi saya telah menyedari 1 perkara. Thank you Allah.

p/s: Maaf atas tatabahasa yang teruk dan kisah yang sukar difahami.

Monday, October 26, 2009

Program akhir PPIM 2009

DI MANAKAH LETAKNYA DIRI MU WAHAI SAHABAT MUSLIMAHKU?

Alhamdulillah~ Pada 23-24 Oktober 2009, Persatuan Puteri Islam Malaysia(PPIM) SMK Tobobon telah berjaya mengadakan Qiamullail ahli sebagai program terakhir pada tahun 2009. Walaupun diri ini dan beberapa orang sahabat tidak bergerak aktif dalam persatuan tersebut, namun penglibatan tetap secara langung kepada Program Seindah Mawar Berduri(cam nama novel ja). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun penyertaan agak kurang. Apapun, kualiti itu lebih penting dari kuantitinya.

Pengisian keseluruhan program berkenaan keperibadian muslimah. Muslimah itu bagaimana akhlaknya? Ibadah, peribadi dan pergaulannya. Selain LDK, perkara ini turut dikupas melalui kuliah dasar yang disampaikan oleh Kak Chik. Pasti tertusuk dihati setiap yang meminjamkan telinga. Mendengar pada tajuk sudah cukup menarik perhatian. Itulah "Permata Yang Dicari".

"Sesungguhnya dunia itu hanyalah hiasan semata-mata, sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah" (RIWAYAT MUSLIM)

Sunday, October 18, 2009

Program Siraman Rohani KRU KK + Rumah Terbuka PSS


Alhamdullilah~ program KRU bulanan berjaya dilaksanakan lagi pada bulan ini dalam kesederhanaan. Bulan ini pihak jawatankuasa sepakat mengadakan rehlah untuk kali ke-3 tahun 2009 setelah mendapatkan nasihat daripada PIC kawasan.

Peserta program diberi penghayatan mengenai segala nikmat kurniaan Allah melalui beberapa aktiviti. Juga paling menyeronokkan adek-adek peserta turut berpeluang berdialog sambil mengedar risalah kepada mad'u ditapak program melalui XPDC Dakwah.

Walaupun berhadapan dengan beberapa kesulitan, aktiviti tetap berjalan lancar. Thank You Allah kerana menyerikan hari kami dengan kedamaian hujan yang renyai, irama ombak berlagu memukul pantai juga makanan yang penuh nikmat kelazatan.

Sekalung penghargaan buat para AJK dan peserta yang sudi menghadirkan diri ke Rehlah Siraman Rohani KRU + Rumah Terbuka PSS. Walaupun masing-masing sibuk berhadapan dengan musim peperiksaan, pengisian berbentuk rohaniah turut tidak diabaikan :)

Syukran kasih dan sayang kepada warga PSS yang banyak memberikan tunjuk ajar serta sokongan padu yang berterusan sepanjang membentuk jiwa kami agar istiQomah menabur benih Islam di bumi Sabah ;)

Selamat berjaya khas buat sahabat KRU!

Thursday, October 15, 2009

Menitip Kasih YKS

Rasulullah SAW bersabda;
Barang siapa yang memelihara seorang anak yatim dengan memberi makanan dan minuman dengan puas, maka Allah SWT memasukkan ia ke dalam syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.
Riwayat At-Tarmizi

Pada 11 Oktober yang lepas, Persatuan Pelajar Islam dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Tobobon telah mengadakan lawatan kemasyarakatan ke Pusat Kebajikan Yayasan Suria, Tuaran. Seramai 60 anggota yang terlibat dalam menjayakan lawatan yang telah dirancang sejak awal tahun lagi.
Dalam seharian puas kita memikirkan soal masalah diri yang tidak pernah selesai, hakikatnya pernahkah kita mensyukuri nikmat yang Allah berikan? Sedarkah kita lebih ramai yang menghadapi masalah yang lebih rumit bahkan mereka boleh terus berdiri walaupun hanya bertemankan kehidupan yang serba kekurangan.

Alhamdulillah walaupun kali ini saya tidak terlibat secara langsung dalam program yang dijalankan tetapi sudah cukup untuk disyukuri tika dijemput selaku pemerhati.

Tahniah buat adek-adek sekalian yang atas keberjayaan pelaksanaan Program Titipan Kasih :)

Pelbagai aktiviti yang dirancang cantik alunannya setelah dijalankan.



Teruskan menitip kasih buat mereka yang lebih memerlukan.

Hadis riwayat At-Tabrani, Rasulullah bersabda;
Di antara cara melembutkan hati seseorang, hendaklah mengusap kepala anak yatim.

Saya tertarik pada kata-kata Penolong Kanan 1 SMK Tobobon di ambang Perasmian Majlis Penutupan,"Walaupun anda berada di sini, tidak bermakna anda dilupakan. Manusia semuanya sama di sisi Allah. Hanya amalan yang membezakan kita."

Monday, October 5, 2009

Program KRU Oktober.

Sukacitanya dimaklumkan program bulanan Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) pada bulan Oktober akan diadakan seperti butiran yang berikut;

SIRAMAN ROHANI
  1. Jenis Aktiviti: Rehlah
  2. Tarikh: 17 Oktober 2009
  3. Hari: Sabtu
  4. Tempat: Taman Awam Teluk Likas
  5. Masa: 8.00am - 4.30pm
  6. Yuran: RM3

Aktiviti pada kali ini berfokuskan kepada kepentingan berdakwah kepada masyarakat sekitar dalam menghayati dan mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.

Peserta berpeluang mengikuti 1 slot ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah khas jemputan. Juga berpeluang menyertai 3 jenis aktiviti lain yang menyeronokkan.

Penyertaan adalah terhad kepada 40 peserta muslimin dan 60 peserta muslimat. Mana-mana individu yang berminat bolehlah mendaftarkan diri dengan menghubungi nombor berkenaan selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2009;

  1. 013 5509496 (Sdri Insyirah)
  2. 014 8575277 (Sdri Sharimah)

Tuesday, September 29, 2009

Mohammad Abdan Shaqur.

"Salamun Zakrun"

Alhamdulillah~ Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh Alam. Tahniah buat keluarga sahabat cinta ukhti Sharimah, kerana selamat menyambut kelahiran ahli rumah yang baru pada 23hb september 2009 :)

MMS dari Ima
Ima kata, "Adekku, adekmu juga".
Oleh itu, mana-mana pihak yang mahu melihat Shaqur lebih dekat silalah ke rumah ukhti Sharimah di samping ziarah aidilfitri.

Selamat wahai pewaris perjuangan Rasulullah!
Seindah nama, semoga tarbiyyah kakandamu menjadikan Abdan Shaqur sebagai hamba yang sentiasa bersyukur.

Putih bersih hati si kecil,
waspada mencorak, pengadun pekerti,
Kecil diasuh tarbiyyah terpencil,
Kelak pewaris juang Islam sejati.

Monday, September 28, 2009

Ziarah dan laporan ringkas di Eid Fitri.

Salam buat semua.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
ehem.
Alhamdulillah~ Dalam sedar ataupun tidak cuti mulai kepenghujungnya. Berikut adalah beberapa laporan raya pada tahun ini disertakan gambar-gambar yang diminta oleh sesetengah pihak untuk di'post'kn ke dalam blog. Dengan izinNya, saya penuhi. Mohon maaf atas beberapa kekangan yang menyebabkan kelewatan.
Rumah pertama yang saya kunjungi setelah balik dari Sandakan adalah rumah Ukhti Izati pada raya ke-3 bersama dengan sahabat-sahabat KML yang sangat dirindui.


Diikuti dengan rumah guru-guru sekolah dan sahabat-sahabat Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) yang berhampiran pada raya yang berikutnya.

Raya ke-5, saya dan adik-beradik telah menjemput kenalan masing-masing untuk berziarah ke rumah. Jutaan terima kasih buat mana-mana pihak yang sudi menghadiri majlis ala kadar tersebut :)


Selepas solat maghrib, beberapa ahli KRU yang tinggal meneruskan ziarah raya di rumah ust. Hamir dan kemudiannya melawat seorang adik KRU yang ditimpa kecelakaan jalan raya pada raya ke-2 baru-baru ini. Mangsa memilih untuk melanggar bukit daripada terjunam ke dalam gaung. Pelanggaran yang hebat itu mengakibatkan kereta yang dipandu ter'putar'(err..) 2 kali sebelum kembali pada keadaan asal. Mangsa kejadian hanya mengalami kecederaan luaran dan kesan lebam pada badan. Alhamdulillah masih boleh meneruskan perjuangan dan dilaporkan tidak terdapat sebarang masalah dalaman ataupun mental seperti trauma yang melanda mangsa.


Parut di mata sebelah kanan sebagai bukti

Dinasihatkan kepada mana-mana individu yang berkebolehan memandu kereta, pandulah dengan cermat. Jangan gopoh untuk cepat sampai ke destinasi. Untuk keselamatan, perlulah memiliki lesen memandu juga lesen ibubapa. Jangan abaikan alat keselamatan yang telah disediakan di dalam kereta seperti belt keselamatan. Doa dan mohon pada Allah agar selamat tiba ke destinasi. (Pengajaran kepada empunya blog juga).

Seterusnya, raya ke-6 masing-masing bercuti akibat kekangan dari keluarga dan hal masing-masing.

Berikut pula adalah gambar ketika berada di rumah Ust Nahar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh wakil PSS khas untuk kanak-kanak yang hadir bagi membantu Ust. Nahar menjaga kelancaran sepanjang reunion keluarga beliau.


Mewarna


Pecahkan belon


Masukkan getah ke dalam botol menggunakan pen


Nyanyian khas daripada Nazrey

Fleksibel dalam menjalankan tugas

srikandi yang juga banyak menghulurkan tenaga terutama di bahagian dapur

p/s: Maaf Umi Syu dan ukhti has atas kelewatan. Blog sudah masuk, pendrive akan di beri kemudian. :)