Jazakallahu Khairan

Wednesday, December 30, 2009

1431H biar berkat.

2 minggu sudah berlalu.

Belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru. BUKAN pada 2010 tapi pada 1431H :)

Kebiasaannya semua orang akan mula membuka lembaran baru dengan semangat, wajah, azam dan harta benda yang baru sebagai titik pemula.

Oleh yang demikian, saya juga mahu membuka muka surat baru untuk tahun hijrah pada kali ini. Muka surat baru, tidak bermakna semua mesti baru. Saya menghargai semua perkara yang lama. Terutamanya kenangan dan pengalaman yang menjadi sebaik-baik guru untuk kebaikan masa akan datang.
Kali ini izinkan saya memunculkan diri sebagai seorang insan yang benar-benar bergelar anak yang solehah kepada ibubapa, pelajar yang mahu belajar, pemimpin yang benar-benar memimpin kerana Allah dan seorang daie yang benar-benar bergelar pejuang. Bukan pejuang olok-olok yang jatuh tersungkur terus berpatah arah. Tapi pejuang yang menoleh ke belakang hanya untuk mengubah kesilapan silam. InsyaAllah.

Khususnya untuk para pelajar, bila tahun baru menjelang semua kena serba baru dan sempurna. Hari itu saya ditanya, kelengkapan sekolah macam mana? Senaraikan barang-barang yang perlu dibeli untuk persediaan. Panjang-memanjang list yang saya sediakan. Sehinggalah terbaca kembali sebuah sms dari seorang sahabat cinta yang benar-benar memanggil diri untuk muhasabah.

"Renungkan kata2 ini shbtku.."Aku menangis krn tidak bkasut sehinggalah aku bertemu insan yg tdk berkaki""

Tidak perlulah kasut, baju dan beg baru sekiranya yang lama masih boleh digunakan. Hidup didunia hanya memerlukan keberkatan. Dari Allah dan ibubapa. Jika tidak, mengapa mereka yang hidup serba kekurangan masih boleh cemerlang dalam pelajaran, sentiasa tersenyum ceria memiliki keluarga yang bahagia dan kehidupan yang sentiasa berlapang dada walau hidup dalam kekurangan. Sedangkan yang kaya tidak semestinya cemerlang walau petang malam menghadiri kelas tambahan, tidak juga selalu bahagia walau dikelilingi harta intan permata. Jawapannya pada BERKAT dalam kehidupan. Allah tidak pandang pada jenama, hatta harga sesuatu benda melainkan mata manusia.

Konklusinya, cari-carilah berkat dalam segenap pekerjaan dan bantu-bantulah diri ini dengan berpesan-pesan kepada kebenaran.

2 comments:

Ninja Lutfiyah said...

Andai suatu hari nanti kita menjadi insan yg tidak berkaki,mampukah kita menjadi insan yg tetap gagah a.k.a "lady yg gagah"..??Mesej itu buat diriku berfikir..Renung2kan dan fikir2kan..Ngeh3..

Mungkin ini juga boleh jd azam..Barangkali..Mana2 mesej terdahulu dan akan dtg yg sahabat2 kita hantar,kita cuba cek semula..Ada yg ingin meluahkan masalah @ mungkin perkongsian tapi dia tidak tahu dgn ayat mcmana utk dia luahkan pd sahabatnya itu..Nah!!Barangkali melalui mesej tu,dia sebenarnya menceritakan ttg dirinya @ org2 d sekelilingnya..Tdk mustahil bukan??

Salam sayang buat Ninja Yuyu..

yuyushira said...

Ninja ninja..ada2 ja shbat2ku ni..

Yup. Stiap msg yg dihntr msti brtujuan. Cma kdng2 c pnerima trgamam xtau mo mmblas apa.

Maaf andai selalu mengguris perasaanmu. Thn 1431H, thn baru, azam baru. Catitan masa lalu akan jadi bukti perubahan akan datang. InsyaAllah :)

Syukran komen yg mmbina ukhti. Utk pertama kali :D Salam syg kmbali.