Jazakallahu Khairan

Sunday, January 10, 2010

Ziarah Pesakit Membuka Mata dan Minda.

Alhamdulillah~ tadi pagi ana berpeluang join program nisa' untuk pertama kali. Di panggil sudah berkali-kali tapi baru tadi berpeluang menyempurnakan panggilan. Sempurnanya perancangan Allah. Di saat hati penuh keserabutan dan kelu kesah, disedarkan kembali. Ziarah ke Hospital Likas sebentar tadi benar-benar membuka mata dan minda.

Mengekori kakak-kakak nisa', ini katil pertama yang ana ziarahi. Sayu melihat adek Magdelena dengan keadaan kepala dilitupi kaca. Ibunya menerangkan, pembesaran yang berlaku di kepala Magdelena adalah akibat masalah paru-paru yang dialami. Rupanya nasib ana sudah cukup bertuah, dari kecil lagi.

Ekoran kedua, jauh dari pintu hingga ke hujung sudut seorang lagi adik yang kondisinya kelihatan lain dari yang lain. Dikelilingi wayar-wayar, bernafas menggunakan bantuan peralatan. Untuk kanak-kanak sebaya adik 2 tahun ini, mungkin sedang melalui hidup ceria bersama keluarga. Mungkin sudah mulai berlari ke arah dakapan umi dan abi.

Ini senarai masalah kesihatan yang dihadapi. 9?? Berusia kecil comel sebegini sudah memiliki pelbagai masalah kesihatan. Mengenal huruf belum lagi, apatah memahami maksud tersirat disebalik nama panjang masalah kesihatan yang dihidapi. Semoga patung dan permainan yang berada diselilingmu dapat mengukir senyuman manis di wajahmu. Tabah duhai adikku.

Pemberian buah tangan dari salah seorang wakil nisa kepada salah seorang pesakit kanak-kanak di Hospital Likas

Walaupun ana hanya sempat berziarah tidak sampai 60 minit, pengalaman ini sudah cukup membuka mata dan minda. Pelbagai ragam serta masalah kesihatan kanak-kanak diperingkat umur yang berbeza-beza sempat ditemui. Betapa boring dan murungnya ditahan di wad berhari-hari dengan pelbagai pantang, balutan, dikeliling wayar-wayar serta bau ubat-ubatan huhu.

Betapa pedihnya menahan sakit hati saat dicalar manusia, merasa diri paling malang. Rupanya ada insan yang lebih merasa sakit. Malah lebih perit dan pahit. "DAN APAKAH LAGI NIKMAT TUHAN KAMU YANG KAMU KUFURI?"

Betapa
berat dan resahnya diri saat di uji bermacam-macam dugaan. Rupanya baru sedikit cuma. Masih ada ibu yang mampu bersabar saat melihat anaknya terlantar berbelitkan wayar-wayar dan mesin perubatan. "DAN APAKAH LAGI NIKMAT TUHAN KAMU YANG KAMU KUFURI?"

Orang kata, disaat kita kehilangan sesuatu barulah kita menghargainya. Terima kasih Allah kerna mengetuk hati hambaMu ini tanpa mengambil sebarang apa harta yang berharga.

Dalam ziarah tadi, kami sempat juga menghulurkan sedikit bantuan di wad para ibu mengandung. Atas sebab-sebab tertentu, ana tidak mengambil sebarang bentuk gambar di wad tersebut. Sempat juga ana berbicara pantas dengan seorang ibu yang tinggal menghitung hari melahirkan anak. Semoga zuriat yang dilahirkan sentiasa sihat dan dalam keadaan yang kuat :) Dia ibu, cukup mulia.

Akan datang, insyaAllah dalam perancangan ana mahu datang ziarah lagi ^_^

Setakat itu laporan. Wallahua'lam

2 comments:

sahabat muslimah said...

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.. hati saya juga tersentuh dengan kata-kata penulisan adik..semoga kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur dgn rahmatNYA dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..Amin..teruskan perjuangan di jalanNYA.

yuyushira said...

Salam ukhwah.syukran ukhti atas kesudian mengomen :)
Allah tunjukkan mcm2 prkara diskliling utk sdarkan btapa brtuahnya kita. Cuma manusia ja yang selalu buat-buat xnampak, btl x?

InsyaAllah ukhti. Melangkah bersama ;)