"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkannya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana" (Surah Luqman: 27)
Jazakallahu Khairan
Monday, January 25, 2010
Qiamullail KRUKK pertama 1431H/2010M
Assalamua'laikum Ikhwan wa Akhawat yang di rahmati Allah SWT sekalian.
Alhamdulillah, pada 23-24 Januari 2010 Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) cawangan Kota Kinabalu telah berjaya melaksanakan program bulanan KRU iaitu qiamullail pertama tahun 1431H/2010M bertempat di Masjid Universiti Malaysia Sabah. Tema Hijrah&Akademik untuk julung kalinya telah berjaya menarik ramai ahli KRU khususnya dari Kota Kinabalu dan Tuaran untuk turun padang bersama meraihkan aktiviti.
Sekalung penghargaan khas buat para peserta merangkap ahli KRU yang sanggup berkorban masa meluangkan cuti hujung minggu untuk mengikuti program KRU. Dengan izinNya, penyertaan Qiam promosi bulan pertama ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai sekolah seluruh Kota Kinabalu. Antaranya peserta dari SMK Inanam, SMK Tobobon, SM Shan Tao, SMK Putatan, Maktab Sabah, SMP Likas, Stella Maris, St. Convent Francis, All Saint dan SM Sains Sabah.
Syabas dan tahniah buat para AJK pelaksana yang rela hati bertungkus-lumus dalam memastikan program berjalan dengan baik. Alhamdulillah, bilangan ahli KRU yang berminat untuk turun padang bergerak keras bersama semakin meningkat bilangannya. Diharap para AJK menjadikan segala perkara yang berlaku sepanjang program kali ini sebagai jaminan untuk lebih cemerlang pada setiap aktiviti akan datang.
Semoga ada manfaat yang kita perolehi bersama daripada program pada kali ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan dari pihak pelaksana. Jom, hijrah bersama! Jumpa lagi pada program qiam bulanan akan datang..insya-Allah ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment