Jazakallahu Khairan

Tuesday, December 8, 2009

No Obsession.

Bolehkah Islam itu berkembang bila halangan assabiyah belum dibolosi?

Merenung ke luar jendela, kelihatan ramai budak-budak remaja lelaki jalan berpasukan menuju ke padang bola untuk beradu kehebatan. Pasti mereka arif memilih kaki yang lincah beraksi merebut bola untuk mendapatkan kemenangan. Pasti mereka pasukan@jemaah yang mahir bermain bola.

Sekilas perhati di jendela kembara, oh. Mereka kumpulan remaja wanita mementingkan kecantikan. Bersiar-siar mencari kebebasan dan kepuasan. Itu, mereka jemaah kanak-kanak ribena yang gemar bermain dengan teman sebaya. Bermain guli, tin mahupun bubut-bubut mengikut musim. Dan mungkin pakcik-pakcik itu pula kelompok yang suka berdiskusi hal semasa sambil menunggu kopi baru dari pagi ke petang. Bersidang dengan yang seangkatan untuk mencapai permuafakatan.

Luarannya, orang menilai yang membawa Islam itu pasti mereka yang bertudung labuh, berjubah, berkopiah putih, yang berbicara perlahan, yang menghidupkan masjid-masjid dan yang serumpun dengannya.

Hakikatnya Islam juga memerlukan mereka yang tidak bertudung, bijak melontarkan kata-kata, pandai menyanyi, gagah dalam bersukan, kanak-kanak nakal, pemuda rempit, remaja shuffle, belia kedai kopi, suri rumah, tukang sapu, petani dan semua segala.

Bukankah setiap manusia itu memiliki kelebihan? Dan setiap kelebihan itu ada manfaatnya lebih-lebih lagi bila diarahkan ke landasan yang tepat.

Dalam usrah baru-baru ini, kata naqibahku untuk membentuk bangunan yang kukuh, elemen pasir, air dan simen itu diperlukan.

Sama seperti hidangan nasi lemak yang menjadi santapan aku dan adik-adik 'Putriku Sayang' seawal pagi tadi, kombinasi nasi dan sambal itu menyempurnakan hidangan. Dilengkapkan dengan telur rebus, ikan bilis, timun dan kacang cukup menyelerakan. Hasil campuran yang bervariasi mampu mencetuskan impak yang mendalam bagi yang menikmati.

P/S: Berakulturasilah dalam berkomunikasi masyarakat terintegrasi

2 comments:

SegiSega aka SegaSegi :) said...

"Hakikatnya Islam juga memerlukan mereka yang tidak bertudung, bijak melontarkan kata-kata, pandai menyanyi, gagah dalam bersukan, kanak-kanak nakal, pemuda rempit, remaja shuffle, belia kedai kopi, suri rumah, tukang sapu, petani dan semua segala."

Huh. Salam. Er. Mksudnye camne? Tidak bertudung? Pemuda rempit? shuffler? tak faham. =.="

yuyushira said...

salam ukhuwah "SegiSega aka SegaSegi". Syukran soalan :)

Islam bole diaplikasikan dlm stiap inci khidupn msyrat.mlalui pnglmn,pndapat n pngethuan bdk rmpit, shffler n smua d atas ni kita ble wujudkn 1 wadah utk tarik org2 species dorg tuk mengenal Islam lbh dlm :)

Lbh hbt bila yg xbrtdung, belia2, kanak2 turut mnyokong n mmbabitkn diri cth dlm kgiatn mmbersihkn surau etc.agar minda masyarakat tidak jumud mngatakn Islam itu hnya dibwa oleh org2 trtntu shj.

Kalu ada sebarang penambahan atau pembetulan, silalah utarakn. Diterima dgn hati yg terbuka :)