Jazakallahu Khairan

Monday, November 16, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamua'laikum wbt. Lama tidak menulis di sini bagaikan kaku jari mahu menaip.
Terasa baru semalam saya menjejakkan kaki ke alam Pra-U dan hari ini, cuti semestar pertama sudah bermula. Yea! Pantas saja masa berlalu. Saya teringat dalam sebuah hadis tanda-tanda akhir zaman;
Daripada Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda;
"Tidak akan terjadi Qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sejam dan 1 jam dirasakan seperti satu percikan api "
H.R Tarmizi

Hah. Bagi seorang pelajar yang normal, untuk bercuti adalah perkara paling menyeronokkan. Hatta pekerja sekalipun turut berasa sedemikian. Apa tidak, kita juga mahukan masa untuk berehat dan menyelaskan kembali segala urusan yang tertangguh. Apatah lagi setelah bertungkus lumus mengerah segala keringat dan membanting tulang 4 kerat. Mahu juga masa meluangkan lebih waktu menabur benih dan menyuburkan ladang di tanah yang gersang. Beraktiviti bersama keluarga dan teman-teman.
Seorang kenalan pernah mengatakan kepada saya, perkara paling seronok adalah tika mana dalam sesebuah tahun itu kita terlibat dengan peperiksaan besar seperti PMR, SPM dan STPM. Seronok! Seronok! Sebab kemudiannya tidak perlu lagi berjaga malam untuk mentelaah buku tapi mahu bercekang mata untuk menghabiskan games persis D0ta, World of Warcraft dan yang sewaktu dengannya. Dan pada saya pula yang pasti menyedihkan, bilamana tidak punya persediaan yang mencukupi untuk menduduki exam besar akibat masa yang dipersia-siakan dengan komitmen pada Tv, kekasih dan yang serumpun dengannya. Huhu~Kasian ba. Sekadar muhasabah kepada diri.

Dalam kesempatan ini, saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan tinta Salam Imtihan buat adek-adek khususnya yang bakal menduduki SPM esok!, teman-teman, ikhwah dan akhawat yang dirahmati Allah. Semoga kalian berjaya menjawab soalan-soalan exam dengan tenang dan baik-baik belaka.


Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan!!

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”
.Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah.

Walaupun tahun ini bukan masa saya menduduki exam besar, tapi 1 benda yang wajar saya khuatiri mungkin pada suatu waktu saya bakal terleka. Hui. Memang susah untuk istiqomah. Bagaimanapun, untuk mencapai najah yg suci, perjalanannya juga perlulah suci. DAN masa itu juga akan sentiasa ada dan terus berlalu tanpa menoleh seketika. Saat saya dan kamu juga bakal hampir. Senjata masih kurang, peluru belum ada. Apa persediaan untuk imtihan nanti?

No comments: