Mari merenung hadis ini, siapakah ghuraba di zaman ini?
Rasulullah SAW bersabda;
“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali dianggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu (ghuraba).” (HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah)
Dalam riwayat Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Ibnu Mas’ud r.a, maksud ghuraba adalah An Nuzza’ minal Qaba-il (Orang-orang yang memutuskan diri dari golongannya). Maksudnya tidak fanatik dengan golongannya.
Dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani, maksud ghuraba adalah “Manusia soleh yang sedikit di antara manusia yang banyak. Orang yang menentang mereka lebih banyak di banding yang mentaati mereka.”
Gharib Bukan ‘Uzlah
Ada perbezaan mendasar antara غريب(gharib - terasing) dengan عزلة (‘uzlah – mengasingkan diri). Gharib dalam konteks ini adalah orang yang terasing kerana masyarakatnya yang menganggapnya asing, walaupun hidup di tengah masyarakat dan sebahagian daripada mereka, bahkan ia tidak menjauhkan diri dari masyarakat. 'uzlah adalah orang yang memisahkan diri (i’tizal) dari masyarakat. Orang itu sendiri yang lari dari masyarakat, bukan masyarakat yang menjauhkan diri darinya.
Jadilah ghuraba (orang-orang terasing) bukan kerana kita insan baru di suatu tempat tetapi kerana kita memegang teguh prinsip-prinsip agama di tengah masyarakat yang telah melupakan agama. Manusia yang teguh memegang sunnah Rasulullah SAW di tengah masyarakat yang tidak kenal susuk nabinya, bahkan di antaranya istihza (memperolok-olok) sunnahnya. Memegang teguh akhlak dan adab Islam di tengah masyarakat yang terpukau dengan akhlak dan adab Barat yang sekuler dan liberal, atau akhlak dan adab timur yang sinkretisme. Memegang teguh solusi Islam di tengah masyarakat yang lebih mempercayai solusi Barat atau sebaliknya, ucapan para dukun dan penyihir timur. Memegang teguh fikrah Islam di tengah masyarakat yang terpesona fikrah sekularisme.
No comments:
Post a Comment