Jazakallahu Khairan

Monday, May 11, 2009

Ibu dan dakwah?

Adakah ibu dan dakwah akan bercakaran bila bertemu?
Ataupun masing-masing akan bermasam muka menunjukkan ketidakpuasan hati?

Adik mencintai ibu dan juga mencintai dakwah.
Pening memikirkan mana satu yang perlu didahulukan bila keduanya bertembung.

Ibu bersifat penyayang. Dihalangnya adik keluar rumah bertemu dakwah bukan kerana bencikan dakwah tapi kerana perasaan sayang dan risaukan puterinya.

Tapi adik degil. Adik cintakan dakwah. Adik tidak boleh duduk diam di rumah tanpa memikirkan soal dakwah.

Adakah dakwah akan memahami perasaan ibu yang menghalang adik daripada berkhidmat untuknya? Rupa-rupanya dakwah juga memiliki hati yang baik. Dakwah tidak memaksa malah menasihati adik agar menjaga redha terhadap ibu dan ayah kerna redha Allah terletak pada redha mereka.

Dakwah mengajar banyak perkara pada adik. Dari ibadah hinggalah ke sudut berukhuwah. Melalui pengalaman dan perancangan.

Kasihan ibu andai adik memilih dakwah dalam hidup. Pasti ibu kecil hati.

Siapa yang akan mengalah?
Perlukah memilih di antara keduanya?


*******************************************

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
Sehinggalah Mother's Day, adik buktikan. Walaupun sering meluangkan masa bersama dakwah, tapi adik tidak pernah melupakan ibu.

Seusai berprogram di luar, adik meneruskan agenda bertungkus-lumus menyiapkan hadiah buat ibu.



Allah memang Maha Adil. Diciptakan adik dengan kurang wang, tapi memiliki beberapa kelebihan iaitu kreatif, handal dan cekap dalam membuat kad :P Nampak lebih ikhlas di samping menjimatkan duit. Segala luahan dicoretkan melalui kad tersebut.

Allah permudahkan segalanya. Diberi jalan untuk adik menerangkan soal dakwah, kemampuan dan kewajipan terhadapnya. Alhamdulillah urusan pasti lebih mudah selepas ini.
Ucapan ditulis seikhlasnya. Kad dihulurkan beserta ciuman dikepala dan tangan. Syarat juga disertakan, agar ibu membaca kad tersebut setelah adik melelapkan mata.


Terimalah dariku untukmu Ibu

Walaupun setiap hari merupakan hari ibu, tapi hanya kesempatan di hari dan wang ini yang termampu untuk memberi hadiah buat ibu. Maaf ibu. Hanya doa yang akan sentiasa adik berikan :)

No comments: