Tetapi Hendak Ke Sana Bukan Percuma
"Dalam Syurga ini semua ada dan percuma."
Di dalam syurga semua percuma antaranya tentulah yang berkaitan dengan urusan minuman dan makanannya. Pabila diseru segera ada. Di restoran mamak pun boleh seru,
"Mamak, teh tarik gelas besar satu!"
Tetapi ia bukan datang segera dan paling penting perlu di bayar.
"Saya mahu BMW X6 percuma." Ntah siapala yang mahu bagi percuma. Mungkin ada tapi beralasan dan tidak segera. Bila di syurga jangankan Kancil.. Rolls-Royce, Mercedes-Bendz, Porsche, Volvo? Ferrari dan Jaguar pun boleh. Percuma dan segera. Malah lebih advance daripada kereta-kereta canggih dan mahal itu.
Tambahan lagi, sesiapa yang masuk syurga nescaya tidak perlu risau mengenai jerawat, parut, bintik hitam dan sebagainya. Apatah lagi kedut. Penghuni syurga tidak akan tua, kekal remaja selama-lamanya.
Tapi untuk ke sana, tidak mudah dan tidak percuma. Tapisan demi tapisan dilakukan di dunia melalui ujian dan dugaan untuk mencari hambaNya yang benar-benar berkelayakan memiliki segala kemewahan di syurga.
Di Dalam Syurga Kita Dapat Hidup Senang-Lenang,
Tetapi Untuk Masuk Syurga Tidak Boleh Dengan Senang-Lenang.
Untuk Masuk Neraka Memang Tidak Susah,
Tetapi Apabila Terjerumus Ke Jurang Neraka Pasti Susah.
Tetapi Untuk Masuk Syurga Tidak Boleh Dengan Senang-Lenang.
Untuk Masuk Neraka Memang Tidak Susah,
Tetapi Apabila Terjerumus Ke Jurang Neraka Pasti Susah.
No comments:
Post a Comment