Jazakallahu Khairan

Wednesday, May 13, 2009

3 objektif yang pelik.

Alhamdulillah. Buat adik-adik puteriku sayang,
bangganya bila mengetahui ada di antara adik-adik yang mulai berubah dan istiqomah dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.


Nampaknya objektif yang pelik tapi munasabah bagi program ini berjaya bagi diri saya.

1. Untuk menggembirakan hati para peserta
2. Untuk menggembirakan hati para AJK dan fasilitator
3. Makanan mestilah habis

kerana,
Objektif pertama,


"Salam, tahniah n syukran jazakallah khairan kathira..semua pelajar rasa xpuas program 1 hari. Klu boleh diorg mau ikut lagi dan lama lg..mereka bg markah program ni 10/10..diorng begitu merekemenkan program ini kpda kwn2 yg lain.." (copy dari KL!K sini)

Msg daripada ustaz sekolah adik-adik ini :) Respon awal dari peserta.

Disamping itu, adik di bawah jagaan saya juga berterusan menghubungi saya untuk berkongsi perasaan serta memaklumkan perubahan positive dalam ibadat dan lain-lain halnya. Turut berubah dari segi kerajinan adik-adik ini dalam ketekunan mengulangkaji pelajaran.
Tidak putus-putus adik jagaan saya menceritakan kegembiraannya mengikuti program. Kesan terhadap dirinya tersangat besar ditambah pula rasa terharu kerana tidak menyangka masih ada insan yang menyayangi dirinya di dunia ini :( (sedih juga dengar pengakuan adik ni)
Alhamdulillah dengan izinNya, lembut dan kental hati adik-adik ini untuk berubah baik dan tabah menghadapi ujian Tuhan.


Objektif kedua,
Saya selaku salah seorang daripada fasi Program Puteriku Sayang berasa gembira dan ceria :D bila perubahan yang positive dari puteri-puteri ini tertonjol. Harapnya adik-adikku sayang terus istiqomah ya :)

Objektif ketiga,
Makanan yang dimasak oleh AJK muslimin berjaya menarik hati peserta untuk dihabiskan.
Kan? Yaka? Tahniah kepada tukang masak! Masing-masing memiliki bakat terpendam.

Ini baru permulaan, harapnya adik-adik ini akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Semoga Allah permudahkan jalan adik-adik untuk lebih dekat denganNya.

No comments: