Jazakallahu Khairan

Saturday, May 16, 2009

Esok untuk apa?




Perasaan agak luar biasa pada hari ini. Hari ini hari sabtu dan sememangnya luar biasa bila saya berada di rumah santai bersama keluaga (pada saya). Jadual pada hujung minggu memang padat, cuma malam ini saja yang agak percuma.

Kenapa dengan hari ini? Saya berasa sangat senggang dan tidak terkejar-kejar dalam melakukan kerja. Benarlah seperti yang dinyanyikan oleh Raihan, "Lapang Sebelum Sempit". Oleh itu saya mengambil tindakan untuk meletakkan mata di hadapan laptop yang selalu digunakan untuk blogging serta membaca blog-blog yang saya gemari.

Adakah saya agak free pada hari ini? Tidak. Cuma malam ini. Sangat free. Aduh. Kena juga cari jalan untuk manfaatkan masa untuk Islam. Risau-risau nanti saya akan leka dengan khayalan dunia. Rohani cepat ja mo lapar dan dahaga.

Cerita untuk program baru tadi,


15-16 Mei 2009

- Bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.
- Bermula dari jam7 malam sehingga jam 3 petang.

- Program berbentuk pemantapan akidah.
- Membawa sebuah jawatan sementara dunia yang digelar 'fasi'
.
- Peserta seramai hampir 100 orang muslimin dan muslimat.
- Menuntut ilmu di Sekolah Menengah Sains Sabah.


Alhamdulillah. Akhirnya diberi peluang berkhidmat kerana Allah disekolah yang pernah membentuk diri saya agar lebih berdisiplin, berdedikasi dalam bekerja dan kemas mengatur masa dunia. Malah terlalu banyak ilmu dunia dan akhirat yang saya perolehi hasil menuntut di sekolah tersebut selama lebih kurang 3tahun(f1mei-f4feb). Di sanalah memori kehidupan mulai terukir. Dikelilingi guru-guru serta rakan-rakan yang baik-baik belaka dan sering dibawa 'berbahas'.

Sesampai di Masjid Nurul Hikmah saja, para fasi telah disambut ceria. Dari jauh saya ternampak raut-raut wajah yang sangat dikenali. Ustazah Hamidah, Ustazah Marlina, Ustaz Fathil, Ustaz Wan Ruhazlan, Ustaz zafrul, Cikgu Saharuddin. Antara guru-guru yang hadir dalam menjalankan tugas dalam program tersebut. Kesemuanya pernah berkesempatan mengajar saya, ataupun saya yang berkesempatan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran meraka. Terharunya bila mereka masih mengingati saya yang kecil ini beserta nama penuh sepakej dengan perangai nakal dan tebiat yang sering saya 'hadiahkan' kepada mereka. Bersalahnya saya terhadap mereka disuatu ketika dulu.

Melangkah ke dalam dewan, terdapat mata-mata yang tertumpu kepada kami. Ada yang tersenyum, ada yang melambai, ada yang tercengang, ada sekadar memandang, ada yang excited mahu bersalaman tetapi tetap tidak kalah kepada bilangan peserta yang tidak mengendahkan kewujudan kami yang memasuki dewan melalui pintu belakang. Haha. Bertemu semula dengan junior se'dorm, adik-adik kaki TV, junior-junior bersuara lantang, penganggu ketenteraman di asrama, si pendiam, si blur-blur, si otak handalan malah junior kesayangan juga ada. Tapi semua sudah mulai berubah menjadi semakin ayu dan tampan. Maklumlah sudah mulai berusia 17tahun.


Sepanjang berprogram, seperti biasa fasi sebagai pengarah, penyoal, penjawab, pembetul, penembak dan penyabar kepada kumpulan masing-masing. Kumpulan saya di diami oleh 8 muslimin dan 10 muslimat yang sekejap-sekejap jumlahnya pandai bertambah. Adik-adik ni saya kenal. Amirul, Burhanudin, Rafiudin, Reduan, Asyraf, Munirah, Ira, Afizah, Nabilah, Afifah, Aisyah. Beberapa student baru yang tidak dikenali, Aimin, Akim, Ina dan Ana. Tambahan pada waktu pagi, Azian, Azean dan seorang muslimin yang saya terlupa namanya. Penolakan juga berlaku diawal pagi iaitu Afifah dan Aisyah kerana mengikuti pertandingan kawad kaki mewakili sekolah. Terhasillah 8 muslimin dan 8 muslimat.

Penerangan dan perbincangan yang dilakukan agak santai, kadang tertawa dan kadang fokus. Tapi soalan daripada adik-adik sains ini tidak putus-putus mengakibatkan perbincangan berlanjutan untuk memahamkan peserta.


Seterusnya,
Tidur seawal 0010am.

Bangun selewat 0435am.

Selesai solat subuh, diikuti LDK 2, dituruti dengan sarapan, disambungkan dengan kuliah 3 dan LDK 3. Begitulah seterusnya. Minum pagi, LDK 4, solat zohor, kuliah 4 dan LDK 5.
Selesai LDK 5 pada jam 3 petang, program diteruskan dengan 'cucian' daripada Ustazah Hamidah dan penerangan daripada Ustaz Khaidir.

Program seterunya berlanjutan sehingga jam6 petang tetapi saya dan Rusneyni bergegas dengan rasa segan dan berat hati untuk meninggalkan program tersebut. Atas faktor masih terdapat komitmen di tempat lain, segala rasa yang bercampur baur dicampak jauh. Alhamdulillah, LDK yang memerlukan fasi telahpun selesai pada pukul 3 petang tadi. Setidak-tidaknya kami tidak memeningkan pihak penyelaras dan penganjur untuk mencari pengganti.

Khusyuk menahan ngantuk
Ihsan Ustazah Marlina, kami telah ditumpangkan kereta Wajah beliau meluncur terus ke "Supermarket Khidmat" untuk membeli keperluan, kelengkapan dan buah tangan untuk adik-adik Puteriku Sayang yang wajib dilawati pada petang tadi juga. 10 minit telah dicuri dengan membeli belah di Khidmat, Ustazah yang pernah mengajar saya PAI ini segera menghantar kami ke destinasi yang dituju.

Shukran Jazilan ya Ustazahkuh!
_____________________________________________________________



banner yang tidak berkaitan dengan lawatan
Lawatan untuk para puteri yang sangat disayangi kerana Allah. Sebenar-benarnya lawatan ini dijalankan pada 11 pagi 16 Mei 2009. Kelewatan melawati puteri-puteri ini amat dikesali. Mesej yang tidak putus-putus daripada adik jagaan saya, membuatkan saya serba-salah di atas kelewatan. Malah adik sayang saya juga tidak berselera untuk makan dan belajar apabila mengetahui saya datang lewat. huhu.

Alhamdulillah. Dengan bantuan Allah, 12 minit sebelum jam4 kami tiba di destinasi. Senyuman diwajah adik jagaan saya tidak hilang. Peralatan untuk exam, bekalan makanan dan minuman untuk study yang mencukupi serta Panadol untuk menghilangkan sakit kepalanya dihulurkan sebagai medium untuk menyejukkan hati c adik kembali.


Hujan cukup lebat. Hp 6120c menunjukkan jam tepat jam 05:27. Makin lama makin gelap. Dengan hati terbuka, balik ajala bertemankan hujan lebat. Usai bersalaman, berpelukan, nasihat dan beri semangat disambung dengan lambaian-lambaian ukhuwah, saya dan Ukhti Rus terus berjalan keluar menuju ke perhentian bas yang pertama.

Tiba di rumah tepat pada 6:37pm.

No comments: