Setiap kali Ramadhan, akan terdoktrin di kepala untuk melakukan sebanyak mungkin amalan bagi menambahkan ganjaran pahala. Salah satu yang menjadi kelaziman adalah tadarus. Ini bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai 'bulan al-Quran'. Masing-masing berazam untuk khatam dengan memaksimumkan ibadah bersama al-Quran.
Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.
Asasnya, tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.
Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri.
“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan.Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang”.
(Riwayat:Al-Bukhari dan Muslim).
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yang dijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda:
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenanga (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
Tujuan Tadarus
Khatam bukanlah tujuan asal tadarus yang dilakukan oleh Nabi. Berikut sebab-sebab wujudnya pendapat yang sedemikian.
1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.
1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.
2- Tujuan Rasulullah bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Quran itu sempurna diturunkan.
3- Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah radhiallahu‘anha berkata:
“Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.
Jika khatam merupakan tujuan utama, nescaya Nabi mengkhatamkan Al-Quran dalam tadarusnya bersama Jibril paling kurang 2 kali dalam setahun sebagaimana yang dilakukan pada akhir hayatnya.
Kesimpulannya: Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu, lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca.
Kesimpulannya: Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu, lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca.
Walaubagaimanapun, jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya"
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya"
Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
Cara Tadarus
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an. Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah:
1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.
2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf
3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.
4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.
5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.
Digalakkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada waktu malam dan ketika solat malam.
Firman Allah Taala:
Berkata Imam Nawawi (kesimpulannya): Digalakkan solat dan membaca Al-Quran pada malam hari kerana ialah lebih menumpukan hati, jauh dari kesibukan dan perkara-perkara yang melalaikan, lebih terjaga dari riya' dan lain-lain yang menggugurkan amalan.
Wallahua'lam.p/s: Buat sahabat-sabahat di SMK Tebobon, jom turun ke rumah Allah selepas tamat sesi persekolahan bagi menengah atas dan sebelum sesi pembelajaran bermula bagi menengah rendah untuk sama-sama mengimarahkan Surau al-Hidayah :) Sayangi surau kita~
3 comments:
menggandakan ibadah di bulan posa itu baik...tp jgn jadikan ia suatu kebiasaan sebab dikhuatiri nanti dipandang wajib oleh mereka yg kurang memahami.
harapnya x salah pengetahuan ana ini=)
saya kira, tadarrus utk khatam pun tiada salahnya. asalkan bacaannya betul. sebab khatam juga adalah saranan rasulullah saw. banyak hadith menyebut tentang kelebihan majlis khatam al-quran.
baca tapi x faham pula adalah kekurangan tapi bukan satu kesalahan. sebab terdapat riwayat yg menyebut tentang org yg baca al-quran tanpa kefahaman tetap dirahmati oleh allah swt.
walaubagaimanapun, meningkatkan kefahaman sedikit2 demi sedikit adalah baik. dakwahlah secara perlahan2.. kalau x mampu buat semua, jgn tinggal semua. kalau x mampu faham al-quran, jgn sampai x baca langsung. :)
syukran tuan mujahid bandau dan ust abu nuha yg sudi mengupas dan melontarkan pandangan :)
Sedihnya, terdapat segelintir yg mengejar khatam tp membaca dalam keadaan lintang pukang..baiknya untuk duduk dalam halaqoh tadarus, ada yg sudi mendengar dan membetulkan bacaan. Tapi sebaliknya ada yg beranggapan tadarus membuang masa sebab terpaksa menunggu giliran dan lebih cepat habis dgn membaca sendiri..
Mohon maaf atas kelemahan pengolahan idea..mohon diperbetulkan mana-mana part yg ana silap.
Post a Comment