Jazakallahu Khairan

Saturday, May 30, 2009

Jangan Pernah Cuti!

Selesai mengikuti seminar perubatan > rumah ukhti Ima(tumpang solat asar), kami segera bergerak ke tapak program KRIS KK bagi mematuhi arahan ketua lajnah. Syukran sahabat Rus yang disayangi kerana Allah rentetan selalu ada bila diri ini memerlukan bantuan :) Walaupun tidak selajnah tetapi masih sudi mengorbankan tenaga dan wang untuk memenuhi bantuan permintaan ana.

Setelah bertungkus lumus mendaki bukit ratau, tugas menyusun, membersih, mengangkat dan sebagainya dilakukan. Sekali lagi sahabat yangku sayangi turut sudi membantu walaupun wajahnya tampak lesu akibat masih kepenatan.

Nasiblah junior ana sudi meminjamkan keretanya untuk memudahkan pergerakan kami ke pondok guard untuk mengambil kunci-kunci pagar sekolah yang lupa diambil. Sebenarnya jarak pondok guard tidak la sejauh 1 meter. Cuma ana saja yang membuang tebiat meminjam kereta dengan tujuan menghiburkan hati di samping mempercepatkan kerja.

Kerja-kerja persiapan tempat selesai 60% pada jam17.45.
40% selebihnya akan diselesaikan 31hb ini bermula jam9 am :)

1-3 Jun 2009 = KRIS KK > SMK Tobobon(AJK 31hb)
2-4 Jun 2009 = Kem Pra-U > KK Adventure Park
1-12 Jun 2009 = Cousin ana datang melawat sabah!
2-4 Jun 2009 = Rumah Suziela

Banyak hal bertindih bertindan.
Nantikan laporan selanjutnya.

Betday mama.



Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Asahang Kasari, ma!
Muhang Oku Dika :)
May Allah Bless You

30 May 2009


Aktiviti: Seminar Rawatan Islam
Penceramah: Al-Fadhil Ust. Sharhan Shafie At-Thobibi
Tempat: Dewan Perkumpulan Perempuan Sabah, Bangunan Seri PPS, Lorong Sanzac, Sembulan, Kota Kinabalu.
Tarikh: 30 Mei 2009
Masa: 9.30-2.00pm
Tajuk: Perisai Kebal Dari Gangguan Jin (saka&sihir) dan benteng diri dan rumah dari gangguan syaitan.

Hari ini saya, uhkti Rus, Ustzh Salehah, Kak Sahara serta adek-adek tbbn yang dikasihi (Hannafi, Suhaila, Syaidatul, Shafieq, Azreen dan Saufi) berjaya memperolehi sebuah sijil Rawatan Islam yang mungkin tidak ada nilainya di sisi manusia tetapi sangat bernilai oleh JPI (Jabatan Pengurusan Iblis). Alhamdulillah. Banyak ilmu 'putih' yang diperolehi hasil penerang dan perkongsian Ust. Sharhan.

Laju masa berlalu memintas perbincangan kami. Mungkin 2 hari belum tentu selesai membicarakan soal makhluk ghaib ini. Apatah lagi dengan hanya beberapa jam.

Seminar yang bakal berlangsung di Kuala Penyu pada 30hb dan 31hb ini juga menyebabkan Ust. Sharhan agak terkejar-kejar untuk menghabiskan ceramah. Almaklumlah, Seminar Perubatan Islam di Sembulan ini hanya dirancang 2/3 hari sebelum diadakan.


Ust. Sharhan menjampi batu yang bernilai RM50 pada zahirnya.

Saturday, May 23, 2009

Dia lebih tahu.




Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.


Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian.

Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.
Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.


Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…

Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan?


Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.


Tinggalkan Masalah Anda Sebentar.

Seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang Stress Management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya,

"Berapa beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua?"

Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggil ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan bertambah".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya. Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi".

Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawanya pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh. Setelah berehat, ambilnya kembali.

Sumber: Blog Cinta.

Friday, May 22, 2009

Kenapalah aku yang kena.

Kenapa aku diuji?

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."

(Al Ankabut: 2-3)

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

… “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”
(Al Baqarah: 216)

Kenapa ujian seberat ini…?

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menangung dosa kejahatan yang diusahakannya”

(al Baqarah: 286)

Bagaimana harus aku menghadapinya..?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya”.
(Ali Imran: 200)

Apa yang aku dapat dari semua ini…?


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah”
(At Taubah: 111)

Kepada siapa aku berharap..?


Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar”.
(At Taubah:129)

Aku tak dapat tahan……

“Kalau demikian bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya,…”
(Yusuf:18)

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sabarkanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu)orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, 'Innalillahi wa inna ilaihi rajiun' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Al-baqarah:155-157)

Saturday, May 16, 2009

Esok untuk apa?




Perasaan agak luar biasa pada hari ini. Hari ini hari sabtu dan sememangnya luar biasa bila saya berada di rumah santai bersama keluaga (pada saya). Jadual pada hujung minggu memang padat, cuma malam ini saja yang agak percuma.

Kenapa dengan hari ini? Saya berasa sangat senggang dan tidak terkejar-kejar dalam melakukan kerja. Benarlah seperti yang dinyanyikan oleh Raihan, "Lapang Sebelum Sempit". Oleh itu saya mengambil tindakan untuk meletakkan mata di hadapan laptop yang selalu digunakan untuk blogging serta membaca blog-blog yang saya gemari.

Adakah saya agak free pada hari ini? Tidak. Cuma malam ini. Sangat free. Aduh. Kena juga cari jalan untuk manfaatkan masa untuk Islam. Risau-risau nanti saya akan leka dengan khayalan dunia. Rohani cepat ja mo lapar dan dahaga.

Cerita untuk program baru tadi,


15-16 Mei 2009

- Bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.
- Bermula dari jam7 malam sehingga jam 3 petang.

- Program berbentuk pemantapan akidah.
- Membawa sebuah jawatan sementara dunia yang digelar 'fasi'
.
- Peserta seramai hampir 100 orang muslimin dan muslimat.
- Menuntut ilmu di Sekolah Menengah Sains Sabah.


Alhamdulillah. Akhirnya diberi peluang berkhidmat kerana Allah disekolah yang pernah membentuk diri saya agar lebih berdisiplin, berdedikasi dalam bekerja dan kemas mengatur masa dunia. Malah terlalu banyak ilmu dunia dan akhirat yang saya perolehi hasil menuntut di sekolah tersebut selama lebih kurang 3tahun(f1mei-f4feb). Di sanalah memori kehidupan mulai terukir. Dikelilingi guru-guru serta rakan-rakan yang baik-baik belaka dan sering dibawa 'berbahas'.

Sesampai di Masjid Nurul Hikmah saja, para fasi telah disambut ceria. Dari jauh saya ternampak raut-raut wajah yang sangat dikenali. Ustazah Hamidah, Ustazah Marlina, Ustaz Fathil, Ustaz Wan Ruhazlan, Ustaz zafrul, Cikgu Saharuddin. Antara guru-guru yang hadir dalam menjalankan tugas dalam program tersebut. Kesemuanya pernah berkesempatan mengajar saya, ataupun saya yang berkesempatan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran meraka. Terharunya bila mereka masih mengingati saya yang kecil ini beserta nama penuh sepakej dengan perangai nakal dan tebiat yang sering saya 'hadiahkan' kepada mereka. Bersalahnya saya terhadap mereka disuatu ketika dulu.

Melangkah ke dalam dewan, terdapat mata-mata yang tertumpu kepada kami. Ada yang tersenyum, ada yang melambai, ada yang tercengang, ada sekadar memandang, ada yang excited mahu bersalaman tetapi tetap tidak kalah kepada bilangan peserta yang tidak mengendahkan kewujudan kami yang memasuki dewan melalui pintu belakang. Haha. Bertemu semula dengan junior se'dorm, adik-adik kaki TV, junior-junior bersuara lantang, penganggu ketenteraman di asrama, si pendiam, si blur-blur, si otak handalan malah junior kesayangan juga ada. Tapi semua sudah mulai berubah menjadi semakin ayu dan tampan. Maklumlah sudah mulai berusia 17tahun.


Sepanjang berprogram, seperti biasa fasi sebagai pengarah, penyoal, penjawab, pembetul, penembak dan penyabar kepada kumpulan masing-masing. Kumpulan saya di diami oleh 8 muslimin dan 10 muslimat yang sekejap-sekejap jumlahnya pandai bertambah. Adik-adik ni saya kenal. Amirul, Burhanudin, Rafiudin, Reduan, Asyraf, Munirah, Ira, Afizah, Nabilah, Afifah, Aisyah. Beberapa student baru yang tidak dikenali, Aimin, Akim, Ina dan Ana. Tambahan pada waktu pagi, Azian, Azean dan seorang muslimin yang saya terlupa namanya. Penolakan juga berlaku diawal pagi iaitu Afifah dan Aisyah kerana mengikuti pertandingan kawad kaki mewakili sekolah. Terhasillah 8 muslimin dan 8 muslimat.

Penerangan dan perbincangan yang dilakukan agak santai, kadang tertawa dan kadang fokus. Tapi soalan daripada adik-adik sains ini tidak putus-putus mengakibatkan perbincangan berlanjutan untuk memahamkan peserta.


Seterusnya,
Tidur seawal 0010am.

Bangun selewat 0435am.

Selesai solat subuh, diikuti LDK 2, dituruti dengan sarapan, disambungkan dengan kuliah 3 dan LDK 3. Begitulah seterusnya. Minum pagi, LDK 4, solat zohor, kuliah 4 dan LDK 5.
Selesai LDK 5 pada jam 3 petang, program diteruskan dengan 'cucian' daripada Ustazah Hamidah dan penerangan daripada Ustaz Khaidir.

Program seterunya berlanjutan sehingga jam6 petang tetapi saya dan Rusneyni bergegas dengan rasa segan dan berat hati untuk meninggalkan program tersebut. Atas faktor masih terdapat komitmen di tempat lain, segala rasa yang bercampur baur dicampak jauh. Alhamdulillah, LDK yang memerlukan fasi telahpun selesai pada pukul 3 petang tadi. Setidak-tidaknya kami tidak memeningkan pihak penyelaras dan penganjur untuk mencari pengganti.

Khusyuk menahan ngantuk
Ihsan Ustazah Marlina, kami telah ditumpangkan kereta Wajah beliau meluncur terus ke "Supermarket Khidmat" untuk membeli keperluan, kelengkapan dan buah tangan untuk adik-adik Puteriku Sayang yang wajib dilawati pada petang tadi juga. 10 minit telah dicuri dengan membeli belah di Khidmat, Ustazah yang pernah mengajar saya PAI ini segera menghantar kami ke destinasi yang dituju.

Shukran Jazilan ya Ustazahkuh!
_____________________________________________________________



banner yang tidak berkaitan dengan lawatan
Lawatan untuk para puteri yang sangat disayangi kerana Allah. Sebenar-benarnya lawatan ini dijalankan pada 11 pagi 16 Mei 2009. Kelewatan melawati puteri-puteri ini amat dikesali. Mesej yang tidak putus-putus daripada adik jagaan saya, membuatkan saya serba-salah di atas kelewatan. Malah adik sayang saya juga tidak berselera untuk makan dan belajar apabila mengetahui saya datang lewat. huhu.

Alhamdulillah. Dengan bantuan Allah, 12 minit sebelum jam4 kami tiba di destinasi. Senyuman diwajah adik jagaan saya tidak hilang. Peralatan untuk exam, bekalan makanan dan minuman untuk study yang mencukupi serta Panadol untuk menghilangkan sakit kepalanya dihulurkan sebagai medium untuk menyejukkan hati c adik kembali.


Hujan cukup lebat. Hp 6120c menunjukkan jam tepat jam 05:27. Makin lama makin gelap. Dengan hati terbuka, balik ajala bertemankan hujan lebat. Usai bersalaman, berpelukan, nasihat dan beri semangat disambung dengan lambaian-lambaian ukhuwah, saya dan Ukhti Rus terus berjalan keluar menuju ke perhentian bas yang pertama.

Tiba di rumah tepat pada 6:37pm.

Wednesday, May 13, 2009

3 objektif yang pelik.

Alhamdulillah. Buat adik-adik puteriku sayang,
bangganya bila mengetahui ada di antara adik-adik yang mulai berubah dan istiqomah dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.


Nampaknya objektif yang pelik tapi munasabah bagi program ini berjaya bagi diri saya.

1. Untuk menggembirakan hati para peserta
2. Untuk menggembirakan hati para AJK dan fasilitator
3. Makanan mestilah habis

kerana,
Objektif pertama,


"Salam, tahniah n syukran jazakallah khairan kathira..semua pelajar rasa xpuas program 1 hari. Klu boleh diorg mau ikut lagi dan lama lg..mereka bg markah program ni 10/10..diorng begitu merekemenkan program ini kpda kwn2 yg lain.." (copy dari KL!K sini)

Msg daripada ustaz sekolah adik-adik ini :) Respon awal dari peserta.

Disamping itu, adik di bawah jagaan saya juga berterusan menghubungi saya untuk berkongsi perasaan serta memaklumkan perubahan positive dalam ibadat dan lain-lain halnya. Turut berubah dari segi kerajinan adik-adik ini dalam ketekunan mengulangkaji pelajaran.
Tidak putus-putus adik jagaan saya menceritakan kegembiraannya mengikuti program. Kesan terhadap dirinya tersangat besar ditambah pula rasa terharu kerana tidak menyangka masih ada insan yang menyayangi dirinya di dunia ini :( (sedih juga dengar pengakuan adik ni)
Alhamdulillah dengan izinNya, lembut dan kental hati adik-adik ini untuk berubah baik dan tabah menghadapi ujian Tuhan.


Objektif kedua,
Saya selaku salah seorang daripada fasi Program Puteriku Sayang berasa gembira dan ceria :D bila perubahan yang positive dari puteri-puteri ini tertonjol. Harapnya adik-adikku sayang terus istiqomah ya :)

Objektif ketiga,
Makanan yang dimasak oleh AJK muslimin berjaya menarik hati peserta untuk dihabiskan.
Kan? Yaka? Tahniah kepada tukang masak! Masing-masing memiliki bakat terpendam.

Ini baru permulaan, harapnya adik-adik ini akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Semoga Allah permudahkan jalan adik-adik untuk lebih dekat denganNya.

Tuesday, May 12, 2009

"Semakin Hari Semakin Rindu"


Tarikh: o9-1o Mei 2oo9.
Masa: 4.ooptg(o9)-11.2o(10)

Program yang dijalankan, disempurnakan dengan kehadiran 1o orang peserta puteri tersayang dibimbing oleh 8 orang kakak fasi. Turut dibantu oleh abang-abang selaku tukang masak dan pekerja belakang tabir. Malah diceriakan lagi dengan ceramah, perkongsian dan nasihat daripada anggota PSS.

Rata-rata peserta memiliki latar belakang keluarga yang bermasalah mengakibatkan masing-masing cenderung melakukan kegiatan yang tidak sepatutnya untuk melupakan masalah yang dihadapi.

Kasihan adik-adik ini. Bantulah Gadis Semut untuk berubah.

Sayangnya Allah pada mereka. Diberi peluang untuk merubah diri dan kehidupan dan mengenal Islam lebih dekat.
Setidak-tidaknya, masing-masing telah menanamkan kesungguhan dalam diri untuk berubah.

Semoga adik-adik puteriku yang telah berazam menjadi lebih baik ini, akan istiqomah dalam membentuk keperibadian diri :)


"Semakin Hari Semakin Rindu". Tidak sabar bersua muka untuk lanjutan akan datang :)

Monday, May 11, 2009

Ibu dan dakwah?

Adakah ibu dan dakwah akan bercakaran bila bertemu?
Ataupun masing-masing akan bermasam muka menunjukkan ketidakpuasan hati?

Adik mencintai ibu dan juga mencintai dakwah.
Pening memikirkan mana satu yang perlu didahulukan bila keduanya bertembung.

Ibu bersifat penyayang. Dihalangnya adik keluar rumah bertemu dakwah bukan kerana bencikan dakwah tapi kerana perasaan sayang dan risaukan puterinya.

Tapi adik degil. Adik cintakan dakwah. Adik tidak boleh duduk diam di rumah tanpa memikirkan soal dakwah.

Adakah dakwah akan memahami perasaan ibu yang menghalang adik daripada berkhidmat untuknya? Rupa-rupanya dakwah juga memiliki hati yang baik. Dakwah tidak memaksa malah menasihati adik agar menjaga redha terhadap ibu dan ayah kerna redha Allah terletak pada redha mereka.

Dakwah mengajar banyak perkara pada adik. Dari ibadah hinggalah ke sudut berukhuwah. Melalui pengalaman dan perancangan.

Kasihan ibu andai adik memilih dakwah dalam hidup. Pasti ibu kecil hati.

Siapa yang akan mengalah?
Perlukah memilih di antara keduanya?


*******************************************

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan.
Sehinggalah Mother's Day, adik buktikan. Walaupun sering meluangkan masa bersama dakwah, tapi adik tidak pernah melupakan ibu.

Seusai berprogram di luar, adik meneruskan agenda bertungkus-lumus menyiapkan hadiah buat ibu.



Allah memang Maha Adil. Diciptakan adik dengan kurang wang, tapi memiliki beberapa kelebihan iaitu kreatif, handal dan cekap dalam membuat kad :P Nampak lebih ikhlas di samping menjimatkan duit. Segala luahan dicoretkan melalui kad tersebut.

Allah permudahkan segalanya. Diberi jalan untuk adik menerangkan soal dakwah, kemampuan dan kewajipan terhadapnya. Alhamdulillah urusan pasti lebih mudah selepas ini.
Ucapan ditulis seikhlasnya. Kad dihulurkan beserta ciuman dikepala dan tangan. Syarat juga disertakan, agar ibu membaca kad tersebut setelah adik melelapkan mata.


Terimalah dariku untukmu Ibu

Walaupun setiap hari merupakan hari ibu, tapi hanya kesempatan di hari dan wang ini yang termampu untuk memberi hadiah buat ibu. Maaf ibu. Hanya doa yang akan sentiasa adik berikan :)

Friday, May 8, 2009

Semua Percuma!

Di Dalam Syurga Semua Percuma
Tetapi Hendak Ke Sana Bukan Percuma

Biasa kita akan mendengar seorang ibu akan berkata kepada anak kesayangannya atau seorang guru kepada muridnya,
"Dalam Syurga ini semua ada dan percuma."

Di dalam syurga semua percuma antaranya tentulah yang berkaitan dengan urusan minuman dan makanannya. Pabila diseru segera ada. Di restoran mamak pun boleh seru,
"Mamak, teh tarik gelas besar satu!"
Tetapi ia bukan datang segera dan paling penting perlu di bayar.

"Saya mahu BMW X6 percuma." Ntah siapala yang mahu bagi percuma. Mungkin ada tapi beralasan dan tidak segera. Bila di syurga jangankan Kancil.. Rolls-Royce, Mercedes-Bendz, Porsche, Volvo? Ferrari dan Jaguar pun boleh. Percuma dan segera. Malah lebih advance daripada kereta-kereta canggih dan mahal itu.

Tambahan lagi, sesiapa yang masuk syurga nescaya tidak perlu risau mengenai jerawat, parut, bintik hitam dan sebagainya. Apatah lagi kedut. Penghuni syurga tidak akan tua, kekal remaja selama-lamanya.


Tapi untuk ke sana, tidak mudah dan tidak percuma. Tapisan demi tapisan dilakukan di dunia melalui ujian dan dugaan untuk mencari hambaNya yang benar-benar berkelayakan memiliki segala kemewahan di syurga.

Di Dalam Syurga Kita Dapat Hidup Senang-Lenang,
Tetapi Untuk Masuk Syurga Tidak Boleh Dengan Senang-Lenang.
Untuk Masuk Neraka Memang Tidak Susah,
Tetapi Apabila Terjerumus Ke Jurang Neraka Pasti Susah.

Tuesday, May 5, 2009

Manusia Seperti Ular dan Buaya.

Ular Cuma Ada Sifat Ular
Buaya Cuma Ada Sifat Buaya
Tetapi Manusia Ada Sifat Manusia, Ular Dan Buaya.

Semua orang tahu ular mampu mematuk mangsa dengan bisanya, membelit bahkan mampu membaham mangsa yang lebih besar daripadanya.

Namun pernahkah kita mendengar seekor ular 'menyengat' mangsanya? Tentulah tidak kerana ular tidak menyengat kerana menyengat bukan sifat ular tetapi sifat lebah.


Buaya pula terkenal dengan libasan mautnya. Dalam senyap ia akan menghampiri si mangsa yang langsung tidak menyedari kedatangan haiwan ganas ini. Meronta-ronta si mangsa minta dilepaskan. Sebuas-buas buaya, ia tidak membelit dan lidahnya tidak bercabang. Sebab, itu bukan sifat buaya.


Kalau lembu dan kambing pula senjatanya adalah pada kedua-dua tanduknya. Kadang-kadang ada juga ia menyepak terajang mangsanya. Tidak ada kambing yang menggunakan ekor seperti sang buaya sebagai senjata untuk melibas mangsanya. Tidak ada juga mana-mana lembu dalam dunia ini yang menyengat atau mematuk mangsanya sehingga mati.


Begitulah yang selalu terjadi. Melihat saja pada ular, kita sudah tahu apa tindak balas yang bakal dilakukan. Ular hanya mampu mematuk dan ianya berbisa. Begitu juga apabila terserempak dengan buaya, lebah dan haiwan lainnya. Kita sedia maklum buaya dengan sifat buayanya, tebuan dengan perangai tebuannya serta lembu dengan gayanya.

Cuma satu saja yang tidak dulu, kini dan selamanya serupa, manusia. Membaca sikap manusia lebih susah daripada membaca perangai haiwan. Sebabnya, manusia bukan hanya ada sifat manusia tetapi juga sifat ular, buaya, lembu dan lain-lain kebinatangan.


Yang kelihatan tenang dan sederhana gerak-gerinya sehingga yang melihatpun mudah terpesona rupa-rupanya bila berkata-kata terkeluar segala bisanya. Yang disangka lemah lembut, pabila membelit patah tulang rusuk dikerjakan. Yang kita sangka amat sabar orangnya, bila dijolok menyerang ganas bagai nak gila.

Ingat, ini cuma sekadar muhasabah diri, bukan mencari salah sesiapa. Hebatnya kalau kita selalu muhasabah diri. Yang sudah bagus, teruskan bagus dan tambahkan bagusnya. Bahkan amat bagus dan tidak salah kalau kita terus membaguskan apa yang memang sudah sedia bagus.


Biar binatang bersifat manusia
tetapi
jangan manusia bersifat binatang.
Melihat haiwan memakai pakaian lebih baik
daripada melihat manusia telanjang seperti haiwan.

Monday, May 4, 2009

Round Fo Da'wah.

o1o5o9.
0830-12.15
Bertolak dari rumah > Kundasang > SMK Lohan > SMK Timbua, Ranau.



  • Perjalanan yang menyeronokkan + memeningkan.
  • Pelajar yang ramah dan baik-baik belaka.
  • Suasana sekolah yang agak menyelesakan.
Kenangan bersama beberapa orang peserta Pemantapan Akidah di SMK Timbua, Ranau.

o2o5o9
3.15-o7.10
SMK Timbua > SMK Lohan > Kundasang > PLI Kundasang.

  • Sejuk+penat+best.
  • Pengalaman bersama golongan ilmuan.
o3o5o9
PLI Kundasang > Kg. Himbaan, Bundu Tuhan.
09.20-11.30

.Gunung Kinabalu.
.Tersangatlah cantik ciptaan Allah.

  • Menziarahi dan memerhatikan kawasan sekitar Kg. Himbaan, Bundu Tuhan.
  • Sejuk tapi seronok.
  • Kenyang :p
  • Berkesempatan mengenali budak tembam. Cubit-cubit pun nda pandai nangis.
.Nasib nda kena tapau bawa balik.

Beratnya adek comel berusia 9 bulan ni.
.Adek Aisyah Sofia, bakal pejuang di bumi Kundasang
.

11.30-12.30
Kg. Himbaan, Bundu Tuhan > PLI kundasang.
  • Packing barang-barang dulu sebelum balik.
(Lupa tengok jam)
PLI Kundasang > Rumah abg Azizul-Lembah Permai(eh? betul ka ni?).
  • Berkenal-kenalan dengan family abg zizul dulu.
  • Sempat lagi jumpa budak kiut.
Hilmi yang nakal. Mo kena culik ni

Ni pun bakal menjadi penegak agama Allah di bumi Kundasang :)

(ni pun lupa tengok jam) - 5.15pm
Rumah Abg Zizul > Pekan Kundasang > Station Minyak Kundasang > Station Minyak Tamparuli> Home Sweet Home.

Alhamdulillah. Special thx to the driver dan semua yang terlibat ^_^

Belated Best Wishes..

Happy ulang tahun ke-47(03May)
.may Allah shower His blessings on you.
Glad You’re My Dad!

Friday, May 1, 2009

Science says, the professor have no brain.

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new Muslim students to stand and…..

Professor : You are a Muslim, aren’t you?

Student : Yes, sir.

Prof : So you believe in God?

Student : Absolutely, sir.

Prof : Is God good?

Student : Sure.

Prof : Is God all-powerful?

Student : Yes.

Prof : My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn’t. How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)

Prof : You can’t answer, can you? Let’s start a gain, young fella. Is God good?

Student :Yes.

Prof : Is Satan good?

Student : No.

Prof : Where does Satan come from?

Student : From…God.. .

Prof : That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Prof : Evil is everywhere, isn’t it? And God did make everything. Correct?

Student : Yes.

Prof : So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof : Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student :Yes, sir.

Prof: So, who created them?

(Student has no answer.)

Prof : Science says you have 5 senses you use to identify and observe the
world around you. Tell me, son…Have you ever seen God?

Student : No, sir.

Prof : Tell us if you have ever heard your God?

Student : No , sir.

Prof : Have you ever felt y our God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Prof : Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Prof : According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Prof : Yes. Fait h. And that is the problem science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Prof : Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Prof : Yes.

Student : No sir. There isn’t.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof : Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light….But if you have no light constantly, you have nothing and it’s called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?

Prof : So what is the point you are making, young man?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof : Flawed? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite,
something we can measure. Sir, science can’t even explain a thought. It uses electricity and
magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof : If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it?…..No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, st able, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )

Prof : I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir.. The link between man & God is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.