Jazakallahu Khairan

Thursday, April 28, 2011

Kem Remaja Islam Kundasang.


Kundasang buat julung kalinya telah mengadakan Kem Remaja Islam setelah beberapa kali percubaan pada tahun-tahun yang sudah. Tahniah buat orang-orang kuat Kundasang yang cukup bertungkus-lumus hingga dapat menjadikan Pusat Latihan Industri Kundasang (PLIK) sebagai tapak program. Turut banyak menyumbang tenaga, wakil dari PSS dan KRU kawasan Tuaran selaku fasilitator dan AJK yang berkhidmat melancarkan aktiviti sepanjang program.



Tercatat dalam lipatan sejarah, program KRIS Kundasang pertama kali telah diadakan pada 22-24 April 2011 yang mengumpulkan pelajar-pelajar dari sekitar Kundasang dan Ranau sebagai peserta. Uniknya remaja-remaja Islam ini dapat berprogram dalam suasana ala-ala sejuk di negara Barat.

Sama seperti KRIS Tuaran, saya hanya sekejap-sekejap dapat menapakkan kaki ke tapak program. Pertembungan tarikh KRIS Kundasang dan qiamullail KRUKK menjadi sebab utama perlunya berulang-alik KK-Kundasang. Seperti biasa menjadi pembantu belakang tabir di dalam slot senior Amin sambil belajar kaedah pengurusan teknikal yang baru. Kami tiba sekitar waktu Maghrib-Isyak, sejuk menggigit hingga ke tulang ditambah lagi dengan sejuk hujan yang turun di Kundasang.

.Secebis memori untuk dikenang.

Gambar program boleh didapatkan di album FB sdra Azizul Julirin :)

2 comments:

balqis baltisha said...

secebis memori untuk di kenang...doa akak snetiasa bersama yuyu...teruskan perjuangan ya dik...cahaya islam itu akan sampai di tempat cahaya mentari sampai...:)

Nashrah Basyirah said...

syukran kak nisa ^_^
smga hti2 kita sntiasa tertaut berpaksi di landasan yg sama~

berlatar belakangkan gunung kinabalu, terlalu banyak kenangan yang membungakan bahagia. indahnya ukhuwwah fillah~ :)