Jazakallahu Khairan

Sunday, February 20, 2011

KRU Mengucapkan Salam Perjuangan Buat Saudara Arif


Tinggi-tinggi gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang Sabah pada kamu,
Pemergianmu mengundang seribu rasa pilu,
Ada waktu, harap masih boleh bertemu.


Sunnatullah bila ada pertemuan pasti perlu mengharungi detik perpisahan. Tiada apa yang kekal melainkan Allah SWT yang mencipta seluruh alam.


Pada 19 Februari 2011, sebutir permata lagi telah kembali berlepas ke kampung halaman setelah sekian lama bertapak di bumi subur Sabah. Saudara Arif Ainuddin telah selamat berlepas semalam sekitar jam7.35 malam di Airport Air Asia Kota Kinabalu, Sabah diiringi beberapa orang sahabat taulan yang sentiasa menjadi peneman di saat suka dan duka.


Riangnya pasti dicari-cari, semangat juangnya pasti akan dirindui bukan saja dalam kalangan sahabat-sahabat seperjuangan tapi juga di dalam hati-hati penduduk Sabah khususnya adik-adik KRU yang pernah menerima sentuhan rohani dari beliau. Melalui kepetahan beliau dalam berbicara dan ayat yang berisi unsur ketuhanan sudah cukup memotivasikan sejumlah remaja Sabah untuk kembali menjalani hidup bersama Allah.


Perginya seorang senior PSS yang kerap memberikan dorongan dan bimbingan kepada adik-adik KRU sudah pasti mengundang seribu kepiluan di hati adik-adik yang telah lama bersama di medan dakwah. Apatah lagi pada sahabat-sahabat seperjuangan hinggakan air mata belum tentu dapat menzahirkan apa yang terbuku di dalam hati. Semoga Allah sentiasa menyatukan hati-hati para pejuang ini sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Sungguh, hanya Allah yang mampu membalas jasa baik, perkongsian idea dan pengorbanan dari pelbagai segi beliau sepanjang bermastautin di Sabah. Semoga dengan sekembalinya pejuang ini mampu membangkitkan semangat juang lebih ramai anak-anak Sabah dalam menegakkan Islam. Perjuangan tetap perlu diteruskan!

Adik-adik Kelab Remaja Ukhuwwah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian saudara Arif Ainuddin dalam segenap tunjuk ajar dan segala motivasi yang diberikan. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki dan memberikan kebaikan kepada abang Arif dunia dan akhirat. Amiin~


Patah tidak akan tumbuh lagi, hilang belum tentu dapat dicari ganti, kerana sifatmu yang tersendiri. Namun, nilai inspirasimu tetap di hati kami dalam mencapai cita-cita yang tertinggi. Salam perjuangan dari kami anak-anak jati Sabah. Semoga Allah masih pertemukan kita semua tidak di dunia, di akhirat Insya-Allah. Ma'assalamah.

Sirru a'la barakatillah wa mardhatillah.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

4 comments:

Nashrah Basyirah said...

teruskan perjuangan, kami sentiasa mendoakan pejuang-pejuang Islam yang sanggup berkorban segenap perkara demi membangkitkan kesedaran anak-anak jati di bumi sabah. harap sudi datang lagi, bukan abg arif sorang ja tapi semua senior2 yg sudah balik ke tempat masing2 :)

Nursuhaila Lani_Sue`z said...

pemergian seorang lagi sifu muhasabah,,,moga d tmpat baru teruskan memuhasabah insan yg lena di buai mimpi..

Nashrah Basyirah said...

biarkan beliau pergi dengan aman~

Cikgu Nursuhaila Lani said...

haha..kak..mengerunkan ayat itu..(biarkan beliau pergi dgn amn)