Jazakallahu Khairan

Sunday, March 27, 2011

Sudah Kotor!

Alhamdulillah setelah sebulan bersibuk-sibuk dengan pengurusan sukan anak-anak murid, sukan PASTI akhirnya selamat berlangsung di padang DBKK kingfisher pada 26-27 Mac baru-baru. Pelbagai ragam dapat disaksikan bukan saja gelagat murid-murid, tapi juga dari ibubapa dan guru-guru sendiri.

Kaki-kaki menyusun langkah dengan lebih rapi.
Becak dan lopak mengotorkan kaki-kaki.
Becak..mungkin disebabkan hujan dibeberapa kebelakangan hari ini.
Pagi ini cuaca masih menyebelahi kami untuk beraktiviti,
mujur Allah permudahkan urusan.

Di tengah padang itu,
ramai yang mula merungut.
Seluar sudah kotor!
Ada sedikit sesal kerana saya memakai seluar berwarna putih.
Lekatan lumpur semestinya lebih ketara,
sesekali terfikir pasti kotoran ini sukar untuk dibersihkan.
Mungkin hanya perlu sental dan rendam sebentar.
pasti ada cara..

Terdetik di hati, selalu bila baju kotor sibuk berfikir kaedah untuk membersihkan tapi hati entah bila saja masanya mahu di'cuci'. Kalaulah membersihkan hati semudah memasukkan baju ke dalam mesin basuh...

2 comments:

mata2rantai said...

Assalamualaikum.Tahniah.Penulisan yang ringkas & senang difahami.Go,go...smoga tinta nash-sharh terus bermanfaat kepada pembaca.

Nashrah Basyirah said...

syukran mata-mata rantai :)