Bulan Mac menjengah. Diri semakin dicengkam kesibukan rutin sebagai hambaNya yang tidak pernah lepas dari pelbagai tuntutan dan ujian. Semakin lama, semakin merasakan diri semakin kerdil berjalan di bumiNya. Terasa diri cukup lemah dan dhaif. Mahu mengejar rahmatNya, tapi masih banyak yang belum terlaksana.
Dalam kesibukan menjaga diri, sibuk-sibukkan juga menjaga hati insan disekeliling. Jangan abaikan mereka yang mahu mengisi kekosongan jiwa dan mahu membentuk peribadi bergelar seorang muslim sejati. Sungguhpun tidak mampu menjaga semua, cukuplah yang mampu dicapai tangan.
Alhamdulillah dengan izin Allah dan rezeki yang dikurniakan, dapat juga melaksanakan sambutan hari jadi buat junior@adik-adik usrah yang genap 17 tahun pada 2011 ini. Ada yang bersuara sekadar gurauan minta diadakan sambutan. Gurauan kadangkala perlu dititikberatkan, selalunya yang terzahir itu ikhlas dari lubuk hati. Niat dari awal sememangnya mahu menyambut, sedikit sebagai tanda penghargaan buat mereka yang sudi memilih jalan yang penuh rintangan dalam mengejar redha dan rahmat Allah swt. Meskipun masih baru dalam arena bergerak kerja, saya yakin sudah banyak dugaan dan kesakitan yang mereka lalui.
Selamat ulang tahun kelahiran buat adik-adikku
yang lahir pada bulan februari
~ISGROD01 dan Basyirah03~
Sofian - 14 Feb 94
Soffiq - 15 Feb 94
Arafat - 18 Feb 94
Rodhila - 28 Feb 94
Arafat-Soffiq-Sofian-Rodhila
Susahnya menjaga hati, apatah lagi hati-hati. Hanya hati yang mampu berinteraksi sesama hati. Bertautnya hati menguatkan organisasi. Dari organisasi kepada haraki.
Belajar dari suatu ketika dahulu, umat islam menjadi kuasa besar dan kuat kerana perpaduan. Perpaduan dan kecintaan yang berteraskan kepada kecintaan kepada Al-Khaliq yang esa, juga kasih terhadap RasulNya. Mereka saling membantu, saling menyayangi, saling menyintai, saling menghormati kerana Allah. Untuk semua ini, kita perlu menjaga hati. Jauh dari larangannya, dan sentiasa menyirami hati dengan baja-baja taqwa. Perpaduan, kasih sayang yang sebegini sukar untuk kita temui pada hari ini. Usrahlah yang boleh menjadi salah satu medium penyambung ukhuwah. Usrah pengikat ukhuwah.
Ya Allah tetapkanlah hati-hati ini untuk terus bersama di jalan yang Engkau redhai. Andai ditakirkan berpisahnya kami di dunia, himpunkanlah kami di syurgaMu yang abadi.
Islamic Group Discussion01- ISGROD01
Batch pertama, menggesa penggerak muslimin
Basyirah03
Batch ke3, penggerak muslimat
Kebelakangan ini fikiran saya sedikit bercelaru, hati ada sedikit rasa berkecamuk. Entah penangan apa selepas keputusan STPM di umumkan. Rasa gusar memikirkan masa hadapan, mungkinkah akan berpisah jauh dengan adik-adik kecintaanku ini? Atau yang pasti akan berpisah selamanya..cuma tidak tahu bila.
No comments:
Post a Comment