Jazakallahu Khairan

Sunday, October 24, 2010

Hidupku, Matiku, Hanya untukMu...

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Program Qiammullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu dapat dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2010. Seperti biasa, program KRUKK sekali lagi menjadikan Masjid Universiti Malaysia Sabah sebagai medan pembangunan remaja. Pada kali ini penyertaan adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada 28 orang muslimin dan 52 orang muslimat. Tema "Transformasi Menuju Misi" sekali lagi digunakan tetapi lebih menjurus kepada matlamat sebenar diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi.

Kuliah Dasar pada kali ini disampaikan oleh Ustazah jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon iaitu Ustazah Salwa binti Haji Ahmad dengan tajuk, "Matlamat dalam kehidupan".
Latihan dalam kumpulan(LDK) telah memecahkan peserta kepada 5 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin. Adik-adik secara tidak langsung dilatih untuk berhujah dengan mengemukankan idea-idea bernas mengenai matlamat sebenar dalam kehidupan berdasarkan ceramah yang telah disampaikan. Tahniah buat semua! :)
Kali ini slot muhasabah turut diadakan bagi mengajak para peserta memperjelaskan bersama matlamat hidup yang sebenar. Slot ini disampaikan oleh Saudara Azizul Julirin(Persatuan Siswazah Sabah).

Qiammullail pada kali ini dibimbing oleh ust. Ezri dan beliau seterusnya menyampaikan kuliah subuh berkenaan "Matlamat dalam Perjuangan" yang turut menyelitkan sirah perjuangan sewaktu di zaman Rasulullah. Semoga adik-adik yang mengikuti program pada kali ini memperoleh pelbagai input untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Syukran jazilan buat semua yang sudi hadir dan sudi membantu dalam menjayakan program kali ini. Hanya Allah yang selayaknya mampu membalas jasa baik kalian.


Sampai jumpa lagii~ insya-Allah :)

1 comment:

Nashrah Basyirah said...

alhamdulillah~ alhamdulillah~ alhamdulillah~ ^_^