Persiapan untuk seorang daie sangat penting bagi menghadapi mad'u yang berbagai ragam. Persiapan dari segi spiritual mahupun luaran dapat membantu seorang daie dalam menangkis cabaran serta rintangan meniti laluan dakwahnya.
Laluan dakwah itu tidak ditabur dengan wang ringgit, tiada pujian, pangkat dan dikabur dengan segala bentuk kebohongan dunia. Malah dihiasi duri, disulamkan cacian hinaan juga penuh dengan ugutan. Semestinya mad'u yang perlu dihadapi berasal dari pelbagai background, fikrah dan pemahaman. Dalam menghadapi kepelbagaian ragam itu, pasti memerlukan skill dakwah yang mantap. Skill dakwah boleh dipelajari. Berbekalkan perancangan dan idea yang jitu,
1. Pertama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana AllahTaala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yangterbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlakyang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w danpara daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.
5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad'u yang didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulllah s.a.w dan sejarah Islam untukdijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.
7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
Ingat sahabat-sahabat, tiada permaidani merah dibentangkan dihadapanmu selama engkau bergelar daei kerana tapisan inilah bekalan untuk mendapatkan syurga Allah yang kekal selamanya :)
No comments:
Post a Comment