Jazakallahu Khairan

Wednesday, October 20, 2010

Biarkan aku dengan hidupku!!

Aku mahu hidup bahagia bersama dia tanpa sebarang ganguan! Jangan halang aku bercinta! Biarkan aku dengan haluanku, pergilah kamu berkorban bersama dakwah!

Sekali lagi teman. Menghalang kerana sayang bukan mahu berperang. Menasihati yang belum faham berbanding individu yang sudah faham adalah lebih sukar. Pasti yang sudah faham, berusaha mencari jawapan memanipulasi setiap persoalan. Benteng demi benteng diperkukuhkan, disusun teguh hingga meng'hijab' hikmah kebenaran.

Pilihan pada langkahmu. Awas jalan yang rosak!

Tidakkah mereka sedar mereka adalah sebaik-baik teladan di zaman kini ;( Menjadi contoh kepada mad'u yang pernah disapa. Ikutan adik-adik usrah, akhlak menjadi dakwah halus ke dalam diri insan lain. Apakah dia futur? Atau mungkin mereka sudah berputus dengan nikmatMu ya Allah. Mana janjinya dahulu kala, mahu bersusah payah tatkala susah dan senang. Petah menutur butiran cinta keagungan yang esa. Turut lincah dalam memaparkan semangat juang membangunkan modal insan rabbaniah. Resah, andai dirimu goyah apatah lagi adik-adik didikmu yang pernah kau campakkan sinar harapan di mata mereka.

Faham, faham tapi buat-buat tak faham atau memang sudah tidak mahu faham.
Apa terjadi kepada hidupmu??

Berharap agar iman saya, anda dan kita semua yang sedang membaca akan sentiasa diperteguhkan. Hati sentiasa lembut dalam menerima teguran. Jiwa sentiasa bersedia untuk merenung kesilapan. Memelihara iman dan Islam.

Ya Allah, jangan tarik kembali hidayah yang telah Kau kurniakan kepada kami. Kembalikan semangat juang insan-insan itu seperti masa itu.

Wallahua'lam

No comments: