Jazakallahu Khairan

Sunday, October 24, 2010

Hidupku, Matiku, Hanya untukMu...

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya Program Qiammullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu dapat dilaksanakan pada 23-24 Oktober 2010. Seperti biasa, program KRUKK sekali lagi menjadikan Masjid Universiti Malaysia Sabah sebagai medan pembangunan remaja. Pada kali ini penyertaan adalah seramai 80 orang yang terdiri daripada 28 orang muslimin dan 52 orang muslimat. Tema "Transformasi Menuju Misi" sekali lagi digunakan tetapi lebih menjurus kepada matlamat sebenar diciptakan oleh Allah SWT di muka bumi.

Kuliah Dasar pada kali ini disampaikan oleh Ustazah jemputan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon iaitu Ustazah Salwa binti Haji Ahmad dengan tajuk, "Matlamat dalam kehidupan".
Latihan dalam kumpulan(LDK) telah memecahkan peserta kepada 5 kumpulan muslimat dan 2 kumpulan muslimin. Adik-adik secara tidak langsung dilatih untuk berhujah dengan mengemukankan idea-idea bernas mengenai matlamat sebenar dalam kehidupan berdasarkan ceramah yang telah disampaikan. Tahniah buat semua! :)
Kali ini slot muhasabah turut diadakan bagi mengajak para peserta memperjelaskan bersama matlamat hidup yang sebenar. Slot ini disampaikan oleh Saudara Azizul Julirin(Persatuan Siswazah Sabah).

Qiammullail pada kali ini dibimbing oleh ust. Ezri dan beliau seterusnya menyampaikan kuliah subuh berkenaan "Matlamat dalam Perjuangan" yang turut menyelitkan sirah perjuangan sewaktu di zaman Rasulullah. Semoga adik-adik yang mengikuti program pada kali ini memperoleh pelbagai input untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Syukran jazilan buat semua yang sudi hadir dan sudi membantu dalam menjayakan program kali ini. Hanya Allah yang selayaknya mampu membalas jasa baik kalian.


Sampai jumpa lagii~ insya-Allah :)

Friday, October 22, 2010

Ciri-ciri penting seorang daie

Persiapan untuk seorang daie sangat penting bagi menghadapi mad'u yang berbagai ragam. Persiapan dari segi spiritual mahupun luaran dapat membantu seorang daie dalam menangkis cabaran serta rintangan meniti laluan dakwahnya.

Laluan dakwah itu tidak ditabur dengan wang ringgit, tiada pujian, pangkat dan dikabur dengan segala bentuk kebohongan dunia. Malah dihiasi duri, disulamkan cacian hinaan juga penuh dengan ugutan. Semestinya mad'u yang perlu dihadapi berasal dari pelbagai background, fikrah dan pemahaman. Dalam menghadapi kepelbagaian ragam itu, pasti memerlukan skill dakwah yang mantap. Skill dakwah boleh dipelajari. Berbekalkan perancangan dan idea yang jitu,
1. Pertama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana AllahTaala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah.

2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.

3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yangterbaik.

4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlakyang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w danpara daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w.

5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad'u yang didakwahnya.

6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulllah s.a.w dan sejarah Islam untukdijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama.

7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.

8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan lojik)hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.

Ingat sahabat-sahabat, tiada permaidani merah dibentangkan dihadapanmu selama engkau bergelar daei kerana tapisan inilah bekalan untuk mendapatkan syurga Allah yang kekal selamanya :)

Wednesday, October 20, 2010

Biarkan aku dengan hidupku!!

Aku mahu hidup bahagia bersama dia tanpa sebarang ganguan! Jangan halang aku bercinta! Biarkan aku dengan haluanku, pergilah kamu berkorban bersama dakwah!

Sekali lagi teman. Menghalang kerana sayang bukan mahu berperang. Menasihati yang belum faham berbanding individu yang sudah faham adalah lebih sukar. Pasti yang sudah faham, berusaha mencari jawapan memanipulasi setiap persoalan. Benteng demi benteng diperkukuhkan, disusun teguh hingga meng'hijab' hikmah kebenaran.

Pilihan pada langkahmu. Awas jalan yang rosak!

Tidakkah mereka sedar mereka adalah sebaik-baik teladan di zaman kini ;( Menjadi contoh kepada mad'u yang pernah disapa. Ikutan adik-adik usrah, akhlak menjadi dakwah halus ke dalam diri insan lain. Apakah dia futur? Atau mungkin mereka sudah berputus dengan nikmatMu ya Allah. Mana janjinya dahulu kala, mahu bersusah payah tatkala susah dan senang. Petah menutur butiran cinta keagungan yang esa. Turut lincah dalam memaparkan semangat juang membangunkan modal insan rabbaniah. Resah, andai dirimu goyah apatah lagi adik-adik didikmu yang pernah kau campakkan sinar harapan di mata mereka.

Faham, faham tapi buat-buat tak faham atau memang sudah tidak mahu faham.
Apa terjadi kepada hidupmu??

Berharap agar iman saya, anda dan kita semua yang sedang membaca akan sentiasa diperteguhkan. Hati sentiasa lembut dalam menerima teguran. Jiwa sentiasa bersedia untuk merenung kesilapan. Memelihara iman dan Islam.

Ya Allah, jangan tarik kembali hidayah yang telah Kau kurniakan kepada kami. Kembalikan semangat juang insan-insan itu seperti masa itu.

Wallahua'lam

Saturday, October 16, 2010

Qiam KRUKK; Transformasi Menuju Misi


Ayuh teman-teman. Pakat ramai-ramai untuk menghadirkan diri dan hati ke program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu seperti butiran yang berikut:
Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu
Tarikh: 23-24 Oktober 2010
Masa: Pendaftaran bermula jam 4 petang (23okt) - 9 pagi (24okt)
Tema: Transformasi Menuju Misi


Kehadiran sahabat-sahabat amat dialu-alukan :)

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa)

Sunday, October 10, 2010

Konvo mereka :)

Berikut video yang sempat saya rakamkan bagi sidang-sidang konvo yang berjaya dibolosi. Alhamdulillah, tahniah saudara/i di atas kejayaan berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda. 2 kali berkesempatan ke Dewan Canselor bagi memberi sokongan kepada senior-senior. Part paling saya suka, saat para graduasi masuk ke dalam dewan dengan iringan muzik kejayaan. First-rate, impressive. Gambar kurang dan hampir tiada atas faktor kamera dan kekangan masa. Still and all, they've officially graduated!! So again and again, bounteous congratulation for who's had finished their study :)


Kak Syuhada'


Kak Ummu


Abang Nadir


Abang Azizul


Kak Azie


Kak Rita

~Big applause~
Jutaan kemaafan dipinta atas masalah teknikal serta kecacatan pada video di atas. Saya jurukamera yang tidak ditauliah.

** Masa abang Zizul's turn nda perasan kamera 'out of memory' :( asif, kecewa tapi yakin mesti ada video dan gambar-gambar lain yang lebih segak

.sekian.

Saturday, October 9, 2010

Senior PSS; Dakwah Seiring Kecemerlangan Akademik


Syabas dan setinggi-tinggi kesyukuran buat abang-abang dan kakak-kakak Persatuan Siswazah Sabah(PSS) yang menerima Ijazah Sarjana Muda pada konvokesyen Universiti Malaysia Sabah(UMS) tahun 2010. Konvokesyen ke-12 yang berlangsung selama 3 hari ataupun 6 sidang ini turut dimeriahkan dengan aktiviti Tamu gadang. Buat sahabat-sahabat yang berkelapangan, bolehlah menghadirkan diri ke Dewan Canselor (UMS) untuk menzahirkan tanda sokongan kepada senior-senior PSS di samping menyuntik kembali semangat mengejar falah dalam akademik.

Alhamdulillah, semoga senior-senior akan terus mengecapi kejayaan sehingga ke akhirat kelak;

Sekalung tahniah buat saudara/i extraordinary

Mujahid
  1. Azizul bin Julirin - Ijazah Sarjana Muda Akuakultur
  2. Muhammad Nadir al Nuri bin Kamaruzaman - Ijazah Sarjana Muda Sains Marin
  3. Renifezri bin Mohammad - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer
Mujahidah
  1. Azie Nor Mazwani binti Shahari - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan
  2. Norasidah binti Jamian - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains
  3. Nik Nurulsyuhada' binti Ismail - Ijazah Sarjana Muda Pengeluaran Tanaman
  4. Nurhidayah bt Muksin - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Sains
  5. Rita binti Radin - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Bioproses
  6. Siti Farah binti Abdullah - Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling
  7. Ummu Atiyyah binti Hasan - Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
Buat sahabat-sahabat Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU), ayuh bersama-sama mengorak langkah menjejaki ketabahan dan kejayaan senior kita. Sungguhpun dalam kesibukan mencorak akademik yang cemerlang, dakwah tidak sekali ditinggalkan. Apa rahsianya? Hubungi mereka yang berkenaan untuk perkongsian lanjut ;)

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. [Al-Ankabut, 29 : 69]

Mari sahabat KRU, cukup-cukup beralasan mari mencari keredhaan Allah dalam segenap tindakan yang kita lakukan kerana kejayaan adalah hak mutlak Allah. Bukan terletak ditangan atau pandangan manusia.

Senior-senior, izinkan kami untuk turut sama berbangga dengan kejayaan kalian. Doakan agar kami (adik-adik KRU) juga akan memperoleh kesudahan yang terbaik buat diri kami :)

Sunday, October 3, 2010

Selamat menjawab soalan student PMR :)

Selamat Bertempur di medan peperiksaan!
Bak kata cikgu "Habiskan peluru-peluru yang kamu ada di atas kertas exam."

buat pelajar PMR di seluruh Malaysia, khususnya adik-adik usrahku dan adik-adik KRU di seluruh pelosok kawasan, lakukan sehabis baik, semoga yang terbaik untuk kalian




Bi Taufiq wan Najah fil Imtihan!!

“Rabbuna yassir wa la tu’assir”
Allahumma najihna fi hazal imtihan wa fi dunia wal akhirah