Alhamdulillah~ Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh Alam. Tahniah buat keluarga sahabat cinta ukhti Sharimah, kerana selamat menyambut kelahiran ahli rumah yang baru pada 23hb september 2009 :)
"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkannya tujuh lautan (lagi) setelah keringnya nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana" (Surah Luqman: 27)
Jazakallahu Khairan
Tuesday, September 29, 2009
Mohammad Abdan Shaqur.
Alhamdulillah~ Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa diseluruh Alam. Tahniah buat keluarga sahabat cinta ukhti Sharimah, kerana selamat menyambut kelahiran ahli rumah yang baru pada 23hb september 2009 :)
Monday, September 28, 2009
Ziarah dan laporan ringkas di Eid Fitri.
Selepas solat maghrib, beberapa ahli KRU yang tinggal meneruskan ziarah raya di rumah ust. Hamir dan kemudiannya melawat seorang adik KRU yang ditimpa kecelakaan jalan raya pada raya ke-2 baru-baru ini. Mangsa memilih untuk melanggar bukit daripada terjunam ke dalam gaung. Pelanggaran yang hebat itu mengakibatkan kereta yang dipandu ter'putar'(err..) 2 kali sebelum kembali pada keadaan asal. Mangsa kejadian hanya mengalami kecederaan luaran dan kesan lebam pada badan. Alhamdulillah masih boleh meneruskan perjuangan dan dilaporkan tidak terdapat sebarang masalah dalaman ataupun mental seperti trauma yang melanda mangsa.
Parut di mata sebelah kanan sebagai bukti
Mewarna
Pecahkan belon
Masukkan getah ke dalam botol menggunakan pen
Nyanyian khas daripada Nazrey
Fleksibel dalam menjalankan tugas
srikandi yang juga banyak menghulurkan tenaga terutama di bahagian dapur
p/s: Maaf Umi Syu dan ukhti has atas kelewatan. Blog sudah masuk, pendrive akan di beri kemudian. :)
Friday, September 18, 2009
Salam Aidilfitri buat semua.
Pesan penulis,
Bergembiralah menyambut Syawal mengikut perkara yang dianjurkan syara'. Antaranya,
Saling Bermaafan. Tapi bermaafan bukan hanya dilakukan pada hari raya sahaja, bahkan sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa dengan seberapa segera, demi mengukuhkan ikatan persaudaraan agar terus menjadi erat dan mesra.
Ziarah-menziarahi. Sebagai tanda persaudaraan dan silaturrahim. Ini dapat mewujudkan hubungan silaturrahim bahkan merupakan salah satu perkara yang dituntut oleh Islam. Sebagaimana hadis Nabi SAW riwayat Al-Imam At-Tarmizi:-
Maksudnya :-
"Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya."
Elakkan pembaziran. Sambutlah dengan cara yang bersederhana dari segi mengadakan jamuan, perhiasan mahupun pakaian. Elakkan pembaziran yang akhirnya boleh menjadi beban dihari kemudian. Tiada saling tunjuk-menunjuk ataupun berbangga-bangga dengan apa yang dimiliki.
Pergaulan bebas. Jagalah hubungan sesama makhluk, hindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Ibubapa sebaiknya mengawal anak-anak. Usah di biarkan mereka beraya bersama bukan mahram lebih-lebih lagi sehingga larut malam.
Wallahua'lam.
Semoga tautan ukhuwah yang terjalin antara kita bersulamkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT =)
Watak Sama, Pelakon Berbeza.
"Manusia yang bijak, belajar dari kesilapan orang lain"
Kadang cuba dihalusi yang tersirat dari kata itu. Anak soleh solehah minta dibacakan buku sirah nabi dan pejuang Islam era dulu. Bertubi persoalan dilontarkan. Zahirnya dikira mereka itu kurang faham. Apa mungkin mereka lebih penghayatan pada situasi lampau. Si pembaca yang terpinga.
"Ahh. Ini kisah dulu. Sekarang dah berubah."
Mungkin kerana kereta dan bangunan sudah mulai berubah wajah, binatang turut berevolusi diledak modenisasi. 2 era yang berbeza, dia alpa dalam memahami sejarah. Hinggakan perkara yang berulang didepan mata disangka perkara biasa. Dia lupa, dia juga sebahagian sejarah.
Apakah tiada persamaan buat yang dulu dan yang kini? Selain putaran masa. Benarkah hidup ini berputar umpama roda? Kadang di atas kembali ke bawah.
Lupa kita meletakkan situasi pada perintis perjuangan. Mungkin kerana dulu mereka minoriti, tidak berharta bahkan terdiri dari fakir dan hamba. Berbuih mulut ustaz menceritakan kisah Bilal menegakkan kalimah ahad, rasul u’lul azmi dan kaum-kaum yang silih berganti. Bala-bala yang turun buat yang tidak mahu menerima kebenaran. Kita hanya mengeleng kepala.
"Jahilnya menilai yang haQ" bisik hati.
Bukankah kita juga sama. Kita ulangi apa yang terkandung dalam kamullah. Berupa amaran dan catatan sejarah tiada nota pengajaran. Terdulu Ibrahim menghancurkan berhala memesongkan aqidah yang disembah oleh kaumnya dan menentang raja zalim, Namrud. Namun, apa bezanya dengan manusia kini yang ramainya tapi menyembah dunia? Harta kekayaan, pangkat, pujian, kereta, barangan berjenama, cinta remaja, cinta dunia. Yang hanya melekakan untuk patuh pada si Pencipta. Status mulai berubah, hamba Allah? Tidak, hamba dunia. Cinta pada yang rapuh hanya sementara. Andai itulah, mahu kita dengar bicara persis Nabi Ibrahim?
Apakah mungkin kita ini serumpun dengan Abu Lahab yang menentang Rasulullah diwaktu mengajaknya kembali mengenal kebenaran? Mana mungkin yang kaya dan ternama mahu tunduk pada ajaran yang buta huruf lagi tidak berharta. Sabar. Kita kan versi moden.
Terkadang kita merasakan diri lebih hebat hanya kerana pangkat yang tinggi, hatta melihat sebelah mata memandang sinis pada si fakir harta ataupun memaling muka saat ditegur oleh mereka yang tidak ternama. Kita sama. Memandang enteng pada yang menyeru kepada ma’ruf dan menentang kemungkaran. Sama seperti raja Parsi yang memandang jelek pada surat utusan Nabi dari bumi Arab.
Yang pintar juga sama. Tiada pengajaran. Bila bijak tidak berilmu. Bila berilmu tidak mahu diamal. Bukan dibimbing yang buta bahkan ditolak, dibiar sendiri dilembah kesesatan. Tidak dirawat yang luka, ditikam parah mati hati yang noda. Usah dipandang enteng pada yang baru mengenal alif ba ta andai diri di tahap mengaji berlagu.
Kita tidak mustahil mengulangi perkara yang sama. Membandingkan kaum laknat terdahulu dan masyarakat kini tidaklah payah. Renungilah pada bumi kita berpijak. Sejarah mana yang tidak berulang?
Tuesday, September 15, 2009
Timbunan Buat Bekalan Semasa.
Assalamua'laikum wbt buat pengunjung yang dirahmati.
Pertama dan selama-lamanya, syukur ke hadrat ilahi kerna dengan izinNya sehingga usia dan tika ini kita masih diberi peluang untuk menghirup dan menghembus udara dengan percuma. Pejam celik, sempat juga Ramdhan ke-25 kita raihkan. Tinggal beberapa detik lagi Ramdhan bakal berakhir. Sudahkah kita memanfaatkannya? Tanyakan pada diri.
Agak lama blog ini menyepi. Saya intai kembali objektif sebenar blog ini diadakan. Mungkin sekadar ruang luahan atau maklumat, dan beberapa kemungkinan yang berkenaan. Yang pasti untuk selalu meng'update' blog ini bukan rutin yang terutama. Mujur cuti raya diambang terbit. Berkesempatan juga untuk saya bersiar-siar di ruang maya.
Menjejakkan diri ke alam tingkatan 6 memang agak sukar. Saya mulai merasakan bahang ke'sibuk'an dan ke'berat'an sedikit demi sedikit. Assigment yang diberi tidak pernah putus. Presentation, belum termasuk ulangkaji dan task. Bagi yang berniat untuk menjinak-jinakkan diri ke alam tingkatan 6, dinasihatkan agar mengambil 8 gelas besar kekuatan mental dan fizikal setiap hari berlainan pagi dan malam. Bukan berniat untuk menakut-nakutkan tapi itulah hakikatnya. Apapun, saya lebih seronok memilih jalan ini berbanding jalan-jalan yang lain. Bervariasi input baru yang saya perolehi. Tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Masing-masing punyai hak untuk memilih jalan untuk dilalui bergantung pada minat individu :)
Apapun, kawalan emosi adalah yang terpenting dalam mengatasi kekangan yang dihadapi. Nda kesahlah dalam situasi baik buruk. Elakkan tekanan, kurangkan rungutan, tingkatkan kualiti pekerjaan.
.2/3 kerja yang tertimbun.
Semoga hati-hati kita terus istiQomah dalam mengejar syurgaNya
Wednesday, September 2, 2009
"Aku Ini Sedang Berpuasa"
"Apabila seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata kotor dan memaki hamun. Apabila dicela orang lain atau dimusuhi, maka katakanlah sesungguhnya aku ini sedang berpuasa"
Tidak terlambat kiranya untuk saya berkongsi beberapa adab dan amalan sewaktu berpuasa. Adalah lebih wajar sekiranya kita mencontohi cara insan yang lebih tahu amalan yang disukai Allah(Rasulullah).
1. Mantap dan jitukan niat.
Rasulullah bersabda,
"Sesiapa yang tidak menetapkan akan berpuasa sebelum fajar, maka tidak sah puasanya."
2. Makan sahur.
Saya yakin dan pasti, ramai yang beralasan untuk mengelak daripada melakukan perkara ini. Hakikatnya, pesuruh Allah menggalakkan kita melakukannya. Dalam sabda baginda,
"Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya."
Ibnu Hajar al-Asqalani berpendapat, yang dimaksudkan dengan berkat itu adalah ganjaran pahala daripada Allah. Selain menguatkan semangat semasa melakukan amalan puasa, banyak hikmah dalam bersahur yang selaku hambaNya ytidak dapat dilihat dengan mata kasar. Saya akui, saya juga agak sukar untuk melakukannya tapi tidak menjadi masalah sekiranya mahu. 'Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'.
3. Imsak.
Rasulullah bersabda,
"Apabila azan Subuh padahal bekas minuman masih ditangannya, maka janganlah diletakkannya sehinggalah dia menyelesaikan meminumnya"
4. Cepat berbuka apabila sampai waktu.
Sahl bin Saad berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Allah berfirman,
'Hamba-hambaKu yang lebih Aku cintai ialah mereka yang segera berbuka apabila tiba masanya.' "
5. Banyak membaca al-Quran.
Amalan ini amat digalakkan terutamanya dalam Ramadhan. Tersangatlah rugi buat manusia yang mengatakan kurang pandai membaca al-Quran sedangkan tidak sedikitpun berusaha untuk melakukannya. Sewaktu saya bertanyakan tentang tadarus al-Quran kepada Ustazah di sekolah, beliau mengatakan objektif tadarus yang diadakan di sekolah adalah untuk menggalakkan pelajar membaca al-Quran. Bukan terkejar-kejar untuk mengkhatamkannya. Benar. Jika bulan-bulan sebelum ini al-Quran tidak dibaca, paling tidak amalkanlah satu muka surat al-Quran setiap hari di bulan Ramadhan.
6. Banyak bersedekah.
Sedekah paling utama ialah sedekah pada bulan Ramadhan. Bukan dari sudut kewangan semata-mata, tetapi termasuklah memberi makanan, pakaian dan sebagainya yang perlu kepada golongan yang lebih memerlukan.
7. Tinggalkan amalan yang buruk.
Orang yang berpuasa WAJIB meninggalkan akhlak yang buruk. Puasa telinga daripada mendengar umpatan atau kejian. Puasa mata daripada melihat perkara-perkara yang ditegah. Puasa lidah daripada berkata sesuatu yang sia-sia, mengumpat, bergosip dan yang sewaktu dengannya. Melakukan perkara-perkara buruk tersebut sewaktu berpuasa boleh menyebabkan puasa tidak diterima Allah. Kan sia-sia! Yang diperoleh hanya dahaga dan lapar.
Puasa sememangnya mendidik individu ke arah kebaikan. Kedatangan Ramadhan perlu dihargai. Hanya 30/365 hari setahun. Seharusnya tidak timbul sebarang alasan meremehkan puasa kita kerana peluang yang diberi terlalu singkat. Mari lakukan sesuatu yang terbaik di sisi Allah kerana setiap malam bulan Ramadhan ada suara yang memanggil,