Khas buat yang disayangi seluruh ahli keluarga yang berada di Sabah, luar Sabah, Malaysia dan luar Malaysia. Walau berjauhan zahirnya tapi sentiasa dekat dihati.
Sahabat cinta seperjuangan Basyirah01.
Ustaz dan ustazah,
Ukhti dan Akhi pengukir jiwa yang beraya di mana jua.
Tautan hati ahli-ahli Persatuan Siswazah Sabah.
Buat seluruh ahli ABIM, SISMA dan WADAH.
Anggota Kelab Remaja Ukhuwwah.
Sahabat KML.
Individu sefikrah.
Pembaca Blog BicaraFikrahKu.
Warga pendidik, sahabat sahabiah dan adek-adek yang berada di sekolah-sekolah pelosok Sabah yang dikenali dan mengenali diri ini.
SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SMS Sabah, SMP Likas, SM Teknik Likas, SM Shan Tao, SMK Tansau, SMK Badin, SMK Lok Yuk, SM Agama Ranau, SM Agama Inanam, SM Agama KK, SMK Tambunan, SMK Gunsanad II Keningau, SMK Elopura Sandakan, SMKA Limauan Papar, SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, SMK Sri Nangka, SMK Tamparuli, Toh Puan, SANZAC, Maktab Sabah, SMK Putatan, SMK Timbua Ranau . . . . .
Juga buat seluruh umat Islam dan mana-mana pihak yang menyambut hari penuh kemuliaan ini.
Dengan penuh rasa kehambaan, saya mengucapkan
SALAM AIDILFITRI.
Mohon sejuta kemaafan andai tersalah kata, terbisa bicara, berkelakuan menyakitkan deria dan perasaan, bergurau senda berlebihan. Juga mohon halal segala makan minum dan apapun yang terlibat. Andai diri ini ada terhutang sila nyatakan, andai berhutang dengan empunya blog dihalalkan.
Pesan penulis,
Bergembiralah menyambut Syawal mengikut perkara yang dianjurkan syara'. Antaranya,
Saling Bermaafan. Tapi bermaafan bukan hanya dilakukan pada hari raya sahaja, bahkan sewajarnya dilakukan dari masa ke semasa dengan seberapa segera, demi mengukuhkan ikatan persaudaraan agar terus menjadi erat dan mesra.
Ziarah-menziarahi. Sebagai tanda persaudaraan dan silaturrahim. Ini dapat mewujudkan hubungan silaturrahim bahkan merupakan salah satu perkara yang dituntut oleh Islam. Sebagaimana hadis Nabi SAW riwayat Al-Imam At-Tarmizi:-
Maksudnya :-
"Hubungan silaturrahim adalah jalinan daripada tuhan yang pengasih. Siapa yang menyambungnya, Allah juga berhubung dengannya dan siapa yang memutuskannya, Allah memutuskan hubungan dengannya."
Elakkan pembaziran. Sambutlah dengan cara yang bersederhana dari segi mengadakan jamuan, perhiasan mahupun pakaian. Elakkan pembaziran yang akhirnya boleh menjadi beban dihari kemudian. Tiada saling tunjuk-menunjuk ataupun berbangga-bangga dengan apa yang dimiliki.
Pergaulan bebas. Jagalah hubungan sesama makhluk, hindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Ibubapa sebaiknya mengawal anak-anak. Usah di biarkan mereka beraya bersama bukan mahram lebih-lebih lagi sehingga larut malam.
Wallahua'lam.
Semoga tautan ukhuwah yang terjalin antara kita bersulamkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT =)
No comments:
Post a Comment