Jazakallahu Khairan

Monday, June 29, 2009

Sukaneka PASTI.




28 Jun yang lepas, empunya blog bersama 2 lagi sahabat berkesempatan menyusuri perjalanan Sukaneka PASTI Pantai Barat 2009 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu selaku pembantu urusetia acara. Sebanyak 14 buah PASTI berjaya dikumpulkan bagi melancarkan aturcara yang telah ditetapkan.

Melihat pada telatah dan gelagat adik-adik kecil ini, sekaligus dapat merawat masalah yang dihadapi walau terpaksa menjalankan tugas berlindungkan bahang mentari. Indahnya memori yang tercipta dalam mengatur ratusan anak-anak aktif dan comel meskipun amat memenatkan :)




Pelbagai pembelajaran yang dapat ditimba andai memerhati pada kanak-kanak. Sayangi dan dekatilah kanak-kanak kerana mereka lebih mulia, bebas dari segala dosa ekoran pemikiran yang masih baru mahu bercambah. InsyaAllah soleh dan solehah :)
Terima kasih atas segalanya terutama kerana comel-comel belaka ^_^

Monday, June 22, 2009

Qiam + Rehlah Kelab Remaja Ukhuwah.




Setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna dengan izinNya, 20-21 Jun 2009 bersamaan 26-27 Jamadilakhir 1430H yang lepas, program Qiamullail + Rehlah Sahabat Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) untuk kali ke-2 telah berjaya dilangsungkan bertempat di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu + Taman Awam Teluk Likas. Seramai 56 orang telah menghadirkan diri selaku peserta. Syukran atas kedatangan sahabat-sahabat. Turut membantu beberapa anggota Persatuan Siswazah Sabah(PSS), abg2 serta kakak2 yang sudi turun padang menghulurkan tenaga dan idea di samping memantau adik-adik KRU.
Semoga usaha kecil ini ada manafaatnya di sisi Islam :)

"Remaja Hari Ini, Pemimpin Masa Depan"

Thursday, June 18, 2009

Percaya Istikharahmu =)

Politeknik Kota Kinabalu - DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER) - Julai 2009
UITM di KPTM Bangi - DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN - 24 June 2009
Universiti Of East London - DIPLOMA IN COMPUTING & INFORMATION SYSTEM - 20 June 2009

SMK Tobobon - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Yeah!

Ya Allah, Semoga inilah jalan yang terbaik untuk ku.
Berilah aku sebaik-baik kesudahan. Ameen~

Istikharah is to seek guidance from Allah when one is faced with a problem to which no solution is apparent.

Whenever a person is faced with a difficult problem, or becomes hesitant in making a decision and his knowledge of the matter is insufficient to guide him then after seeking advice from trusted friends he should turn to Allah and beseech His grace. He should willingly and with an open heart and mind supplicate for divine guidance and ask for direction so that the problem is solved in his own best interest. The doa at such an occasion is called Istikharah :)

Wednesday, June 17, 2009

Planning, Organizing, Leading and Control.

Memasuki alam Pra-U yang bermula sejak sebulan yang lalu, membuatkan otak ini tiap masa berfikir, gerak tenaga yang berterusan, masa terhad di samping segala-galanya perlu dilakukan dengan pantas dan cekap. Namun, diri ni tetap cuba untuk mengawal diri daripada menghadapi tekanan atau bahasa 'omputeh'nya stress :)

Dalam kesibukan mengatur masa dan pelajaran, persatuan, menteri bawahan juga terlalu banyak untuk di Planning, Organizing, Leading and Control(pinjam istilah PP sebentar :D). Belum termasuk aktiviti luar dan khidmat bantuan kepada guru-guru. Dulu saya hanya melihat dan membantu sekadar yang termampu salah seorang sahabat mengatur hidupnya dalam kehidupan sebegini tapi kini, saya pula yang mengalaminya. Barulah saya benar-benar memahami setiap situasi yang dilaluinya. Terasa terlalu banyak tanggungjawab dan pengurusan yang perlu dilakukan. Setiap individu yang ditemui membawa agenda tersendiri untuk dilaporkan dan memohon bantuan. Kadangkala, fikiran bertambah kusut bila memiliki masa untuk menyiapkan kerja tersangat singkat ditambah pula dengan kesukaran mendapat kerjasama dari individu tertentu. Saya tidak merungut, cuma berbangga kerana diberi peluang menghadapi situasi sebegini untuk persiapan masa hadapan :)


Minggu ini keadaan bertambah rumit. Mungkin hanya minggu ini begini, berterusan begini atau entahlah. Minggu transaksi saja sudah cukup memeningkan kepala. Salah satunya, esok sekolah bakal mengadakan Majlis Hari Guru. Agak terlambat upacaranya atas sebab-sebab tertentu. Nasib saja tanggungjawab menyelaras Hari Guru diberikan kepada badan disiplin. Seandainya pelajar Pra-U yang ditugaskan, sudah pasti kami err entahlah. Buzy.

Trivia?
1. Sehinggalah tadi pagi barulah saya dikabarkan pelajar Pra-U yang bakal mengambil bahagian dalam persembahan esok belum memulakan latihan. Rupa-rupanya masing-masing menunggu arahan entah dari siapa. Mungkin pemberitahuan mengejut daripada pihak penyelaras majlis menyebabkan mereka kurang bersemangat untuk menjalankan latihan sketsa. Berkemungkinan besar juga, salah saya yang tidak menyuap mereka dengan panduan dan arahan. Maaf atas kesibukan yang menyebabkan menteri-menteriku terabai :(


2. Untuk persembahan Pra-U esok, sketsa dibatalkan dan perancangan persembahan diatur kembali. Sajak dan nyanyi. Huhu apa-apa saja lah. Atas suara ramai, saya terpaksa bersetuju. Risau mereka memberontak dan tidak mahu memberi kerjasama. Saya bersetuju dengan sajak dan tidak pada nyanyi kerana rata-rata yang bakal menaiki pentas adalah remaja perempuan. *sigh* Semoga urusan esok dipermudahkan.

3. Mereka yang mencadangkan persembahan berbentuk sajak tetapi saya yang perlu membuat sajak dan mendeklamasikannya. ??? Hm khuatir juga, pengharapan kepada orang lain bakal mengundang kegagalan rancangan. Nanti diri sendiri yang bakal dipersalahkan oleh pihak tertentu. Tapi yang mendeklamasi tidak boleh hanya saya seorang. Harap esok semua memberikan kerjasama :)


Saya sedang melalui proses memahami keinginan dan attitude setiap ahli dalam tingkatan. Bermacam jenis ragam. Alhamdulillah setakat ni semua bersatu dan belum ada sebarang pemberontakan berlaku.

Thursday, June 11, 2009

Walau Allah melihat, Bumi tetap menjadi saksi.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.

Tuesday, June 9, 2009

Pembaziran melampau oleh Manusia.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

Ikhlas untuk keredhaan.

Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan untuk mendapat keredhaanNya."

( Abu Daud dan An-Nasa'i)

Hadis ini menerangkan bahawa:

Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
Huraiannya:

Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia, belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah semata-mata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan dengan ikhlas kepadaNya.

Thursday, June 4, 2009

Kem Pra-U

Tempat: KK Adventure Park
Tarikh: 2-4 June 2009

Program: Kem Pra-U (kepimpinan diri)




Trivia?

1. Khemah yang menjadi tempat penginapan kami telah dimasuki lipan sepanjang 6cm. Keadaan pada masa itu tersangatlah meriah walaupun jam menunjukkan pukul 13.35. Semua penghuni khemah yang sedang tidur lena akhirnya tidak dapat melelapkan mata.

2. Peserta-peserta kem hidup berpuak-puak. Kelompok terbahagi kepada 2 iaitu
kelompok yang menganggap diri mereka sempurna dan hebat dan kelompok yang kurang menyenangi mereka yang berbangga diri itu. Saya tidak memihak kepada mana-mana kelompok. Cuma yang dapat saya perhatikan sesiapapun yang berasal dari Sekolah Menengah Agama ataupun SMA, individu tersebut tidak semestinya hebat dalam semua bidang seperti sukan, pelajaran mahupun agama. Kesal dengan pelajar-pelajar ini. Kesimpulannya, mahu menegur orang lain perlulah secara berhemah bukan dengan sindiran, jelingan ataupun kutukan. Anda tidaklah sempurna mana hinggakan mampu memperkecil dan memperlekeh-lekehkan individu lain. Mahu dihormati? Hormatilah orang lain terlebih dahulu.

3. Semasa berprogram, tapak program kami turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar cina yang berprogram dibawah tajaan Petronas. Fokus peserta Kem Pra-U sedikit demi sedikit tergugat. Mendengar suara teriakan serta melihat pada pemakaian mereka. Kami yang diberikan 30minit untuk membersihkan diri akhirnya tidak sempat melakukan apa-apa akibat perlu berebut dan berkongsi air dengan penghuni lain.

Terima kasih kepada yang menganjurkan program. Walaupun saya kurang gembira dengan aktiviti yang dijalankan, setidak-tidaknya masih ada perkara yang dapat saya pelajari. Terima kasih kerana memberikan pengalaman baru kepada saya.



Yea! Balik!

.Wakil dari SMKTBBN 5muslimin dan 5muslimat bersama ustazah pengiring.

.Bergambar di tempat solat.

.Kumpulan 1 dan fasi kami.