Tarikh: 2-4 June 2009
Program: Kem Pra-U (kepimpinan diri)
Trivia?
1. Khemah yang menjadi tempat penginapan kami telah dimasuki lipan sepanjang 6cm. Keadaan pada masa itu tersangatlah meriah walaupun jam menunjukkan pukul 13.35. Semua penghuni khemah yang sedang tidur lena akhirnya tidak dapat melelapkan mata.
2. Peserta-peserta kem hidup berpuak-puak. Kelompok terbahagi kepada 2 iaitu kelompok yang menganggap diri mereka sempurna dan hebat dan kelompok yang kurang menyenangi mereka yang berbangga diri itu. Saya tidak memihak kepada mana-mana kelompok. Cuma yang dapat saya perhatikan sesiapapun yang berasal dari Sekolah Menengah Agama ataupun SMA, individu tersebut tidak semestinya hebat dalam semua bidang seperti sukan, pelajaran mahupun agama. Kesal dengan pelajar-pelajar ini. Kesimpulannya, mahu menegur orang lain perlulah secara berhemah bukan dengan sindiran, jelingan ataupun kutukan. Anda tidaklah sempurna mana hinggakan mampu memperkecil dan memperlekeh-lekehkan individu lain. Mahu dihormati? Hormatilah orang lain terlebih dahulu.
3. Semasa berprogram, tapak program kami turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar cina yang berprogram dibawah tajaan Petronas. Fokus peserta Kem Pra-U sedikit demi sedikit tergugat. Mendengar suara teriakan serta melihat pada pemakaian mereka. Kami yang diberikan 30minit untuk membersihkan diri akhirnya tidak sempat melakukan apa-apa akibat perlu berebut dan berkongsi air dengan penghuni lain.
Terima kasih kepada yang menganjurkan program. Walaupun saya kurang gembira dengan aktiviti yang dijalankan, setidak-tidaknya masih ada perkara yang dapat saya pelajari. Terima kasih kerana memberikan pengalaman baru kepada saya.

No comments:
Post a Comment