Jazakallahu Khairan

Wednesday, June 17, 2009

Planning, Organizing, Leading and Control.

Memasuki alam Pra-U yang bermula sejak sebulan yang lalu, membuatkan otak ini tiap masa berfikir, gerak tenaga yang berterusan, masa terhad di samping segala-galanya perlu dilakukan dengan pantas dan cekap. Namun, diri ni tetap cuba untuk mengawal diri daripada menghadapi tekanan atau bahasa 'omputeh'nya stress :)

Dalam kesibukan mengatur masa dan pelajaran, persatuan, menteri bawahan juga terlalu banyak untuk di Planning, Organizing, Leading and Control(pinjam istilah PP sebentar :D). Belum termasuk aktiviti luar dan khidmat bantuan kepada guru-guru. Dulu saya hanya melihat dan membantu sekadar yang termampu salah seorang sahabat mengatur hidupnya dalam kehidupan sebegini tapi kini, saya pula yang mengalaminya. Barulah saya benar-benar memahami setiap situasi yang dilaluinya. Terasa terlalu banyak tanggungjawab dan pengurusan yang perlu dilakukan. Setiap individu yang ditemui membawa agenda tersendiri untuk dilaporkan dan memohon bantuan. Kadangkala, fikiran bertambah kusut bila memiliki masa untuk menyiapkan kerja tersangat singkat ditambah pula dengan kesukaran mendapat kerjasama dari individu tertentu. Saya tidak merungut, cuma berbangga kerana diberi peluang menghadapi situasi sebegini untuk persiapan masa hadapan :)


Minggu ini keadaan bertambah rumit. Mungkin hanya minggu ini begini, berterusan begini atau entahlah. Minggu transaksi saja sudah cukup memeningkan kepala. Salah satunya, esok sekolah bakal mengadakan Majlis Hari Guru. Agak terlambat upacaranya atas sebab-sebab tertentu. Nasib saja tanggungjawab menyelaras Hari Guru diberikan kepada badan disiplin. Seandainya pelajar Pra-U yang ditugaskan, sudah pasti kami err entahlah. Buzy.

Trivia?
1. Sehinggalah tadi pagi barulah saya dikabarkan pelajar Pra-U yang bakal mengambil bahagian dalam persembahan esok belum memulakan latihan. Rupa-rupanya masing-masing menunggu arahan entah dari siapa. Mungkin pemberitahuan mengejut daripada pihak penyelaras majlis menyebabkan mereka kurang bersemangat untuk menjalankan latihan sketsa. Berkemungkinan besar juga, salah saya yang tidak menyuap mereka dengan panduan dan arahan. Maaf atas kesibukan yang menyebabkan menteri-menteriku terabai :(


2. Untuk persembahan Pra-U esok, sketsa dibatalkan dan perancangan persembahan diatur kembali. Sajak dan nyanyi. Huhu apa-apa saja lah. Atas suara ramai, saya terpaksa bersetuju. Risau mereka memberontak dan tidak mahu memberi kerjasama. Saya bersetuju dengan sajak dan tidak pada nyanyi kerana rata-rata yang bakal menaiki pentas adalah remaja perempuan. *sigh* Semoga urusan esok dipermudahkan.

3. Mereka yang mencadangkan persembahan berbentuk sajak tetapi saya yang perlu membuat sajak dan mendeklamasikannya. ??? Hm khuatir juga, pengharapan kepada orang lain bakal mengundang kegagalan rancangan. Nanti diri sendiri yang bakal dipersalahkan oleh pihak tertentu. Tapi yang mendeklamasi tidak boleh hanya saya seorang. Harap esok semua memberikan kerjasama :)


Saya sedang melalui proses memahami keinginan dan attitude setiap ahli dalam tingkatan. Bermacam jenis ragam. Alhamdulillah setakat ni semua bersatu dan belum ada sebarang pemberontakan berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

ala,lek bha ko..blaja bek2 ya..hehe (: