Jazakallahu Khairan

Sunday, July 11, 2010

KRUKK dan Akademik.



Kumpulan muslimin - Add Maths
Kumpulan muslimat - Add Maths

Berbeza dengan program KRUKK yang sering dijalankan sebelumnya, kali ini KRUKK mula mengubah nada merancakkan irama dengan menjalankan Program Perkampungan Akademik bersama Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu bertujuan menjaga kebajikan ahli dari sudut akademik lebih-lebih lagi yang bakal menduduki peperiksaan besar. Alhamdulillah program yang dirancang berlangsung pada 11 Julai 2010 bertempat di surau Taman Kuala Menggatal Kota Kinabalu berjalan lancar dengan bantuan pelbagai pihak.

Sekalung penghargaan kepada adik-adik yang berkesungguhan untuk hadir menambah ilmu di dada, mengisi kekosongan pemahaman di minda, membolosi tembok malu untuk bertanya. Meskipun kuantiti pelajar yang kurang daripada 50 orang, tetapi ini memberi kelebihan memudahan sesi pembelajaran 2 hala untuk lebih efektif di antara fasilitator dan adik-adik pelajar. Insya-Allah, membuahkan pemahaman yang lebih kualiti.

Kelancaran program tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan daripada pihak fasilitator yang berjaya mengemudikan kumpulan masing-masing dengan cekap. Justeru, setinggi penghargaan buat team UITM Kota Kinabalu dan wakil PSS yang sudi menurunkan ilmu Mathematics dan Additional Mathematics dengan begitu bersungguh-sungguh. Semoga penat lelah usaha adik-adik dalam memahami subjek ini berbayar dengan keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan, insya-Allah.

Sunday, July 4, 2010

Perkampungan Akademik KRUKK.

Salam Ukhuwwah Fillah.

Untuk makluman pembaca sekalian, Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu akan mengadakan Program Perkampungan Akademik Bersama KRUKK seperti keterangan berikut;

Tarikh: 11 Julai 2010
Tempat: Suarau al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal
Masa: 8.00 am - 11.00 am

Ceramah motivasi; Shift Your Paradigm akan disampaikan oleh penceramah jemputan dan seterusnya akan diadakan study berkumpulan yang dikemudikan oleh seorang fasilitator. Rakan-rakan boleh membawa buku mata pelajaran Maths mahupun Add maths juga mana-mana soalan subjek lain yang memerlukan tunjuk ajar. Pelajar yang berada ditingkatan 3-5 adalah diutamakan.

Untuk sebarang penyertaan mahupun keterangan lanjut, boleh terus berhubung dengan mana-mana AJK berkenaan;

Hidayah - 014 8629791 (SMP LIKAS)
Huda - 013 8778325 (SHAN TAO)
Insyirah - 013 5509496 (TEBOBON)
Saufi - 014 6744621 (TEBOBON)

Sekian, harap sebar

Thursday, July 1, 2010

Buang bayi lagi.

Lagi isu buang bayi mahupun bayi dibuang.. Apa punca ni? Huhu sedih membaca akhbar baru-baru ini, 2 kes buang bayi - Alhamdulillah semasa ditemui bayi-bayi ni masih hidup lagi..

Kes 1.
Rawang- Seorang remaja berusia 18 tahun telah membuang bayi yang baru dilahirkan dengan beralaskan daun pisang di belakang sebuah rumah berdekatan taman perumahannya. Remaja yang telah melakukan persetubuhan haram sebanyak 2 kali bersama teman lelakinya itu ditahan di rumah ibu saudaranya dalam keadaan tidak bermaya rentetan baru lepas melahirkan anak. Difahamkan, teman lelakinya enggan bertanggungawab dan menghilangkan diri menyebabkan remaja terbabit terumbang-ambing sebelum mengambil keputusan untuk menumpang di rumah ibu saudaranya bagi menyembunyikan kandungannya.

Kes 2.
Seremban- Bayi mengigil ditemui terbaring kesejukan di atas tong sampah beralaskan akhbar. Bayi cukup sifat berkenaan hampir terjatuh sebelum diangkat oleh jiran berdekatan. Pemandu lori sampah berkenaan sangat terkilan melihat bayi serba lengkap berpakaian, bersarung kaki dan tangan tersebut mengigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan. Siasatan pembuangan masih dilakukan dan seorang wanita warga asing berusia 20 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan hasil telitian melalui CCTV yang dipasang berhampiran rumah bayi tersebut dibuang.

Bila tengok gambar bayi-bayi tu, subhanallah~ tersangatla comel.. Tergamaknya, lepas pertaruhkan nyawa lahirkan anak yang sempurna dengan paras wajah yang comel, bungkus-bungkus pastu buang macam sampah. What the..freaking mommy?!

Duhai manusia,
fikir-fikir sebelum membuat, kasihan pada yang menjadi mangsa, diakhirat kelak anda yang kena!