Semalam kami pulang ke kampung secara tidak dirancang. Kali ini sakit nenek menyerang kembali dan kelihatan lebih teruk dari yang sebelumnya. Jam11.30 nenek dimasukkan ke wad kecemasan.
Pengambilan darah setiap setengah jam dilakukan akibat tekanan darah yang tidak stabil. Saya agak terkejut membaca laporan bertulis doktor yang ditinggalkan di hujung katil pesakit. Melalui bacaan dan penerangan ayah, tekanan yang normal sekitar 80-110(betulkan andai silap). Tetapi bacaan berkala tersebut flactuate. Drop slightly ke 59 dan naik secara berterusan ke 170 selepas stabil seketika. hmm.
Kami tidak merancang untuk bermalam di Kota Marudu semalam, namun keadaan memaksa kami untuk menumpang sementara di hotel berdekatan.
Keesokannya(sabtu), kami mengambil keputusan untuk pulang ke KK selepas melihat keadaan nenek yang kian pulih. Saya harapkan yang terbaik untuk semua.
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang prihatin. Maaf kepada pihak-pihak yang terpaksa dikecewakan atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Program penting terpaksa saya batalkan last minute. Terutamanya Hari Keluarga PERPIS SMKTBN dan Reunion Basyirah01 yang diadakan pada hari Sabtu.
Kesedihan yang bertimpa-timpa itu berjaya dirawat walaupun tidak sepenuhnya ketika kami melawat saudara di kampung.
Ada Genit dan Suji. Sangat comel dan gebu.
Suji
Genit
Walaupun kucing-kucing parsi ini sombong, saya tetap suka.
Seperkara lagi yang akan sentiasa saya ingati, sewaktu melihat para pesakit yang sedang bertarung dengan kesakitan dan maut yang bakal tiba. Sedih saya melihat keadaan pesakit disekeliling. Rata-rata pesakit sudah berumur. Merengek minta dikeluarkan, termenung keseorangan dan paling menyayatkan hati seorang pesakit perempuan di sebelah katil yang kelihatan agak tenat tapi masih terus memaksa diri bercakap dengan ahli keluarganya. Lantas rasa bersyukur yang tidak terhingga dalam diri ini terbit. Nikmat yang saya miliki belum ditarik. Saya masih memiliki tangan untuk makan sendiri, kesihatan untuk terus bernafas tanpa memerlukan alat bantuan, kaki untuk terus melangkah, masih boleh bercakap, mendengar dan tidak bersendirian. Cuma selalu ia tidak dihargai. Saya masih sempurna. Nikmat itu masih Allah pinjamkan dan saya belum bersedia untuk apa jua keadaan yang bakal berlaku di masa akan datang.
Sekurang-kurangnya dalam saya berdukacita, Allah tunjukkan kasih berupa peringatan. Banyak hikmah yang tersembunyi dalam apa yang berlaku tapi saya telah menyedari 1 perkara. Thank you Allah.
p/s: Maaf atas tatabahasa yang teruk dan kisah yang sukar difahami.