Jazakallahu Khairan

Wednesday, November 9, 2011

Mendasari Ukhuwwah dengan Bunga Keimanan.

Surau di puncak bukit itu menggamit seribu nostalgia. Di situlah kami belajar bertatih. Adakalanya terjatuh, adakalanya terluka. Juga pernah hampir berputus asa di jalan yang tidak rata itu, berlopak, berduri, penuh halangan. Nostalgia sakit zaman remaja namanya.

Di situ jugalah hati-hati mula tertaut. Tempat hadirnya tangan-tangan yang membalut luka, memapah untuk sama-sama melangkah. Hingga akhirnya sama-sama bangkit semula. Bersendel bahu saling bantu-membantu. Ini dikatakan persahabatan. Umpama perisai segala bencana.

"Kita tidak memerlukan seseorang yang sempurna untuk dijadikan teman. Tetapi kita memerlukan seorang teman yang membuatkan kita berasa sempurna apabila mengenalinya"

Mengikat Hati dengan Hati.


Itulah yang kami diajar. Hingga tercetus tanggungjawab untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam yang ditaut dengan hati. Hanya hati yang mampu menawan hati. Dari hati akan sampai kepada hati. Perlu berhati-hati membawa hati. Hati dan hati hanya mampu disatukan melalui ukhuwwah. Ukhwah atau persaudaraan merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.
Sebentar tadi bersama-sama kami berkumpul dan menyaksikan sebuah lagi ukhuwwah yang terbina atas dasar kasih kepada Pencipta. Rentetan dari usaha-usaha murni yang mahu berkongsi rasa berkasih sayang kerana Allah. Hanya Allah yang berkuasa menyentuh hati-hati manusia. Berkuasa menghimpunkannya. Mudah juga untuk membolak-balikkannya.

Dalam kisah mereka, masih banyak liku yang menanti untuk diceritakan pada masa hadapan. Watak-watak sudah nyata, konflik masih ada yang belum tertera. Masa terus berputar mencoretkan kisah-kisah baru, sama-sama kami dan mereka mengharapkan rantaian ukhuwwah yang terbina tidak putus di tengah jalan. Biar kekal hingga ke syurga.

Bertemu dan Berpisah kerana Allah.

Halaqah gabungan sebelum adik-adik Basyirah03 dan Ikhwanul Solihin01 menduduki SPM sebentar tadi menutup tirai usrah untuk sesi 2011. Bukan bermakna ditutup untuk selama-lamanya. Muka surat baru akan dibuka setelah semua menamatkan zaman sekolah menengah. Cabaran demi cabaran baru akan datang silih berganti selepas ini.

Tadi sempat mereka mengutarakan rancangan selepas SPM. Pastinya selepas ini masing-masing akan sibuk dengan komitmen lain. Banyak kekangan untuk berhimpun mengisi rohani walaupun seminggu sekali. Saya doakan agar adik-adik ini akan membesar dewasa dalam landasan yang tepat. Jika ditemukan atas dasar keimanan, berpisah juga seharusnya di atas dasar yang sama. Perlu sentiasa mencari dan ternanti-nanti sesiapa yang sudi melorongkan cahaya buat diri.

Bittaufiq Wannajah fil imtihan adik-adikku.
Semoga impian-impian yang baik menjadi kenyataan.

5 comments:

Lutfiyyah said...

yuyu!

terharu baca entry ni. walau jarak memisahkan namun tiada noktah kasih. senyum,tawa,marah,suka,duka kita berlapan tidak akan luput dalam ingatan.

sahabat atas keimanan, seperti kata Hilal Asyraf. memori kita bersama, sukar untuk di zahirkan dengan kata-kata. sungguh indah!

no one can replace all of you, my basyirah. rapuhnya seorang antara kita, pasti hadir yg lain untuk saling menguatkan.

sayang ninja basyirah!

Lutfiyyah said...

correction!

mungkin kenangan itu akan beransur luput dalam memori ingatan kita.

namun hakikatnya, semua kenangan itulah yg mencorakkan ukhuwwah basyirah. hoho. syukran yu! (^_^)v

~ ayat saya mcm x betul ja ni :)

Nashrah Basyirah said...

waa terharunya dapat komen dari cik Lutfiyyah (T_T)..hehe anda juga salah seorang penyumbang yang banyak berjasa dalam mencorak ukhuwwah team ninja. terutamanya dengan merajuk2 manja :P

sayang semua, moga ikatan yang dibina sentiasa dalam keredhaan Allah. bertemu dan berpisah juga kerana Allah :)

salah2 tatabahasa pun tia apa baa~ waa sangat3x menghargai komen di atas ni <3

Unknown said...

Assalamu'alaikum WTH...

1. Baru jumpa blog ni.
2. Wah! banyak benda yang dikongsi di sini.
3. Pengalaman dari syria bila lagi sprt mana abg nadir bercerita.
4. Moga terus istiqamah di medan dakwah... C=

Nashrah Basyirah said...

waalaikussalam wbt.

1. wah syukran sudi mencari dan bertandang di blog ni akhi Asrarqulub Arts!
2. sekadar kongsi sikit-sikit benda yg tau huhu
3. abg nadir lagi hebat bila bercerita siap bermetafora :D
4. amiin insyaAllah~ jumpa lagi di medan dakwah :)