Kosong
Kosong
Kosong
Semoga coretan ini tidak kosong.
Kekosongan ini memanggil saya berfikir akan masa silam dan situasi lampau. Menjentik hati membekaskan rasa penyesalan (oh itu syaitan). Cukup cukup cukup. Tolong hapuskan kesamaran ini, mari meneliti ibrah yang tersembunyi. Apa yang perlu disesalkan? Yang lalu itu perlu disimpan buat pangajaran. Sesuatu yang perlu diingati dan sentiasa beringat!
Mengimbau zaman di sekolah lama, saya bukan seorang pelajar pintar yang mengondol straight A dalam semua peperiksaan. Sama seperti pelajar kebanyakan, normal mengimpikan kejayaan menjurus ke arah A semuanya. Dalam setiap nota catatan dan buku-buku banyak contengan spesifik subjek berserta skornya.
Setiap kali angan itu muncul, diri yang lemah ini cuba memperbetulkan. Sering diingatkan matlamat menuntut ilmu itu perlu jelas. Semestinya kerana A yang luar biasa iaitu Allah. Insya-Allah dengan keredhaan Allah pasti mengundang kejayaan yang lebih bermakna beserta kecemerlangan yang berlipat ganda. Hasilnya, sungguhpun keputusan yang diperolehi baik atau sebaliknya redha itu ada hadir bersama. Kejayaan sebenar tidak diukur melalui kertas peperiksaan atau bilangan A yang banyak.
Gred A bukan segalanya.
Jangan niat menuntut ilmu sekadar merebut A. Saya mahu menamatkan persekolahan dengan ilmu baru di dada, mampu dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan. A bukan segala-galanya. Berapa ramai graduan yang keluar dari universiti hidup menganggur dan bekerja tidak tetap? (opss maaf tidak berniat mahu mengulas lanjut. Ini bukan point utama). Kejayaan itu boleh dicapai dalam banyak bentuk asalkan kaedah dan niatnya betul.
Apa matlamat hidup yang utama? Sekiranya manusia itu diciptakan tanpa tujuan, semestinya saya tergolong dalam golongan yang rugi. Dan kerugian itu mampu membuatkan saya menyesal sampai rasa mati adalah kesudahan yang terbaik. Mujurlah setiap kali langkah ini hampir terhenti, umpama ada sinaran dipenghujungnya. Hidup ini tidak diciptakan untuk bersahaja atau bersuka-suka. Lakarkan inisiatif, mari berinovatif.
"Cari sesuatu yang baru, jangan ikut semua perkara secara membabi buta", pesan seorang guru yang masih terngiang.
A journey of a thousand miles begins with a single step
Hakikatnya, kemenangan atau kegagalan itu bukanlah apa yang dinilai di sisi Allah Taala. Apa yang penting adanya usaha. Dengan bismillah memulakan langkah, selainnya berserah dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Kataku, aku bukan terbaik
4 comments:
salam..suke sangat entry ni..sesuai untuk peringatan diri yang masih belajar ni...
syukran sudi ziarah teratak usang ni yg ukhti :) smga Allah memberikan kejayaan dunia dan akhirat ^^
salam..
btl tu yu..straight A's bkn sgl2nya..
yg pntg ilmu pnh di dada & dipraktikkn.. akak doakan mga yuyu dpt result yg dpt memberi kebaikan buat diri & keluarga yuyu and of course agama & msyrkt..
oh ya,akak da tukar blog address..
ukhwah fillah abadan abada..^-^
wslm, syukran respon kak maryam :) amiin~ bgtu jg dgn akk ^^ jazakallahu khairan
haa yuyu relink akk k :)
Post a Comment