anda tahu??
dapat??
xdapat??
pasti??
kunci jawapan anda?
Teett. Jawapannya, meninggalkan solat..
Soalan ini merupakan teka-teki mahsyur daripada Imam al-Ghazali kepada anak-anak muridnya.
Dan apa pula perkara yang paling berat?? Selepas membuat searching, anda boleh klik di sini untuk soalan-soalan beserta jawapan lengkap teka-teki mahsyur berkenaan. Terdapat 6 soalan semuanya.Pasti sudah ada yang mengetahui atau dapat menjangka, yang berat itu sudah tentu adalah AMANAH. Perkataan yang berasal dari bahasa Arab boleh diertikan juga sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan atau lurus. Dalam Islam juga diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga, ia merangumi harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama.
Firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 72 "Sesungguhnya Kami telah mengemukan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah tersebut dan mereka bimbang mereka akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
Skop amanah itu luas. Secara umumnya terbahagi kepada 2 iaitu; amanah Allah kepada manusia dan juga amanah semasa manusia. Manusia sudah memikul pelbagai amanah/tanggungjawab sejak azali belum mengira jawatan dunia yang dimiliki. Pancaindera, ilmu, keluarga juga salah satu daripada amanah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 36, Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 36, Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkan
Sungguh amanah bebanan yang amat berat untuk dipikul. Seringkali kita sebagai manusia meremehkannya walaupun mengetahui bebanan ini akan disoal secara spesifik di akhir kelak.
Merungkai soal amanah mengingatkan saya kepada ketelitian dalam menjaga amanah, Khalifah Umar Abdul Aziz sehingga mengasingkan penggunaan antara pelita untuk kegunaan urusan pentadbiran dan peribadi. Jiran beliau yang datang bertandang kehairanan apabila Khalifah Umar tiba-tiba mematikan pelita yang sedang digunakan lalu menyalakan sebuah pelita yang lain. Menurutnya, pelita pertama tadi hanya digunakan untuk urusan rasmi, sedangkan pelita yang baru dipasang itu bagi urusan peribadi. Ketika di soal bagaimana beliau dapat menjaga amanah,

"Tuhan melihat apa yang saya lakukan. Malaikat sentiasa mencatat semua amalan saya. Takutkan neraka jahanam itu membuatkan saya sangat takut hendak melakukan penyelewengan"
wallahu'alam . .